senja


senja

Satu senja
Kulihat
seorang ibu
Memanjakan
anaknya
Kuingin
lihat semula
Anak itu
memanjakan
ibunya
di usia senja


07022008

segamat

p/s: aku semakin hilang arah ataupun sudah bertemu arah. aku masih tak pasti.

maaf

"maafkan jika aku tak sempurna"

ini lirik lagu ayat-ayat cinta yang dinyayikan rossa.
dicipta oleh melly goeslow dan anto hoed.

jadi aku mahu meminta maaf kerana beli dvd filem ayat-ayat cinta yang cetak rompak.
tak apa...diorang dah kaya kat indon.
lagipun kalau filem melayu aku beli ori.

dan novelnya aku beli ori dengan harga sebenar walau cover dah rosak.


p/s: aku tetap pada prinsip. kalau dah berakhir aku takkan jawab.

Lelaki ini....

aku mengenali lelaki itu seawal aku mula menginjak kaki ke dunia. aku tak kenal dia pada mulanya. tapi memang setiap perkenalan bermula dengan tidak kenal. aku tak tahu apa yang pernah dia lakukan kepadaku, namun apa yang aku dengar, lelaki itu akan berbuat apa saja demi aku.

antara kenangan yang masih lagi berbekas di hati aku, apabila lelaki itu membelikan aku sebuah kasut baru. kasut itulah pemangkin semangat aku sehingga aku menjadi aku sekarang ini. kasut iatu sangat sakti bagi aku. ada hikmat yang tersendiri. berwarna putih dan bertapak merah. dan permukaannya adalah dari sejenis gentian getah polister. jadi ia tak perlu diberus untuk basuh.

aku masih ingat lagi satu peristiwa di mana ada seorang lelaki mengetuk pintu rumahku pada sebuah malam. melalui lelaki inilah aku mendapat tahu..yang lelaki ini telah ditangkap polis dan ditahan di lokap polis. atas kesalahan yang enteng. namun dia telah dibebaskan.

lelaki ini..aku jarang berbual dengan aku. dia pernah bekerja di singapura. sebagai tukang masak. beberapa hari sekali, dia akan datang ke rumah ku. selalunya akan dibawa persama kek lapis prunes dan juga kuew titiaw goreng. aku mengenali duit singapura daripadanya. aku pernah ke sana sebanyak tiga kali. yang kuingat ketika bulan ramadhan, pada waktu pagi, aku terlihat sekeluaga, aku rasa melayu sedang duduk di tempat terbuka, meneguk arak. Kali kedua ketika raya. banyak duit yang kudapat, dan yang penting, matawang singapura (kini kubenci negara ini)

bicara tentang lelaki ini, membuat jiwaku rasa pelbagai. dia mengajarku mengaji. dia menjadi inspirasiku untuk belajar memasak. namun aku sering saja gentar dengannya. dia tak pernah memukul aku. yang aku ingat, jika dia menegur aku, sudah cukup untuk membuatku menangis.
lelaki ini lebih banyak berdiam dai bicara denganku. aku cukup sukar untuk menyatakan pengorbanan lelaki ini ataupun kasihya kepadaku. aku sering saja tak dapat membaca sikapnya. namun aku dapat rasakan di jauh sudut hati, akulah yang paling manja dengannya.

***************************************************

kini, setelah aku mula memahami dunia, aku semakin mengenali dia. mengapa aku dihalang begitu dan mengapa aku digalakkan begini. sejak akhir-akhir ini, kedutannya bertambah. ada garis kecewa pada dirinya. dia sering menganggap dirinya sudah tak mampu. aku senyap-senyap memahami kelusuhan semangatnya. dia juga sudah mula melawat hospital bahana darah tinggi.

ketika cuti, aku akan pulang ke rumah. ketika teman-teman lain bekerja dengan gaji yang lumayan, aku lebih senang menolong lelaki ini. aku bekerja di merata tempat, namun menghabiskan masa bersamanya adalah gaji yang tak terbayar oleh sesiapa.
betullah kata orang,orang paling kita sayanglah susah kita nak sayang.

lelaki ini......
aku panggil..

PAPA

p/s : bagi aku ayahlah paling susah nak tunjukkan dia sayang kita.
SELAMAT HARI BAPA!

balada apartment mewah

Aku takkan sekali-kali tunduk ke bumi. Untuk apa? Aku sering saja dipadang tinggi. Aku diperbuat daripada pelbagai bahan yang hebat. Pasir dari pantai, simen yang kuat, besi-besi berceracak. Struktur ku dibina dengan teliti. Rekabentuk yang unik, membuatkan ramai yang tergila-gilakanku. Hanya sebulan aku siap dibina, ruang-ruang kecil di dalamku telah diisi dengan pelbagai barang.

