kita berubah

charles darwin mengutarakan teori revolusi. ada benarnya. bukan benar manusia berasal dari beruk. itu sudah difatwakan salah. manusia sebenarnya berevolusi dari sudut lain.
maksud aku..manusia sentiasa berubah

seorang teman pernah berkata
bila orang berubah..mesti dia akan salahkan keadaan. katanya keadaan yang memaksanya berubah. sebenarnya orang berubah kerana dia nak berubah.
dan ketika aku rasa teman ini mula berubah..aku tetap tak salahkan dia. aku tetap akan berkata, mungkin keadaan yang membuat kau berubah.

sebenarnya, antara sedar atau tak..kita pasti berubah.

kau ingat lagi nama guru tadika kau?
siapa kawan baik masa tadika?
ketika kau ambil UPSR, siapa teman yang belajar dengan kau?

atau..

ketika mula mengenal dunia dengan lebih serius, sekolah menengah
kita melangkah ke alam itu
dengan tujuan yang sama
dengan semua teman
sama-sama kongsi masalah
sama-sama kongsi pendapat

"kau tak payah buat kerja rumah tu..aku pun tak buat"

"ok.."

lepas tu sama-sama kena rotan. berbirat.
masa balik bersama, tetap sama.
takkan salahkan siapa.

susah sama dikongsi
senang sama merasa
kejayaan sama dikecapai

impian?

impian masih lagi berkongsi. namun selepas alam sekolah,
layarnya terpaksa bertukar arah.
jalan menuju impian semakin luas.
semakin jauh.

dan kita berubah. semalam hanya nostalgia.
impian kita tak dapat dikongsi lagi.
namun, jika kita berjumpa..
kau dah berjaya
dan kita akan berasa lain

aku akan sentiasa ingatkan semalam.

entri ini adalah memoir untuk semua teman
yang sempat singgah di jiwa
dalam perjalanan aku mencari diri
terima kasih.

p/s: ketika hari guru, aku lebih mengingati teman-teman. kerana teman-teman aku adalah guru yang tak pernah marah kalau aku tak buat kerja.

22 balasbalik:

    aku suka kau ttg ini. manis!

     

    buat aku rindu peh zaman sekolah dulu-dulu..

     

    masa sekolah semua takde awek, tak nak jd mat bunga.

    last2 semua kawin, tinggal aku sorang je masih tak berbunga-bunga.

     

    but..
    i never change. i just not the same

    :)

     
    On May 22, 2008 at 8:45 PM Anonymous said...

    aku.. aku.. aku.. aku..



    rindu awek2 lama aku... ish3x


    hahahahahaha.. ;p

     

    guru terbaik aku adalah pengalaman dan subjek terbaik ialah pengajarannya. :)

     

    ade cikgu yg jasanya kukenang sampai mati...

    tapi ade cikgu yg perbuatannya juga kuingat sampai mati!!!!

     

    masa zaman sekolah dulu kantoi bio..kene junjung kerusi satu bangunan.. mak aih..nasib baik classmate ramai yang kantoi. lol..

    ah..those days..rindu wei!

     

    mase sekolah dulu..
    -suka ponteng kelas.
    -pelajar pertama sain kad displin dalam kelas.
    -suka ponteng sekolah.
    -kene rotan sebab fail add maths.
    -kene rotan sbb english dapat 44.
    -kene rotan sbb chemis dapat 49
    -kene rotan sbb x siap homework lk.
    -kene rotan sbb kalah giant chess
    -kene rotan sbb ponteng surau
    -kene denda masuk semua kelas sbb bm bawah dr 70.
    -kene denda cuci hostel
    -kene denda cuci surau
    -kene denda cuci block aspura
    -kene denda diri atas kerusi
    -kene denda diri atas meja
    -kene ro-call sampai pkol 3 pg
    -kene masuk mesyuarat displin sbb main hujan mse spm
    -kene masuk mesyuarat displin sbb main mercun mse spm
    -kene masuk mesyuarat displin sbb kantoi memasak mse spm


    hahaha..macam2 lagi la

     
    On May 23, 2008 at 12:44 PM Anonymous said...

    Perubahan, adalah nadi kehidupan.

    Tunjang tulisan ini adalah persis tulisan saya baru-baru ini, walaupun fokus artikel adalah kepada teman anda.

