Hishamuddin Rais dan jiwa sebuah buku.

Usia blog ini sudah setahun. Maknanya sudah setahun aku menulis blog. Ramai kenalan dari blog. Aku jenis yang menulis-bukan-bercakap. Secara tak langsungnya, aku sudah punya pembaca tetap. Dan aku perlu berkongsi. Kini bukan aku-tapi-saya. Lebih manis.

Saya sebenarnya anak muda yang sentiasa tandus. Saya tak tahu apa perlu saya lakukan untuk menjalani hidup sebagai anak muda. Pada saya,hiburan itu tak begitu banyak. Saya tak kenal disko,tak kenal pub dan tak tahu apa ada pada pesta buih selain buih yang berbeluak. Pada saya hiburan itu t.v,filem,muzik,seni dan buku.

Semenjak saya jumpa buku ini di sebuah kedai di kawasan Damansara, saya tertarik untuk membacanya. Tetapi apakan daya, RM30 bagi saya adalah sesuatu yang berat untuk dikeluarkan untuk membeli buku. Saya simpan hasrat sehingga ekonomi saya kukuh untuk membeli buku ini.

Saya bekerja dengan tekun dan sabar untuk mengumpul duit. (Membeli buku ini,bukanlah agenda utama saya)

Akhirnya saya berjaya membeli buku ini. Selepas beberapa ketika saya meniduri buku ini, saya berasa segar. Buku ini adalah sebuah himpunan rencana tulisan Hishamuddin Rais. Keganasan,Penipuan & Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah. Hisham menggelar diri dia sebagai reformis. Semakin hari, semakin mendalam tulisan dia, saya semakin ketagih.

Hal ini diperkuat dengan dialog pak lang saya yang mengatakan "mamat ni duk luar negara bertahun-tahun,tapi tengok bahasa Melayunya".

Buku ini memang berkisar suasana politik terkini. Sebagai mahasiswa, buku ini patut dibaca kerana ditulis oleh ikon ataupun legenda hidup mahasiswa tempatan. Yang merasa politik itu lumpur, lagi layak membaca buku ini.

Tapi awas, jangan terpengaruh dengan gaya hidupnya. Yang begitu sekular.

Selepas membaca buku ini saya terfikir. Apakah benar kerja bercakap benar itu seumpama ditelan mati mak, diluah mati bapa? Tak! bercakap benar yang pahit itu adalah keharusan. Saya baru faham, mengapa saya kurang yakin bila bercakap benar. Rupa-rupanya saya telah terdidik sebegitu. Bercakap benar bererti bermulut lancang. Apakah perlu kuasa untuk berubah? Perubahan dan kerja mengakkan kebenaran tak semestinya perlu disokong.

Cukuplah sekadar prinsip menyatakan kebenaran, dipegang. Tak perlu jadi ketua dalam mana-mana persatuan atau mewujudkan mana-mana kumpulan.Tak perlulah berpolitik. Cukuplah dengan kita bercakap benar diiringi rasa tanggungjawab. Mungkin kta boleh belajar dari Soe Hok Gie.

Kehidupan ini perlulah diraikan.
dan AUKU itu perlulah dimansuhkan.
serta membaca kan mendewasakan kita.
Takbir!

p\s: isu AUKU terlalu basi. Seperti laukyang dimasak 30 tahun lalu, dan kita setia menghidangkannya. Segan untuk diceritakan.

sandiwara ahad.

semalam, sebelum pulang ke johor bahru.

aku mahu larikan diri dari alam realiti. aku celaru dengan benda sepatutnya tak aku celaru.
sandiwara yang mana satu aku perlu percaya?

aku mengambil langkah berani dengan menonton The Dark Knight kali kedua. Dengan harapan, aku dapat jalan untuk menyelamatkan negara.
filem adiwira yang membuahkan rasa simpati terhadap kebaikan sebenar.

joker: aku adalah objek yang tak boleh dihalang. dan kau objek yang takkan berubah. kita ditakdirkan bersama.
batman: sama ada mati sebagai wira, ataupun hidup menderita lebih lama dengan ketakjujuran..

makna wira sebenar, semakin aku faham dengan filem ini.
wira sebenar memberi tanpa meminta
sentiasa menjaga dengan memerhati dari sudut paling gelap.
dan ianya sentiasa diperlukan tanpa kita inginkan.

aku faham. belajar dari filem hollywood lebih memberi kesan ke dalam jiwa dari membaca tajuk utama akhbar ahad. sekurang-kurangnya aku tahu, joker punya gaya yang hebat, tapi batman adalah wira yang mengkagumkan.

p/s: aku masih begini

ada yang tiada

ini puisi. bukan puisi hatiku ataupun hatiku puisi. ini puisi yang tajuknya seperti tajuk puisi.

ada resah di hujung rasa
ada rasa di hujung resah
rasa resah yang tak sudah-sudah

ada kesal di dalam hati
ada hati di dalam kesal
hati kesal yang tak mati-mati

ada lara di pangkal jiwa
ada jiwa di pangkal lara
jiwa lara yang tak putus-putus


semua ada
mana ada
tempat kulari.


0222-310708

p/s: ini puisi tentang rasa sesal kerana membuat keputusan yang sebaik-baiknya. hidup memang begini.

wayang pachak bukan layar tanchap

kita kehilangan sebutir lagi mutiara pada 31 julai 2008

Al-Fatihah buat Sasterawan Negara S. Othman Kelantan.

harta peninggalan arwah yang paling terkesan padaku adalah Novel Juara yang mana ianya diangkat menjadi filem oleh U-wei dengan tajuk Jogho.

Kita semakin kehilangan.