Akulah simbol kemajuan. Keagungan. Dan kemegahan penduduk kota. Apartmen De’ Palma. Siapa tak mengenaliku?. Politikus, ahli perniagaan, artis-artis terkenal serta pelancong kelas tinggi. Masing-masing mengenali aku. Akulah tempat berehat. Akulah tempat perlindungan. Akulah tempat.....

Ya..aku dijadikan tempat bermaksiat. Ya kerana aku begini. Aku kelihatannya selamat dari pandangan orang. Aku dikatakan apartmen kelas atasan. Jadi tiada jabatan agama Islam akan melawatku. Mungkin jika kau lihat aku dari jauh, aku kelihatan megah dan angkuh. Namun jiwaku kosong. Hanya dipenuhi dan disumbat dengan dosa-dosa politikus, ahli perniagaan artis-artis dan sesiapa sahaja yang nafsunya menserakahi tubuh. Kenapa mesti begitu? Adakah itu tujuan sebenar aku dibina? Apa alasan yang kau, pak menteri? katakan sebagai kemajuan itu bermaksud yang benar?

Kali ini. Buat kali pertama dan kali terakhir akan kutunduk ke bumi. Telah kuminta jasa bumi untuk menggegarkan lapisan kerak dalamnya. Dan pada waktu yang sesuai itu. Ketika masa yang paling strategik. Aku akan meninggalkan kezaliman ini. Ya. Pada malam ini juga.


*****************************************************************

Besoknya, di dada-dada akhbar terpampang sebuah tajuk dengan font besaiz 40



120 MATI , 70 CEDERA PARAH



Pesta Seks Di Apartment De’Palma menjadikan angka kematian meningkat.

p/s: kisah ini aku reka untuk menujukkan emosi gambar apartmen. sampai tak?

Bantu Sufi.


bantulah sufi. mungkin ini adalah panggilan kemanusiaan terakhir untuk kau. Setiap kebajikan akan dibalas berpuluh ganda. Siapa Sufi? klik sini

gay adalah keriangan

did u gay now?

mak...i feel im a gay now...

apakah yang akan anda jawab jika ditanya soalan begini?aku tau..kau akan jawab tentang gaya hidup yang itu.
lihat, betapa mudah kita dikelirukan.menurut kamus dwibahasa
oxford fajar ingeris melayu-melayu inggeris edisi ketiga (Joyce M. Hawkinns:2001)
ia bererti

girang ; riang ;ria dan garang

dan ini bermakna perkataan ini membawa maksud yang baik-baik. yang positif.
namun terdapat penambahan di dalam maksud perkataan ini. ianya ditulis sebegini

(colloq.) bernafsu syahwat sesama jenis ; homoseks
colloq.=colloquial= bahasa percakapan

jadi apa akan kau jawab jika ditanya soalan ini.
dapat apa yang aku ingin sampaikan?

siapakah yang meletakkan gelaran ini terhadap golongan itu?
sebab ianya adalah bahasa percakapan.
tujuannya yang aku pasti adalah untuk mengelirukan.
bayangkan jika anak-anak kecil terbiasa dengan perkataan ini, dan diadaptasi ke dalam satu bentuk kesenangan.
secara tak langsung akan menganggap gay adalah sesuatu yang sihat dan menggembirakan.

tak mustahil bukan?

lihat, ini baru satu contoh kecil tentang bagaimana pemikiran barat yang didakwa sedang cuba menguasai dunia ke arah New World Order membiasakan kita dengan istilah mengelirukan.

apa pula maksud dengan uniseks?
adakah kau selalu ke salon uniseks?
kau uniseks?

p/s : cintai bahasa Melayu kita. Musuh kita dimana-mana.

kini aku suka..

tiba-tiba kau rasa aku berubah...
waktu sekarang aku dah tak rasa bosan. life aku padat gila.
macam-macam kerja aku perlu buat.
dan
sekarang aku ada rancangan kegemaran baru..

martha di ntv 7

dan

pada pukul 2.30 petang,
di tv9..
rancangan wonderpets.

gila naif.

p/s: sepatutnya aku tulis sesuatu tentang konspirasi yahudi terhadap kita. tapi......

