Selepas 5 Bulan

entri ini bersifat individualistik,romantik atau boleh disebut cerpen atau apa jua sahaja yang melibatkan perasaan insan disebalik seorang amerzaman

ada teman yang meminta aku berbicara tentang diriku. baiklah aku mulakan. tahun ini,walaupun baru menginjak ke bulan Mei..aku merasakan sungguh terisi. Aku mulakan tahun ini dengan majlis baca puisi di rumah pena. Aku mendapat khabar yang mana kegembiraan,kehampaan,kekecewaan,kemarahan dan keterujaan dikisar bersama apabila mengetahui skrip aku diterima.

Aku mengetahui blog adalah satu wadah baru untuk menyampaikan wacana dengan bebas, selepas membaca jiwa kacau. Ketika itu,aku berjumpa Saharil dan aku mengetahui kewujudan penulis bawah tanah, underground writer. Kecintaan aku terhadap seni bertambah apabila aku dihidang dengan beberapa rakaman peristiwa yang begitu mengesan di dalam jiwa.

Pencarian aku selama beberapa tahun untuk memahami semiotik di dalam lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud oleh M.Nasir juga berakhir. Dan aku tiba-tiba berasa,sekarang aku hidup di ruang lingkup di mana teman-temanku akan menjadi seseorang yang mahsyur satu hari nanti. Hal ini takdir akkan tentukan.

Aku berasa banyak hal dapat kulakukan tanpa kesulitan. Dianugerahi beberapa insan yang terlalu banyak membantu. Insan-insan itu adalah kau yang membaca tulisan aku ini. Terima kasih.

Saat ini juga aku merasakan betapa pentingnya keluarga dalam putaran kehidupan. Teman-teman datang dan pergi. Yang bertahan akan kekal. Manusia berubah dan akan sentiasa berubah. Hal ini sama dengan perasaan.

Pernah aku ditegur kerana ambitious. Ironinya, aku ambitious untuk orang yang mengur aku itu. 5 bulan ini banyak mengajar aku tentang kehidupan. Impian aku untuk menjadi penternak kambing juga membara sepertimana aku ingin membuka warung. Impian aku mungkin kelihatan kecil. Kerana pada aku,impian adalah untuk dikecapi dan realitilah yang aku kejar.

Kerana realitinya,dalam 5 bulan ini aku menjadi penulis blog yang agak tegar.


p/s: aku kelihatannya masih lagi mengejar bayang-bayang.

Blogger Templates by Blog Forum