taridra 2 dasawarsa
05 April 2008 by amer zaman
taridra 2 dasawarsa
teriakan pertama takkan dilupakan si ibu
tangisan akan dikongsi dengan si bapa
kelahiran yang dinanti-nanti
kerana yang dunia terdesak juga menanti
ini tarian aku
ditemani irama balada
dari ibu-ayah-adik
dari saudara akrab
yang sentiasa mengharap
agar mereka berjaya memanusiakan seorang manusia
bersama dendangan ini
aku menari bersama sahabat
yang lama berganti baru
yang penat berganti semangat
yang lemah berganti kental
terkadang aku menari sumbang
jauh dari irama balada
terkadang aku menari songsang
tak ikut irama balada
mahu tukar selera kerana sahabat
irama seperti memahami aku
lagunya ditukar mengikut rentakku
aku mula berdrama
dalam dunia yang paling halus
dan kotor
(dunia seni)
setelah 2 dekad
aku menari dan berdrama
membentuk satu taridra 2 dasawarsa
dan aku akan terus sahaja menari
dengan rentak yang ditentukan-Nya
apakah skrip aku seterusnya?
apakah tarian aku selepas ini?
1942-05042008
p.perdana
teriakan pertama takkan dilupakan si ibu
tangisan akan dikongsi dengan si bapa
kelahiran yang dinanti-nanti
kerana yang dunia terdesak juga menanti
ini tarian aku
ditemani irama balada
dari ibu-ayah-adik
dari saudara akrab
yang sentiasa mengharap
agar mereka berjaya memanusiakan seorang manusia
bersama dendangan ini
aku menari bersama sahabat
yang lama berganti baru
yang penat berganti semangat
yang lemah berganti kental
terkadang aku menari sumbang
jauh dari irama balada
terkadang aku menari songsang
tak ikut irama balada
mahu tukar selera kerana sahabat
irama seperti memahami aku
lagunya ditukar mengikut rentakku
aku mula berdrama
dalam dunia yang paling halus
dan kotor
(dunia seni)
setelah 2 dekad
aku menari dan berdrama
membentuk satu taridra 2 dasawarsa
dan aku akan terus sahaja menari
dengan rentak yang ditentukan-Nya
apakah skrip aku seterusnya?
apakah tarian aku selepas ini?
1942-05042008
p.perdana
muz...
x nak try gerakan kontem @ anatomi @ mime mcm dak2 teater mase eka??
mesti cumel...
hihihi... jokin... =)
amer...
kdg2 aku terlupa yg aku juga menari untuk kehidupan aku...
aku juga menyanyi untuk sebuah kisah aku...
tp aku tidak tahu... apakah ia....
hurmmmmmm.............
mapieceofart....
anda yang seharusnya cuba itu semua.....
hahahahahaah...
aku mahu lihatnya...
hahaha
gelakkan mereka dgn unta2 mereka
salam singgah..
:)
huii.... dah cuba dah... ngeri...!!
atas dasar mencuba lah aku dah merasai... cukup la sekali kut... dah join dip showcase MEDEA sem lepas bawah arahan ibu norzizi...
byk ranjaunya menjadi anak teater..
trima kasih...
aku lagi suka menulis.... =)
datangla pentas opera.
aku join teater ni.
aku sokong ratna.. kehidupan ibarat fantasi dan seolah-olah bermimpi..
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Servidor, I hope you enjoy. The address is http://servidor-brasil.blogspot.com. A hug.
yg lama pergi silih berganti...
yang baru datang meriah sekali...
apa2 pun, tarian harus diteruskan
aku seringnya memerhati alam dan kehidupan... tapi aku keliru... entah yang mana satu harus aku raikan...
bila aku sedar aku juga menari untuk kehidupanku, aku boleh saja ketawa riang... jika ada langkah tariku yang sumbang, aku perbetulkan rentak, tapi bukan langkah tari...
bila aku sedar aku juga menyanyikan sebuah kisah aku, aku bisa saja bergelak ketawa... jika nyanyianku sedikit sumbang, aku perbetulkan lagu, tapi bukan nyanyianku...
aku hidup untuk sebuah kisah aku...
anda, bagaimana?
taridra 2 dasawarsa.....
yep... aku gi pentas opera malam sok... insya Allah... support ko lah am... ade orang suro... hehe... =)
aku menari...
hari-hari aku menari...
tak pernah henti...
atas pentas duniawi...
Allah moderatornya satu abadi...
dan untuk-Nya aku menari...