kita berubah

charles darwin mengutarakan teori revolusi. ada benarnya. bukan benar manusia berasal dari beruk. itu sudah difatwakan salah. manusia sebenarnya berevolusi dari sudut lain.
maksud aku..manusia sentiasa berubah

seorang teman pernah berkata
bila orang berubah..mesti dia akan salahkan keadaan. katanya keadaan yang memaksanya berubah. sebenarnya orang berubah kerana dia nak berubah.
dan ketika aku rasa teman ini mula berubah..aku tetap tak salahkan dia. aku tetap akan berkata, mungkin keadaan yang membuat kau berubah.

sebenarnya, antara sedar atau tak..kita pasti berubah.

kau ingat lagi nama guru tadika kau?
siapa kawan baik masa tadika?
ketika kau ambil UPSR, siapa teman yang belajar dengan kau?

atau..

ketika mula mengenal dunia dengan lebih serius, sekolah menengah
kita melangkah ke alam itu
dengan tujuan yang sama
dengan semua teman
sama-sama kongsi masalah
sama-sama kongsi pendapat

"kau tak payah buat kerja rumah tu..aku pun tak buat"

"ok.."

lepas tu sama-sama kena rotan. berbirat.
masa balik bersama, tetap sama.
takkan salahkan siapa.

susah sama dikongsi
senang sama merasa
kejayaan sama dikecapai

impian?

impian masih lagi berkongsi. namun selepas alam sekolah,
layarnya terpaksa bertukar arah.
jalan menuju impian semakin luas.
semakin jauh.

dan kita berubah. semalam hanya nostalgia.
impian kita tak dapat dikongsi lagi.
namun, jika kita berjumpa..
kau dah berjaya
dan kita akan berasa lain

aku akan sentiasa ingatkan semalam.

entri ini adalah memoir untuk semua teman
yang sempat singgah di jiwa
dalam perjalanan aku mencari diri
terima kasih.

p/s: ketika hari guru, aku lebih mengingati teman-teman. kerana teman-teman aku adalah guru yang tak pernah marah kalau aku tak buat kerja.

Pengarah berfikir,aku memikir.

sekarang cuti.
tapi pada aku. cuti inilah masa aku berkerja. berbakti. berfikir.

baiklah. meri bicara filem.
filem "Kala Malam Bulan Mengambang"

ini bukan filem murah walaupun hitam putih. ini bukan filem picisan walaupun ia komedi. Ini filem dari seorang lelaki yang sanggup berkelana ke Jerman (kalau tak silap aku...) hanya untuk belajar filem.

Mamat Khalid

Seorang teman aku berkata
> ko dah tengok Duyung? Kelakar giler. best siot.

aku jawab
>err..belum....ko dah tengok "Kala malam Bulan Mengambang"??

teman
>mamat khalid? aku tak suka lah...tak best..

itulah bezanya cara orang kita berfikir. sepeti kata Hatta Azad Khan, khalayak menonton filem setaraf dengan pemikirannya.
tapi best sangatkah filem Mamat Khalid ni?

jawapan aku...adalah soalan..

kenapa perlu dia buat hitam putih?
kenapa perlu dia bikin skrip sebegitu?

susah nak jumpa filem yang buat aku berfikir di Malaysia ni.
pada aku ada 3 jenis pengarah.

1) mau untung besar
2) dapat peluang
3) jiwanya memang untuk filem. fiilem sebagai deduktif dan hasil seni


p/s: masih menunggu aduh saliha

BICARA POHON TUA PADA SUATU SENJA

mari kita rehatkan minda seketika. Tak perlu bicara hal serius. Otak akan penat. Perhatikan gambar di bawah. Dan hayati kisah yang ku ingin kongsi bersama kalian.


i

Kedengaran bunyi enjin jentera-jentera di kota semakin rancak. Jalanraya bertambah sibuk dan sesak. Matahari siang mula merangkak-rangkak meninggalkan tanah di sini. Waktu khidmatnya sudah tamat. Kini syif diganti dengan bulan. Waktu peredaran masa inilah hal ini terjadi kepadaku. Biarkan kuceritakan dengan gayaku tersendiri.

ii

Semua ini bermula tika aku baru pulang dari bekerja. Kulalui sebuah jalan di pinggir kota itu. Jalan yang sunyi. jalan yang jarang dilalui. jalan yang layaknya untuk meletak barang-barang yang tak digunakan. Kerana di sinilah pihak DBKL meletakkan kereta-kereta buruk yang tersadai di tepi jalan di kota. Boleh dikatakan jalan ini adalah tong sampah bagi sebuah kota besar.

