tujuan sebuah kehidupan

kehidupan yang kita lalui berdasarkan pilihan yang kita inginkan..SEBENARNYA. Ada antara kita yang memilih kehidupan sebegini..

-belajar bertahun-tahun
-kerja dengan senang di pejabat
-setiap bulan dapat gaji
-sehingga pencen

namun kehidupan lebih daripada itu jika kita mahukan lebih daripada itu.
kita boleh sahaja memilih untuk menjadi orang-orang penting jika kita merasakan tujuan hidup kita adalah penting. Kaji sahaja,berapa ramai pemimipin,hartawan, tokoh-tokoh pemikir,penulis,artis-artis memilih jalan hidupnya untuk menjadi apa yang mereka ingin sekarang.

Nelson Mendela, contoh paling umum. Memilih untuk menjadi pemimpin walaupun telah dikecewakan oleh-undang-undang beberapa kali.

Perhatikan lalng yang bergoyang. Dan fikirkanlah tujuan kita dihidupkan di dunia ini. melalui pemikiran yang ruwet, kita akan menjadi golongan yang kompleks.


perhatikan bait lagu insan dan mahnikam oleh M.Nasir.

Pak tua menangis sendiri
Mengenangkan nasib diri
Walaupun puas mencari
Namun belum ketemui
Cik Buyung riang selalu
Damai dan senang hati
Walaupun tak berusaha
Dia ketemui


p/s: aku bukannya si buyung yang biasa-biasa.

Mel Gibson dan phoenixnya

Menonton filem Apocalypto karya Mel Gibson membuat aku terfikir akan sesuatu. Filem ini sangat meresahkan jiwa. Seawal dari babak pertama membuat aku memikirkan sesuatu.
Orang yang menonton filem dan akan suka dengan filem itu bilamana filem itu mempunyai pemikiran yang sama ataupun lebih daripada penonton tersebut. Setelah aku tau tentang hal ini (daripada kertas kerja Hatta Azad Khan pada Seminar Ke Arah Sejuta Penonton) aku tak lagi memperkecilkan khalayak penonton yang memilih filem-filem yang membuatkan aku mual. Sudah itu pemikiran mereka.



Kembali kepada apa yang Mel Gibson cuba hidangkan kepada penontonnya. Sebenarnya hal ini sangat rumit dan memerlukan pemikiran yang ruwet. Beliau boleh saja membuat filem murahan. Kisah cinta tiga segi ataupun kisah politik semasa. Tetapi beliau memilih untuh menjadikan puak Maya sebagai subjek. Tentang isi yang tersurat, mungkin perlu tonton sendiri dan hayati sendiri pemikiran yang disampaikan.

Apa yang aku dapati tentang Apocalypto adalah kemanusiaan itu sendiri.
Antara dialog yang membekas adalah

"manusia itu akan terus resah. kerana manusia tak pernah puas."
"mari mulakan permulaan yang baru"


tiba-tiba aku teringat tentang burung phoenix. Mitos yang khabarnya dari China ini sebenarnya mula mendiami Tanah Arab. Ini mitos sahaja. Semangatnya kita ambil.
Menurut Cees Hamelink, budaya yang lemah akan pupus dijajahi budaya yang lebih kuat dan asertif. Begitulah Mel Gibson menggambarkan rasanya tentang dunia. Beliau mencari di mana semangat pembangkitan di sebalik keruntuhan.



