apa yang perlu?

aku disini bukan menanti sehelai sijil yang dicetak dengan dakwat-dakwat kekal direka manusia dan ditandatangani oleh manusia yang satu lagi. Sijil hanya sehelai kertas bisa yang tak membantu aku dalam berhujah. Aku di sini adalah mencari diri,menggali diri. Aku ingin mencari aku. Kerana aku tau di dalam aku ada dia. Dan masa akan menentukan pertemuan itu.
Jika aku berjaya satu hari nanti, sebabnya bukannya aku belajar. Aku berjaya kerana dia yang menentukan aku untuk berjaya. Belajar adalah satu cara untuk memenuhi balang harapan,impian dan kehendak. Belajar adalah satu keputusan yang ditentukan sama ada kita mahu atau tidak. Namun kejayaan itu berunsur ghaib. Ia tak muncul selagi ia dikehendaki muncul. Aku...kita hanya mampu berusaha dan meminta terus-terusan.

Di musim-musim sebegini, di antara kita akan sering mengucapkan kalimah kejayaan dan kegagalan, secara langsung ataupun tidak. Jika fikiran berasa kegagalan telah sebati dengan sel di dalam tubuh dan membuatkan daya tahan menjadi lemah,dengarkanlah lagu 'anugerah dari kegagalan' oleh Dato' Shake. Atau mungkin kau harus baca buku Berani Gagal dari Billi Lim.

Kadangkala kegentaran kita tak berasas. Kita mennghadapi sesetengah benda dengan begitu serius dan seluruh daya fokus tertumpu pada perkara itu. Dan ini membuatkan kita terlupa tentang pergerakan dan perubahan perkara yang lebih besar dari itu. Dalam dewan, kita diuji tentang apa yang telah kita belajar selama beberapa tempoh tertentu. Dalam kehidupan pula, kita diuji tentang semua benda pada setiap masa-T.Aias Taib

11 balasbalik:

    berani gagal yang dare to fail tu yea?

     
    On April 13, 2008 at 6:41 PM Anonymous said...

    berani kerana benar, berani gagal, berani mencuba..

    "nama sy rain"

    -Serius!! aku x paham!

     

    ini tentang rasa aku tentang
    peperiksaan. tentang kenapa aku ada disini.

     

    aku merasakan lebih dari itu...

    aku paling benci bila diuji...

    aku langsung tidak ulangkaji kerana terlalu gentar melihat rakan-rakan yang lain sibuk mempersiap diri...

    resultnya?

    aku harus sentiasa pasrah...

    tidak ulangkaji, mana mungkin resultnya hebat meninggi...

    hahahaha....

    pokoknya, jangan terlalu jatuh ke bawah...

    3.0 ke atas, kira ok lah...

    hurmmmm......

     

    ujian di kelas@kolej adalah ujian kecil yg harus semua org tempuhi untuk menunjukan had mereka. Jika seseorang itu mempunyai sijil yg tinggi, maka dia mampu memikul tanggungjawab yang besar. begitulah sebaliknya.

    kerana dunia diluar sana tidak semestinya ceria dan penuh keriangan, tiada beban dan sengsara. sepanjang kehidupan disitulah dugaan. (pekerjaan dll)

    ade paham??

     

    aku baca perenggan akhir tu dlm kepala sudah terbayang ttg EXAM yg bakal ko tempuh. Ini baru penulis namanya! gambbate hoshii!

    entri aku KATAKANLAH MANIRA tu bersangkut paut dgn derita yg aku tempuh sejak tahun akhir pengajian. Aku teruk sakit angkara sihir. 2001 - kini. Tapi, ia xpernah patahkan smgt aku utk mendepani hari2 berikutnya. Entri itu menyatakan saat2 aku rasa sakit. setiap bulan tanpa henti. benarlah mcm kata Arwah T Alias Taib spt yg ko tulis itu. Hidup ini satu ujian. Bahagia atau Derita tetap satu ujian. Amat sedikit mereka yang menyelami ujian Bahagia.

    wallahualam.

     

    selamat jawab soalan periksa.

     

    If u plan to failed,
    so u are failed to plan.

    ahak! aku pon jarang menulis,
    jarang = malas

    uhukk..!

     

    aku tersentuh dgn entry ni...
    trima kasih muz sahabat...
    ko tarik aku untuk halusi semula kenapa aku berada di sini...

    aku terbakar...!!

    jom..! langkah pertama, aku, kamu dan kawan2...kita semua mulakan dgn exam yg bakal datang ni...!
    study... study... study...
    dan score....!!

     

    program Asian Renaissance adalah projek DS Anwar semasa beliau dalam kerajaan yang diteruskan selepas pembebasan beliau.

    projek ini menjurus kepada penggalian khazanah ilmu dari rantau Asia melibatkan peserta yang dipilih dari rantau Asia dan Asia Tenggara.

    Alert, nanti akan ada siri ke-3, jangan tak apply! Tapi tidak ada janji bahawa wajib terpilih kerana permintaan cukup tinggi!

     

    ari 2 saya ambil Lesen kete tapi saya langgar kon...saya gagal a.k.a belum lulus lagi...
    adakah sebelum saya lulus Dia telah tetapkan saya gagal?
    Jawapannya tidak...
    jgn sesekali mempersoalkan takdirnya...
    memang kita belajar tetapi kalau kita gagal bukan dia yang sengaja tetapkan tetapi kita yg belum bersedia untuk hdapi ujian.
    orang pernah persoal bahawa hidup mereka ditakdirkan Tuhan tapi...
    Tuhan tetapkan takdir makhluknya yang sedang meneruskan kehidupan,terpulang kepada manusia untuk mencorakkan nasibnya...
    Man Jadda, Wa Jadaa...
    Siapa yang berusaha dia berjaya...
    Sudah cukup jelas kawan...
    Kita yang tentukan takdir kita...
    so, beranlah hadapi apapun ujian kerna kita hidup ini hanya untuk diuji keimanan kita kepadanya...
    Allahuakbar...

     

Blogger Templates by Blog Forum