Aku terdengar suara mendayu-dayu. Kemudian teresak-esak. Kulihat kebelakang. Tiada sesiapa pun. Ku melangkah deras. Aneh. Suara itu semakin mendekat. Aku terdiam. Aku bukanlah berani. Sepatutnya aku berasa seram. Sepatutnya bulu roma aku meremang. Namun tidak kali ini. Aku seperti bersimpati terhadap suara itu.

"Anak..aku disini"

Suara itu sepertinya menujukan kepadaku. Aku menoleh. Ku dongak ke atas. Mataku melilau mencari arah suara itu. Tiada apa-apa.

"Di sini. Aku di hadapanmu"

Suara itu mula berhenti menangis. Namun nadanya tetap saja sayu.

"Buka matamu.Buka Hatimu"

Suara itu menyambung. Aku menoleh ke belakang. Dibalik semak-semak kelihatan sepohon pokok tua bergoyang-goyang. Benarkah apa yang kulihat. Dan anehnya, aku tak berasa seram melihat kejadian ini. Pohon ini besar saiznya. Batangnya bersaiz 1 pemeluk orang dewasa. Tinggi. Aku tak sempat mengukurnya. Dan yang kelihatan,hanya ranting-ranting tanpa daun.

Aku memberanikan diri.

"Kau panggil aku?"

Pohon tu tak menjawab. Rantingnya mengeluarkan bunyi ketika ditiup angin senja.

"Kenapa kau menangis pohon tua?"

Pohon itu terus berdiam. Aku perhatikan bentuknya. Rantinya yang tak berdaun menyebakkanku. Namun di batangnya,terdapat daun-daun hijau melilit. Tumbuhan parasit barangkali. Kulihat langit. Langit berhenti bergerak.

Tiba-tiba masa terhenti.

"Masaku tak lama lagi. Jadi dengarlah kisahku dan kau ceritakanlah kepada orang tentang aku"

iii

Aku dulu adalah sebatang pokok. Aku tak tahu bagaimana aku boleh terlahir disini. Ya...60 tahun lalu. Suasana di sini mendamaikan. Aku kelihatannya sangat membantu penduduk di kampung ini. Kampung Pohon Teduh. Inilah nama asal tempat ini. Bersempena dengan aku.

Ketika aku gagah dan muda, daunku merimbun. Aku dijadikan tempat perteduhan yang amat baik. Pada waktu pagi, burung-burung berkumpul di dahankau. Mengadakan mesyuarat. Ya. Tapi aku tak berapa faham bahasa burung. Namun kicauannya mendamaikan hati. Anak-anak gadi dirumah berhampiranku akan melayangkan perasaanya ke arahku,pabila mereka membuka jendela pada waktu pagi. Ketika matahari melunsur ke atas, golongan pekerja akan berehat dibawahku. Sementara menunggu waktu makan tengahari. Ada juga yang membawa bekalan dan makan beramai-ramai di bawahku.

Pada waktu petang, anak-anak lelaki akan bermain guli,gasing,getah dan selipar di bawah aku. Ya..permainan ini bermusim. Dan anak-anak perempuan pula bermain batu seremban, masak-masak dan kahwin-kahwin. Daun aku sering dijadikan menu masakan. Ketika matahari senja merangkak pergi, mereka akan meninggalkanku. Aku tahu besok mereka akan kembali. Waktu malam aku,tidaklah sunyi. Aku akan ditemani ayam-ayam kampung yang bertenggek untuk tidur.

Namun tak semua yang indah akan kekal anak muda. Musim berganti musim. Daun-daun aku mula gugur sedikit demi sedikit. Itu tak menggugahkan semangatku. Padaku, setiap yang muda akan tua. Begitu jua denganku. Namun musim yang seterusnya, daunku kembali merimbun. Dan itulah kali terakhir aku tersenyum. Ini adalah kerana seorang gadis.

Tak kusangka, gadis yang kuberikan khidmat setiap hari memperlakukan aku begini. Gadis yang sudah belajar tinggi dan menjadi arkitek yang berjaya telah memperluaskan rumahnya keluarganya. Dan rumah itu hanya dihadapanku. Setelah memperluaskannya, tumbesaran aku terbatas. Aku sukar bernafas. Aku sesak. Ini kerana akarku tak lagi bebas menjadi galian.