Inilah yang sebenarnya terjadi dalam budaya kita. Mungkin tak setebal dan sekejam Apocalypto, tapi ianya menghakis sikit demi sedikit.
Mungkinkah kita akan bangkit setelah menjadi abu?

p/s: Layan lagu Bagaikan Phoenix Bangkit dari Abu- M.Nasir

apa yang perlu?

aku disini bukan menanti sehelai sijil yang dicetak dengan dakwat-dakwat kekal direka manusia dan ditandatangani oleh manusia yang satu lagi. Sijil hanya sehelai kertas bisa yang tak membantu aku dalam berhujah. Aku di sini adalah mencari diri,menggali diri. Aku ingin mencari aku. Kerana aku tau di dalam aku ada dia. Dan masa akan menentukan pertemuan itu.
Jika aku berjaya satu hari nanti, sebabnya bukannya aku belajar. Aku berjaya kerana dia yang menentukan aku untuk berjaya. Belajar adalah satu cara untuk memenuhi balang harapan,impian dan kehendak. Belajar adalah satu keputusan yang ditentukan sama ada kita mahu atau tidak. Namun kejayaan itu berunsur ghaib. Ia tak muncul selagi ia dikehendaki muncul. Aku...kita hanya mampu berusaha dan meminta terus-terusan.

Di musim-musim sebegini, di antara kita akan sering mengucapkan kalimah kejayaan dan kegagalan, secara langsung ataupun tidak. Jika fikiran berasa kegagalan telah sebati dengan sel di dalam tubuh dan membuatkan daya tahan menjadi lemah,dengarkanlah lagu 'anugerah dari kegagalan' oleh Dato' Shake. Atau mungkin kau harus baca buku Berani Gagal dari Billi Lim.

Kadangkala kegentaran kita tak berasas. Kita mennghadapi sesetengah benda dengan begitu serius dan seluruh daya fokus tertumpu pada perkara itu. Dan ini membuatkan kita terlupa tentang pergerakan dan perubahan perkara yang lebih besar dari itu. Dalam dewan, kita diuji tentang apa yang telah kita belajar selama beberapa tempoh tertentu. Dalam kehidupan pula, kita diuji tentang semua benda pada setiap masa-T.Aias Taib

Entri Ke-50

ini adalah entri ke-50

aku mahu menjadi penulis. tapi aku kurang menulis. katakan saja aku ini pemalas. ya. sejak akhir-akhir ini aku sangat kurang menulis. aku sangat cemburu melihat seseorang boleh menulis dengan begitu banyak. A.Samad Said misalnya, mampu menghasilkan sebanyak 68 puisi hanya ketika beliau berada di Korea.

Mungkin aku boleh dikatakan sebagai penulis ruwet. Aku sangat memilih dalam menghasilkan sesuatu. Aku pernah 'dipaksa' dan memaksa diri menghasilkan sebuah skrip drama tv hanya dalam ruang lingkup 3 hari. Hasilnya?? Walaupun ia skrip pertama yang pernah kutulis dan ianya diterima RTM (aku terpaksa memberitahu) aku sangat hampa. Ingin kuberhenti menulis skrip. Langsung. Sahabat menghalang.

Aku telah dicabar oleh ruang. Aku dicabar oleh suasana. Aku dicabar oleh harapan. Adakah kau mencabar aku? Melalui entri-entri aku sebelum ini, adakah aku mampu?

taridra 2 dasawarsa

taridra 2 dasawarsa

teriakan pertama takkan dilupakan si ibu
tangisan akan dikongsi dengan si bapa
kelahiran yang dinanti-nanti
kerana yang dunia terdesak juga menanti

ini tarian aku
ditemani irama balada
dari ibu-ayah-adik
dari saudara akrab
yang sentiasa mengharap
agar mereka berjaya memanusiakan seorang manusia

bersama dendangan ini
aku menari bersama sahabat
yang lama berganti baru
yang penat berganti semangat
yang lemah berganti kental

terkadang aku menari sumbang
jauh dari irama balada
terkadang aku menari songsang
tak ikut irama balada
mahu tukar selera kerana sahabat

irama seperti memahami aku
lagunya ditukar mengikut rentakku
aku mula berdrama
dalam dunia yang paling halus
dan kotor
(dunia seni)

setelah 2 dekad
aku menari dan berdrama
membentuk satu taridra 2 dasawarsa
dan aku akan terus sahaja menari
dengan rentak yang ditentukan-Nya

apakah skrip aku seterusnya?
apakah tarian aku selepas ini?

