taridra 2 dasawarsa

taridra 2 dasawarsa

teriakan pertama takkan dilupakan si ibu
tangisan akan dikongsi dengan si bapa
kelahiran yang dinanti-nanti
kerana yang dunia terdesak juga menanti

ini tarian aku
ditemani irama balada
dari ibu-ayah-adik
dari saudara akrab
yang sentiasa mengharap
agar mereka berjaya memanusiakan seorang manusia

bersama dendangan ini
aku menari bersama sahabat
yang lama berganti baru
yang penat berganti semangat
yang lemah berganti kental

terkadang aku menari sumbang
jauh dari irama balada
terkadang aku menari songsang
tak ikut irama balada
mahu tukar selera kerana sahabat

irama seperti memahami aku
lagunya ditukar mengikut rentakku
aku mula berdrama
dalam dunia yang paling halus
dan kotor
(dunia seni)

setelah 2 dekad
aku menari dan berdrama
membentuk satu taridra 2 dasawarsa
dan aku akan terus sahaja menari
dengan rentak yang ditentukan-Nya

apakah skrip aku seterusnya?
apakah tarian aku selepas ini?

1942-05042008
p.perdana

Kisah April

kisah 1
april kali ini bermula dengan kelam kabut. aku rasa seperti mahu membeli masa. bermula dengan kerja promosi untuk source of emotion.
hari pameran, terlalu banyak untuk kuceritakan. ada duka. ada suka. ada derita. ada hampa. tapi hari-hari yang mencabar ini (bermula 2april-4 april) ditempuhi dengan semangat baru.
semangat yang digelar
persahabatan
kesatuan
kerjasama
toleransi
hal ini tak dapat dipelajari di mana-mana universiti sekalipun.terima kasih teman-teman. pameran ini lancar kerana kita.
(geng jiwarasa telah menulis tentang ini. boleh baca dari blog mereka jua)

p/s: sesetengah yang mengkritik sebenarnya hanya untuk menujukkan dia pandai. bukan membuktikan dia tahu.

kisah 2
hampa dengan kesantaian.
tujuan aku untuk menimba pengalaman dan rasa katakjuban.
namun layar tanchap,sebuah art event di shah alam ini terlalu tanchap.

aku terhibur dengan pensyarahku sendiri yang membuat persembahan,
penyair AGI




dan juga teman-teman yang menggelarkan diri serambi. aku peminat nombor satu mereka.aku harap mereka mengekallkan irama mereka.




p/s: malam genta puisi pena masih lagi tebal dalam jiwa.

kisah 3
aku rasa sangat terharu. sejak aku mampu mengenali dunia, ini kali pertama dalam hidup aku menerima semangat hari lahir. tentu sahaja terima kasih ini khusus untuk ratna. seorang sahabat yang dianugerahi.







p/s: aku sangat bertuah di bumi ini. terima kasih sahabat.

Blogger Templates by Blog Forum