ada apa dengan warna?

bapak tahu tak warna adalah salah satu ilusi? bapak tahu tak? hanya kita, manusia sahaja yang mampu menilai warna. bapak pernah tahu yang haiwan lain macam lebah,kucing,anjing dan burung tak mampu menilai warna. bapak pernah ambil kisah tak
kenapa bila kita di tempat gelap, semua warna akan terurai menjadi satu? bapak mahu tahu misteri warna? ya...warna...!



yang kita selalu kita lalui dalam kehidupan hari-harian. warna juga misteri. mungkin bapak anggap soal warna itu remeh. mungkin bapak suka dengan hal-hal yang lebih besar. apa itu freemanson, siapa dia klux klux klan, siapa dalang peristiwa 9/11, kenapa kes atlantuya tak selesai-selesai. soal ini terlalu besar bagi aku bapak. aku hanya tahu warna. itu cuma kita sahaja yang rasa.kita sahaja yang alaminya. kerana apa? kerana kita dianugerahkan sepasang mata yang yang mempunyai kekuatan untuk menangkap frekuensi cahaya. dan ianya akan diproses di dalam otak, setinggi mana frekuensi itu. dan otak kita akan memberitahu warna itu apa.

apa yang bapak tahu antara warna merah dan biru? apakah merah itu simboliknya keberanian? apakah biru itu nadanya melankolik? bukankah merah itu darah dan ia akan membikin satu suasana ketakutan. bukankah biru itu laut dan laut itu mendamaikan jiwa.

bapak, apakah perbezaan warna itu penting? adakah jika kita menarik warna kuning dari bendera kita, kita akan dianggap derhaka? jadi, apa maknanya bendera kita itu bagi yang buta warnanya? apakah hanya kerana warna, air sirap yang biasa bapak minum jika ditukar kepada hijau bapak akan menganggapnya sebagai air pandan.bapak tahu tak warna itu hanya ilusi. hanya mata kita dengan bantuan otak kita yang mampu menterjemahkannya. hidupan lain tak mampu.



bapak,untuk sekali ini..aku meminta bapak supaya jangan melihat warna sebagai warna. cuba bapak lihat sebagai kesatuan. warna hijau, warna biru tua, warna biru yang muda, warna merah sebagai satu warna yang sama. bapak..cuba sekali ini bapak menjadi buta warna seperti anak-anak kecil ataupu bapak melihat dunia seperti melihat filem-filem p.ramlee. warnanya hitam putih, tapi lebih hebat dari filem mitos yang warna-warni di pawagam.

bapak,aku harap bapak boleh menerima dia, pilihanku. walaupun warna kulitnya lain,. aku mohon....aku hanya wanita.

p.perdana
130418032008

notakaki:

Blogger Templates by Blog Forum