1942-05042008
p.perdana

Kisah April

kisah 1
april kali ini bermula dengan kelam kabut. aku rasa seperti mahu membeli masa. bermula dengan kerja promosi untuk source of emotion.
hari pameran, terlalu banyak untuk kuceritakan. ada duka. ada suka. ada derita. ada hampa. tapi hari-hari yang mencabar ini (bermula 2april-4 april) ditempuhi dengan semangat baru.
semangat yang digelar
persahabatan
kesatuan
kerjasama
toleransi
hal ini tak dapat dipelajari di mana-mana universiti sekalipun.terima kasih teman-teman. pameran ini lancar kerana kita.
(geng jiwarasa telah menulis tentang ini. boleh baca dari blog mereka jua)

p/s: sesetengah yang mengkritik sebenarnya hanya untuk menujukkan dia pandai. bukan membuktikan dia tahu.

kisah 2
hampa dengan kesantaian.
tujuan aku untuk menimba pengalaman dan rasa katakjuban.
namun layar tanchap,sebuah art event di shah alam ini terlalu tanchap.

aku terhibur dengan pensyarahku sendiri yang membuat persembahan,
penyair AGI




dan juga teman-teman yang menggelarkan diri serambi. aku peminat nombor satu mereka.aku harap mereka mengekallkan irama mereka.




p/s: malam genta puisi pena masih lagi tebal dalam jiwa.

kisah 3
aku rasa sangat terharu. sejak aku mampu mengenali dunia, ini kali pertama dalam hidup aku menerima semangat hari lahir. tentu sahaja terima kasih ini khusus untuk ratna. seorang sahabat yang dianugerahi.







p/s: aku sangat bertuah di bumi ini. terima kasih sahabat.

Pameran Foto


poster direka oleh amscreamo

Sebagai menuntaskan tuntutan subjek, aku dikehendaki mempamerkan foto yang paling beremosi untuk tuntutan umum. Bukan aku sahaja,semua geng jiwarasa jua akan berada di sana. Jika ada kelapangan, bolehlah kita berjumpa di sana. Ada diskusi.
Kedatangan sahabat semua, amat dialu-alukan.

p/s: tegur aku jika kamu kenal aku.

terbungkus dalam peristiwa

pernah kau bayangkan kau terbungkus dalam satu peristiwa?

u-wei hj shaari
mahadi j.murad
anuar nor arai
a. wahab hamzah
norman abd halim
ku seman ku husein
norman yusoff
gayatri sue-lin pillai

aku terbungkus bersama mereka. pada waktu sekarang ianya sesuatu yang baru bagi aku. mereka pemikir. mereka karyawan. aku jadi kagum

jadi aku memeluk suasana ini sedakapnya.
tak kenal mereka? maaf. aku tak mahu beritahu. taip nama mereka di dalam google dan kau akan kenal mereka.

apa yang kudapat? oh. aku bukan penulis peristiwa. aku hanya mahu menyatakan rasa lain setelah dibungkus bersama pemikir ini. aku mendapat synergy baru.

Sajak Ayat-Ayat Cinta

Tuhanku,
Aku merasa kerdil berjalan di tanah mu ini,
Cintaku pada mu telah memalukan aku,
Aku sedang membaca sebuah novel,
Kemudiannya hatiku bergetar-getar ingin menangis,
Kisah pemuda yang sangat mencintaimu,
Dan kau telah anugerahkan dunia kepadanya

Tuhanku,
Jika watak itu benar-benar wujud,
Aku tak tahu dengan apa lagi,
Akan ku ungkapkan rasa malu ku,
aku yang sentiasa sahaja begini,
Tak pernah berusaha mengenal mu,
Tapi kau tetap sahaja,
Izinkan aku memijak bumi mu,
Aku yang tak pernah mencari mu,
Namun kau sering mengingati ku,

Penyesalanku tak terbutirkan,
Izinkan aku sujud kepada mu.

