Mel Gibson dan phoenixnya

Menonton filem Apocalypto karya Mel Gibson membuat aku terfikir akan sesuatu. Filem ini sangat meresahkan jiwa. Seawal dari babak pertama membuat aku memikirkan sesuatu.
Orang yang menonton filem dan akan suka dengan filem itu bilamana filem itu mempunyai pemikiran yang sama ataupun lebih daripada penonton tersebut. Setelah aku tau tentang hal ini (daripada kertas kerja Hatta Azad Khan pada Seminar Ke Arah Sejuta Penonton) aku tak lagi memperkecilkan khalayak penonton yang memilih filem-filem yang membuatkan aku mual. Sudah itu pemikiran mereka.



Kembali kepada apa yang Mel Gibson cuba hidangkan kepada penontonnya. Sebenarnya hal ini sangat rumit dan memerlukan pemikiran yang ruwet. Beliau boleh saja membuat filem murahan. Kisah cinta tiga segi ataupun kisah politik semasa. Tetapi beliau memilih untuh menjadikan puak Maya sebagai subjek. Tentang isi yang tersurat, mungkin perlu tonton sendiri dan hayati sendiri pemikiran yang disampaikan.

Apa yang aku dapati tentang Apocalypto adalah kemanusiaan itu sendiri.
Antara dialog yang membekas adalah

"manusia itu akan terus resah. kerana manusia tak pernah puas."
"mari mulakan permulaan yang baru"


tiba-tiba aku teringat tentang burung phoenix. Mitos yang khabarnya dari China ini sebenarnya mula mendiami Tanah Arab. Ini mitos sahaja. Semangatnya kita ambil.
Menurut Cees Hamelink, budaya yang lemah akan pupus dijajahi budaya yang lebih kuat dan asertif. Begitulah Mel Gibson menggambarkan rasanya tentang dunia. Beliau mencari di mana semangat pembangkitan di sebalik keruntuhan.



Inilah yang sebenarnya terjadi dalam budaya kita. Mungkin tak setebal dan sekejam Apocalypto, tapi ianya menghakis sikit demi sedikit.
Mungkinkah kita akan bangkit setelah menjadi abu?

p/s: Layan lagu Bagaikan Phoenix Bangkit dari Abu- M.Nasir

Blogger Templates by Blog Forum