Kemajuan telah membunuhku wahai anak. Sekarang kau pulanglah. Akan kuceritakan kisah aku yang lebih dramatik besok hari. Tentang bagaimana aku boleh jadi begini.

iv

Begitulah cerita pohon tu itu kepadaku. Aku ceritakan padamu dengan gayaku sendiri. Tak dapat kusambung kisah ini. Kerana pada besok harinya, kulalui tempat yang sama,pohon tua sudah tiada. Yang tinggal hanyalah tunggul dan ranting.



amerzaman

p.perdana

8 mei 2008


keliru dan tak faham-faham

Hari ni:

Tengok muka depan akhbar : Blogger (Raja Petra) ditangkap atas post entrinya yang bertajuk Let's Send The Altantuya Murderers To Hell.
Yang memberi balasbalik komen di web ini Syed Akhbar Ali juga ditangkap.

Komen aku : Hati-hati menulis. Kita sentiasa diperhatian walaupun tiada yang komen blog kita

Baca blog : Singgah di blog Faisal Tehrani. Baca tentang perselisihan, perdebatan antara syiah dan sunnah.
Komen aku : Aku semakin fikir risau. Risau sangat-sangat.

Baca akhbar online : Sebuah liputan bertajuk Mahathir: Ancaman Anwar perlu dipandang serius .
Komen aku : Ya. Jangan pandangku sebelah mata hanya kerana ku pernah ditahan (ini mungkin jawapan Pak Anwar, dengan irama lagu Seksis)

Baca akhbar lagi : Ambil iktibar kegagalan kerajaan Selangor: Najib
Komen aku : Ada hikmah di sebalik kegagalan tau. Ingat tu..

Baca akhbar lain : Karpal Singh : ini titah sultan atau titah kerajan?
Komen aku : Orang Melayu sensitif. Lagi-lagi berkaitan Sultan. Bila-bila dan siapa-siapa akan jadi Hang Tuah.

Aku Cinta Filem

jika ditanya apa yang aku belajar dari bidang seni. aku tak mampu jawab kerana terlalu banyak. antara cabang seni yang paling menjadi guru kehidupan,pada akau adalah filem. aku lebih banyak menonton filem daripada membaca. mungkin sahaja filem lebih senang didampingi. murah dan efisien,walaupun imaginasi lebih terbatas berbanding membaca buku, dimana aku boleh mencipta duniaku sendiri.

filem yang kupilih untuk tonton,sebenarnya tak berjenis. boleh jadi bermutu ataupun tidak. tak perlulah bicara tentang teori,ideologi,semiotik,skrip,lakonan,kesan efek mahupun sinematografi.
subjektif bagi setiap individu. aku memilih untu menonton saja apa yang terhidang (jika ditayangkan percuma). Jadi,aku ingin berkongsi 20 filem yang mengesakan jiwa aku dan memotivasikan aku.

1) Kembara Seniman Jalanan - aku sahabat M.Nasir
2)Greenmile - manusia menilai apa yang dinampak sahaja
3)Forrest Gump - Life is like a box of chocolate......
4)Baik Punya Cilok - Filem melayu paling sempoi
5)Cinema Paradiso- Kisah kehidupan pecinta filem
6)Shaolin Soccer - Bila kungfu adalah syarat sepakbola
7)What's Eating Gilbert's Grape- Lakonan De Caprio yang hebat
8)Trilogi Lord Of The Ring- Tiada sebab untuk menafikan
9)Spiderman- with a great power,come with a great responsibility
10) 1957: Hati Malaya -filem yang membuat aku menangis dipanggung
11)Perfume : bila bau mampu menguasai sebuah kuasa
12) Siri Young & Dangerous : aku rasa aku ni macam Chicken
13)Puteri Gunung Ledang- lelaki yang hebat dikalahkan cinta
14)Life is Beautiful- menjadi optimistik tu harus
15)The Sign - Bagaimana perasaan sebenar bila bertemu mahkluk asing
16)Gie - Soe Hok Gie,pejuang mahsisiwa indonesia
17) Kabhi Kushi Kabhi Gam - Siapa tak sedih tengok cerita ni?
18)The Village - Kampung penuh rahsia
19) Big Fish - memotivasikan diri
20) Times Is Runnig Out 2 -Lagi best dari Catch Me if You Can


Ini sebahagian. yang kuingat masa ini. Ada banyak lagi yang aku lupa. Ada cadangan dan ingin berkongsi filem yang sahabat suka?


p/s: teringat lagu Bikin Filem oleh M.Nasir.

Blogger Templates by Blog Forum