Aporisma Anuar Nor Arai & Ronamaya

"Orson Welles buat filem yang besar masa dia umur 27 tahun. (merujuk kepada Citizen Kane) Cuba fikir benda yang baru"

"Filem yang baik, perlu ada ambiguity, tapi kalau banyak sangat ambiguity pun tak bagus"

"Kalau nak buat filem mesti ada etika. Misalnya filem ni (merujuk kepada poster Johnny Bikin Filem ) ini filem noir, sebab tu bangunannya besar, dan orangnya nampak kecil"


Antara ayat terkesan dalam diri saya, yang datangnya dari Anuar Nor Arai, ketika saya menunjukkan sebuah naskah untuk dijadikan filem pendek. Secara tak sedar, kata-katanya mempengaruhi RonaMaya (walaupun saya tak sempat belajar dari beliau, saya membaca tulisannya di Dewan Budaya 80-an)

***********

Saya banyak bermain dengan pergerakan kamera untuk meyampaikan apa yang saya maksudkan contoh: babak-babak ketika Rona seorang diri, saya menggunakan sudut kamera tinggi ( sepertimana membaca komik,ianya diletakkan sudut rendah dari mata)

Filem ini saya mulakan dengan audio projektor filem berputar - untuk memberikan perasaan sinematik dan romantik kepada penonton wayang sebenar. Sekuens pembukaan filem ini pula dimulai dengan watak lelaki (Rona) sedang kelihatan sepeti bangun tidur. Yang sebenanrya Rona bukan sahaja bangun tidur, malah dalam proses dilahir, oleh sebab itulah posisi pembaringannya pada awalnya sama dengan proses janin dalam kandungan. Plot filem ini dibuka dengan syot rumah. Ianya bukan sekadar establish, tetapi cuba untuk mengenre kan filem ini ke noir (rujuk Anuar Nor Arai) dan ketika ini saya memilih untuk menggunakan muzik pembukaan filem Citizen Kane (Orson Welles).

Kemudian babak beralih ke dalam rumah, dan kelihatan dengan wajah bengis (poyo) Rona melukis. Dia kemudian membuka radio (tersiar berita tentang isu bahasa di mana karyawan berkumpul menentang penggunaan bahasa Inggeris yang beleluasa pada tahun 1960-an ataupun lebih terkenal dengan peristiwa "Keranda 152" . Kemudian diikuti dengan persembahan nyanyian oleh Bob Dylan dengan lagunya "Only Pawn on Theirs Game"-hayati liriknya) Dalam masa yang sama, Rona mengambil bekas kopi dan meletakkannya, dan menukar kepada teh (subteks kepada pecinta kopi) dan kemudian dia duduk semula.

Ketika dia duduk, Maya tidak muncul, sehinggalah dia menyalakan dan menghisap cerutnya. Saya percaya, imaginasi yang melampau hanya akan termangkin dengan bahan tertentu. Dalam kes ini, cerut itulah. Setelah itu kelihatan Maya menggodanya dan babak bertukar ke tingkat atas. Saya sengaja memilih rumah 2 tingkat untuk menujukkan bahawa watak Maya itu turun dari atas, dan Rona yang sudah 'high' kemudiannya naik ke atas.

Kemudian babak di tingkat atas, saya cuba bermain dengan syot cermin ( memecahkan antara realiti dan imaginasi). Kemudian pada babak berikut, Rona terbangun dan kelihatan dunianya berubah. Jam, lampu, dan air berubah warna yang lain ( saya sebenarnya mahu warna rumah secara keseluruhan bertukar menjadi warna ala komik dalam filem Dick Tracy-faktor kewangan menghalang)

bersambung...

Petanda Rona adalah watak komik

- Mata Rona yang tertutup, terbuka pada sekuen pembukaan ( saya cuba membawa penonton melihat dunia dari mata Rona, bukan Maya)
- Maya tak bersentuh dan berkomunikasi dengan Rona kecuali semasa Rona menghisap cerut.
- Rona tak terkejut dengan kemunculan pistol di tangannya (baca : absurd) dan tembakannya dan memberi makna apa-apa.

p/s : ini sekadar apa yang saya fikirkan. Saya gembira mendengar pandangan dari beberapa orang teman yang lain dari saya fikirkan, namun tak salah. Saya cuma mahu belajar dan saya masih kagum dengan Mautopia.

Blogger Templates by Blog Forum