Lelaki ini....

aku mengenali lelaki itu seawal aku mula menginjak kaki ke dunia. aku tak kenal dia pada mulanya. tapi memang setiap perkenalan bermula dengan tidak kenal. aku tak tahu apa yang pernah dia lakukan kepadaku, namun apa yang aku dengar, lelaki itu akan berbuat apa saja demi aku.

antara kenangan yang masih lagi berbekas di hati aku, apabila lelaki itu membelikan aku sebuah kasut baru. kasut itulah pemangkin semangat aku sehingga aku menjadi aku sekarang ini. kasut iatu sangat sakti bagi aku. ada hikmat yang tersendiri. berwarna putih dan bertapak merah. dan permukaannya adalah dari sejenis gentian getah polister. jadi ia tak perlu diberus untuk basuh.

aku masih ingat lagi satu peristiwa di mana ada seorang lelaki mengetuk pintu rumahku pada sebuah malam. melalui lelaki inilah aku mendapat tahu..yang lelaki ini telah ditangkap polis dan ditahan di lokap polis. atas kesalahan yang enteng. namun dia telah dibebaskan.

lelaki ini..aku jarang berbual dengan aku. dia pernah bekerja di singapura. sebagai tukang masak. beberapa hari sekali, dia akan datang ke rumah ku. selalunya akan dibawa persama kek lapis prunes dan juga kuew titiaw goreng. aku mengenali duit singapura daripadanya. aku pernah ke sana sebanyak tiga kali. yang kuingat ketika bulan ramadhan, pada waktu pagi, aku terlihat sekeluaga, aku rasa melayu sedang duduk di tempat terbuka, meneguk arak. Kali kedua ketika raya. banyak duit yang kudapat, dan yang penting, matawang singapura (kini kubenci negara ini)

bicara tentang lelaki ini, membuat jiwaku rasa pelbagai. dia mengajarku mengaji. dia menjadi inspirasiku untuk belajar memasak. namun aku sering saja gentar dengannya. dia tak pernah memukul aku. yang aku ingat, jika dia menegur aku, sudah cukup untuk membuatku menangis.
lelaki ini lebih banyak berdiam dai bicara denganku. aku cukup sukar untuk menyatakan pengorbanan lelaki ini ataupun kasihya kepadaku. aku sering saja tak dapat membaca sikapnya. namun aku dapat rasakan di jauh sudut hati, akulah yang paling manja dengannya.

***************************************************

kini, setelah aku mula memahami dunia, aku semakin mengenali dia. mengapa aku dihalang begitu dan mengapa aku digalakkan begini. sejak akhir-akhir ini, kedutannya bertambah. ada garis kecewa pada dirinya. dia sering menganggap dirinya sudah tak mampu. aku senyap-senyap memahami kelusuhan semangatnya. dia juga sudah mula melawat hospital bahana darah tinggi.

ketika cuti, aku akan pulang ke rumah. ketika teman-teman lain bekerja dengan gaji yang lumayan, aku lebih senang menolong lelaki ini. aku bekerja di merata tempat, namun menghabiskan masa bersamanya adalah gaji yang tak terbayar oleh sesiapa.
betullah kata orang,orang paling kita sayanglah susah kita nak sayang.

lelaki ini......
aku panggil..

PAPA

p/s : bagi aku ayahlah paling susah nak tunjukkan dia sayang kita.
SELAMAT HARI BAPA!

21 balasbalik:

    matawang singapura (kini kubenci negara ini)

    +jgn marah pd negara org sdgkn kekalahan berpunca dr kealpaan negara sendiri....

    selamat hari bapa wat bakal bapa...

     
    On June 13, 2008 at 3:22 PM Anonymous said...

    selamat hari bapa Pak Cik.



    semoga kesihatan pakcik berlanjutan pulih.


    Pak cik punya seorang anak sulung yang baik.

     

    Untuk hero dalam hidup kita.
    Selamat hari bapa !

     

    walau sejahat manapun seorang bapa itu, fikir-fikirkan lah bahawa kita telah memakan hasil dari setitik peluh yang terkeluar dari bapa kita itu.