     

    "dan ketika aku rasa teman ini mula berubah..aku tetap tak salahkan dia. aku tetap akan berkata, mungkin keadaan yang membuat kau berubah."

    kalau aku, aku akan berubah apabila diasak prinsip ketuhanan. manusia boleh berubah. kalau dulu aku ada seorang rakan yang suka ke langit. tapi akhirnya setelah diasak oleh aku, dia sudah jarang ke langit. mungkin dia tidak tahu. tapi mata aku sering kebasahan kerana kesyukuran. teman aku telah berubah ke arah kebaikan. ya aku ingat lagi. ingatkan ibu dan istighfar 3 kali. semoga dia terpelihara jauh dari kejahatan dan bisikan2 syaitan.

    dan kini, dia cuma menambat hati gadis yang disukainya. dan gadis itu suka pada lelaki lain. aku rasa tidak perlu salahkan keadaan. salahkan gadis itu kerana berubah hati. tetapi mungkin gadis itu penat menanti. akhirnya undur diri.

    gadis itu suatu masa dulu, pernah menanti cinta hati dia dengan penuh kesabaran. kesabaran yang jika diukur, mungkin layak untuk masuk syurga. cinta hati itu tidak pernah melayan dia dengan baik, apatah lagi dengan sempurna. tapi di akhirnya, dia belajar sesuatu yang sangat berharga, tentang kesabaran. walaupun 3 tahun yang sia2, tidak berjaya mendapatkan cinta hatinya. tetapi dia tidak putus berdoa agar Tuhan peliharakan cinta hatinya dari segala kejahatan. semoga hati cinta hatinya terus dalam kebaikan. 3 tahun yang lama. 3 tahun yang sadis. 3 tahun yang parah. ya. 3 tahun tempohnya. kesabaran yang betul2 teruji. kesabaran yang betul2 terduga.

    dan untuk anda, jika mahu mendapatkan cinta hati anda, bersabarlah, seperti sabarnya anda untuk mendapat jiwa rasa itu suatu masa dulu.

    jika sesuatu itu dirasakan berbaloi, makan penantian yang lama sedikit pun tidak akan terasa.

    dan pasakkan cinta anda demi Tuhan, untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Dia.

    aku pernah cuba mendapatkan cinta hati aku suatu masa dulu tetapi setelah beberapa waktu, ternyata di loh mahfuz, bukan tertulis namanya dan namaku saat itu.

    dengan mata yang kebasahan, aku merintih memanggil Tuhan "jika dia untukku, maka Kau rapatkanlah hati kami ya Tuhan, tetapi jika sebaliknya, maka tenteramkanlah hatiku dengan ketentuanMu. amin yarabbal alamin"

    read between the lines.

     

    adeyh,

    ini manusia di ats sungguh romantis la kawan.

    haha.

    suda declare ka??

    haha..shhhhh...

    hehe..

    satu kelas aku cabut sekolah masa form 3.

    klas pertama form 3 lak tuh.

    hehe.

     

    Saya tak sekolah tadika.

    guru darjah 1, cikgu rosnani.
    kawan baik darjah 1, Haslaniza.

    kawan study UPSR, Lily, Watie, Jaa dan Emma.

     

    berubah mengikut peredaran masa...

     

    Untuk maju manusia kena berubah..
    Berubah itu ada..
    tipulah kalau korang cakap korang tak pernah berubah kan..

     

    aku rindu hati suci.

     

    muxammil, kumen hann panjang sangat la..
    ajar die guna short form.

    sakit mata ar..

     

    rudy,

    haha..manis ker?
    tahnx..

    norhaslina,
    mangsa buli pun akan rindu gak masa skolah tau..

    otakkapasitirendah,
    takper..
    kat kepale ko skang dah banyak bunga tue...

    emyl,
    yeker?

    zul,
    awek2 lame aku pun rindu aku..cumer diorang tak cakap..
    heheh

    mas,
    wah...kira banyak cikgu la ni?
    bnyk pengalaman..

    kawaii,
    haha..setuju2!

    emyl,
    wahh...
    memasak? cmner tu?

    jenz,
    ya..tak berbah..tiada hidup..

    ahlijiwa,
    memang...
    siapa mampu lwan takdir...
    semua dah tertulis..

    kita buat apa yang mampu
    kisah 100 hari akan jadi sebuah kisah
    yang paling......

    john,
    haha..
    next sem kita try..?

     

    neem,
    naper?
    mesti slalu melalak nak g kelas kan?

    am,
    ya..
    people change
    n always change..

    misslara,
    ya..korang jgn tipu miss lara tau..

    panda,
    hati suci tu merujuk pada seseorg ker sesiapa?

    pendy,
    haha..
    dia nak jadi penulis gak la..
    haha

     

    mcm En.Z ckp..
    perubahan paradigma..

     

    ex sy kate..sy x berubah pon walau 2 tahun x jumpe..
    hahahaha
    pedulikan


    owh...kami bawak dapur gas camping tuh ke hostel
    hahaha
    pastuh last2 skali..kantoi
    :P

     
    On July 25, 2008 at 5:48 AM Anonymous said...

    kita bukan berudu yang gelabah
    tercandu prinsip membawa rebah

     

Blogger Templates by Blog Forum