184520032008
kl-jb

NOTAKAKI: sajak ini terlahir sejurus aku membaca Ayat-Ayat Cinta karya Habiburahman El-Shirazy. Syukur,novel ini telah diangkat menjadi filem.

ada apa dengan warna?

bapak tahu tak warna adalah salah satu ilusi? bapak tahu tak? hanya kita, manusia sahaja yang mampu menilai warna. bapak pernah tahu yang haiwan lain macam lebah,kucing,anjing dan burung tak mampu menilai warna. bapak pernah ambil kisah tak
kenapa bila kita di tempat gelap, semua warna akan terurai menjadi satu? bapak mahu tahu misteri warna? ya...warna...!



yang kita selalu kita lalui dalam kehidupan hari-harian. warna juga misteri. mungkin bapak anggap soal warna itu remeh. mungkin bapak suka dengan hal-hal yang lebih besar. apa itu freemanson, siapa dia klux klux klan, siapa dalang peristiwa 9/11, kenapa kes atlantuya tak selesai-selesai. soal ini terlalu besar bagi aku bapak. aku hanya tahu warna. itu cuma kita sahaja yang rasa.kita sahaja yang alaminya. kerana apa? kerana kita dianugerahkan sepasang mata yang yang mempunyai kekuatan untuk menangkap frekuensi cahaya. dan ianya akan diproses di dalam otak, setinggi mana frekuensi itu. dan otak kita akan memberitahu warna itu apa.

apa yang bapak tahu antara warna merah dan biru? apakah merah itu simboliknya keberanian? apakah biru itu nadanya melankolik? bukankah merah itu darah dan ia akan membikin satu suasana ketakutan. bukankah biru itu laut dan laut itu mendamaikan jiwa.

bapak, apakah perbezaan warna itu penting? adakah jika kita menarik warna kuning dari bendera kita, kita akan dianggap derhaka? jadi, apa maknanya bendera kita itu bagi yang buta warnanya? apakah hanya kerana warna, air sirap yang biasa bapak minum jika ditukar kepada hijau bapak akan menganggapnya sebagai air pandan.bapak tahu tak warna itu hanya ilusi. hanya mata kita dengan bantuan otak kita yang mampu menterjemahkannya. hidupan lain tak mampu.



bapak,untuk sekali ini..aku meminta bapak supaya jangan melihat warna sebagai warna. cuba bapak lihat sebagai kesatuan. warna hijau, warna biru tua, warna biru yang muda, warna merah sebagai satu warna yang sama. bapak..cuba sekali ini bapak menjadi buta warna seperti anak-anak kecil ataupu bapak melihat dunia seperti melihat filem-filem p.ramlee. warnanya hitam putih, tapi lebih hebat dari filem mitos yang warna-warni di pawagam.

bapak,aku harap bapak boleh menerima dia, pilihanku. walaupun warna kulitnya lain,. aku mohon....aku hanya wanita.

p.perdana
130418032008

notakaki:

Kata Orang Luar

Ketakjujuran

aku sering membayangkan, kehidupan di dunia ini resepinya adalah ketakjujuran.
bukanlah resepi baru untuk dimakan, tapi ianya dilihat dalam konteks keperluan.

ketakjujuran=keperluan..??

pekerja buruh
tak payahlah kau rajin sangat buat kerja. tengok macam aku, rileks je. cukup bulan dapat gaji juga. sama macam kau juga. tapi kena pandai lar.

pekerja kolar biru
aku tak perlu penat-penat macam korang semua. Tapi gaji aku tetap sama macam kau semua. macam mana?. haa! kena pandai ayat bos lah.

pekerja kolar biru,kot tempah kedai
rumah yang aku buat ni,kalau kau nak tahu....tak guna duit aku pun. Ini semua syarikat support. Ha..!! Takut?? Hahaha..pandai makan,pandai simpan lah..

ini baru sahaja ketakjujuran dalam ruang lingkup pekerjaan. bagaimana pula ketakjujuran sebagai insan?

Blogger Templates by Blog Forum