    ;)

     

    armada,
    benci bukan kerana kes batu putih..tapi kes air...
    dan saya ni racist...

    coffeeholic,
    ya pakcik..anak pakcik baik..tapi bukan pilihan yang baik...

    wnorhaslina,
    ya ! hero tanpa kostum
    tanpa superpower!

    john,
    ya..tu retorik je kan john?
    kiat tak pernah makan peluh kan?
    kan?

     

    tersentuh.deep inside,kite tahu kite saling menyayangi.

     

    hepi ayah day... dad, he is da best..
    kim salam ayah kamoo..

     

    sweeeeeeeetttttt.....

    aku hadiahkan abah ku kain pelikat cap gajah, dia terus pakai masa dia balk kampung. hehee

     

    slmt hari bapa kpd amerr...ekkkk bapak kpd siapa plak ...ahahahaha

     

    salam,
    amer zaman,
    terima kasih lawat blog saya.
    semoga persahabatan maay kekal.

    kasihnya bapa bawa bahagia....
    semoga anda dan bapa dalam lindungaNya sentiasa.

     

    panda,
    ya..jauh di dalam kita tau..
    tapi memang sangat sukar nak dizahirkan bila orang tu abah kita..


    shahazri,
    ya..untuk ayah kamu juga..

    mastikus,
    kalau kau ikut dia jalan2 kat kampung..mesti kau dengar dia cakap..

    "tok penghulu..tengok kain pelikat aku ni..anak pompuan aku yang nak grad tu belikan..jangan jeless..."

    rudy,
    saya?
    bapak kepada anak tekak ini..
    dan juga bapak kepada
    balada seorang sahabat..
    erm....(ok..?)

    fusarium,
    salam...
    sama2 kita bertukar pendapat..

     

    hmmm...

    my father is gentle
    after what i've been through, he's the only one actually believes in me

     

    selamat hari bapa...

     
    On June 19, 2008 at 8:12 PM Anonymous said...

    jgn ckp dkt pakcik macam tu. lgpun, ini hari dia. slmat hari bapa:)

     

    Selamat hari bapa..
    pak cik!

     

    kawaii,
    wah..mesti best kan..

    nicegirl,
    ya..kepada semua bapa..
    dan bakal bapa (?)

    cofeeholic,
    tapi..pakcik ni faham..
    dia tahu, benda perit mendatangkan hasil yang baik..

    misslara,
    dah ucap kat bapak kau? aku belum..hehe

     

    hepy father's day 2 all fathers on da earth!

    father..u r our hero!

     

    aku doakan kesejahreaannya :)

     

    bella,
    ayah..hero tanpa kostum.

    butaseni,
    akudoakan kesejahteraanmu juga..

     

    aku pun rasa tersentuh beb, walaupun dari umur 2 th-10thn,aku jumpa dia sekejap sekajap jee, 11-17 dia dah dekat gan aku memang dekat aku cuma aku tak dapat merealisasikannya atau aku memang buta hati, sekarang dia dah terlalu dekat gan aku, cuma aku jee yang tak tahu menghargai peluang olehnya dan aku tak mahu kehilangan peluang itu walaupun aku mempunyai peluang itu.

    Tangan yang dihayunkan hanyalah salah pandangan zahir bukan kerana marah bukan kerana panas baran bukan kerana benci seadanya tetapi batin yang mahu memberi kasih sayang yang secukupnya walaupun hadiahnya adalah kesakitan cuma yang sementara berbanding kebahagian sepanjang hayat.

    SELAMAT HARI ABAH DAN JUGAK SELAMAT HARI MAMA YANG TERSAYANG.

    p/s : aku masih tercari cari apa yang aku mampu wat untuk memgembirakan abah dan mama aku jugak mensenyumkan mereka walaupun hanya 10 saat........

     

    sangat terharu...bapa aku pun tak tunjuk dia syg aku tp aku tahu dia sgt syang pd aku....

     

Blogger Templates by Blog Forum