**********************************************
semalam.

Wayang Pachak bejaya dianjurkan sekali lagi. Ini adalah kali kedua selepas yang pertama dulu.


Terima kasih kepada rakan taufan dan rakan taulan yang bayak membantu.
Impian aku untuk menyangkan filem Nasir Jani, Kembara Seniman Jalanan lakonan M.Nasir selama hampir 3 tahun, menjadi kenyataan.


kepada yang tak berminat filem ini. maaf.
sukar nak puaskan hati semua orang. jalan terbaik, aku puaskan diri sendiri.

dengan hadirin yang mencecah 400 orang, aku kira usaha teman-teman semua berbaloi.

Tahniah dan terima kasih.

p/s: projek rakan taufan no2 selesai .projek no 1 masih dibikin.

minggu yang pantas

aku lalui beberapa mingguku ini dengan sangat pantas. aku tak sempat mengaturkan hidupku kerana membantu kehidupan baru bakal graduan.
baru aku dapat rasa bagaimana perasaan menjadi abang tanpa pertalian darah.

aku juga terpaksa mengorbankan apa yang ku ada termasuk yang terbaik kumiliki untuk kebaikan. mungkin tak nampak pada hari ini, tapi masa akan datang akan mengajar kita.


3 hari 3 cerita

hari pertama,
aku dengan relapaksa pulang ke kapung untuk membantu keluarga dalam hal ehwal katering. sempat juga aku menonton aksi adiwira (superhero) yang paling aku suka.

BATMAN dalam DARK KNIGHT


Lihat judulnya. Tak ada perkataan Batman!
Ceritanya?
Filem superhero terbaik pernah aku tonton. Antagonisnya, The Joker sangat mengagumkan aku.
Kau bayangkan,bagaimana kau mau mengugut orang yang..
tiada orang yang disayangi
tiada teman-teman
tiada masa silam
dan tak pentingkan harta...
dan dia mampu berfikir lebih jauh berbanding Batman!

lihat saja betapa masyarakat takut kepada Joker daripada mementingkan Batman

Walaupun filem ini penuh aksi,penuh kelicikan, namun unsur pemikiran,politik,falsafah,humor telah dikisar dengan baik sehingga sebatiannya sukar diungkapkan.

Dan ahli politik mampu melakukan kerja superhero dengan caranya tersendiri. Jadi undilah dengan bijak.


hari ke2

hari bekerja sebagai katerer.
klien adalah Menteri bernama Subramaniam.
tengok meja Menteri
Selepas mereka pergi, aku lihat hanya cawan sahaja digunakan.
Makanan? Hanya pembaziran...
Tak apalah..duit rakyat.
(kek ini boleh ditempah).


hari ketiga,
Makan pizza hut bersama keluarga!
Tak boleh jelaskan betapa bahagianya masa ini.

p/s: sukar hendak mepertahankan blog. masa semakin singkat.

Nasi Ambeng

Ini nasi ambang. 0rang melayu biasanya panggil ini. jika kau mepunyai darah yang mengalir sedikit condong ke kaum jawa, kau boleh panggil nasi ambeng. Orang melayu lama menggelarnya nasi berkat.

Nasi ambang asalnya ada 21 jenis lauk. Tapi, kerana aku menjualnya secara konvensional dan kontemporari, ianya dikurangkan kepada 6 jenis lauk.

Lauknya adalah rendang ayam (atau ayam masak kicap) , mi goreng, kacang panjang goreng, serunding kelapa, sambal tumis dan ikan kering. Dijual dengan harga RM3.
Sejak akhir-akhir ni kosnya bertambah.


Apa..kau pakai petrol ke buat nasi ni?

kata seorang pakcik secara membabi-buta.


Baik pakcik, biar saya terangkan.
Untuk buat ayam rendang, perlukan ayam, santan sebagai bahan utama. Harga ayam naik 50 sen sekilo.Begitu juga dengan mi goreng, kacang panjang, sambal tumis dan ikan gorengperludimasak dengan minyak masak kelapa sawit keluaran tempatan. Harga minyak masak naik hampir 50%. Pernah satu ketika, minyak masak sangat sukar dicari,akibat peruncit menyembunyikannya (supaya harganya terus naik)


Jika anda membelinya, nasi jua termasuk dalam pembelian itu. Beras pula harganya meningkat sehingga 70%.Ini belum dikira lagi kos pengangkutan.


Naikkan harga?

Tak boleh..pembeli bukan semua kerja bank. Ini segamat. Dan tak ada seorang pembeli pun bekerja sebagai menteri.


Kini, ianya dijual tetap dengan harga yang sama. RM 3.

Jadi,kepada apek yang berkata


Haiya..apa pasal manyak mahal ma..?


Jangan salahkan aku, kalau kau ditumbuk. tapi aku tak boleh salahkan apek ni pula. bukan salah dia. jadi aku tak tumbuk. salahnya cuma tak dengar cakap Pak Najib supaya tukar cara hidup.



p/s : saudara rudy, lalu segamat jangan lupa singgah beli nasi ambang ini ya..

senja


senja

Satu senja
Kulihat
seorang ibu
Memanjakan
anaknya
Kuingin
lihat semula
Anak itu
memanjakan
ibunya
di usia senja


07022008

segamat

p/s: aku semakin hilang arah ataupun sudah bertemu arah. aku masih tak pasti.

maaf

"maafkan jika aku tak sempurna"

ini lirik lagu ayat-ayat cinta yang dinyayikan rossa.
dicipta oleh melly goeslow dan anto hoed.

jadi aku mahu meminta maaf kerana beli dvd filem ayat-ayat cinta yang cetak rompak.
tak apa...diorang dah kaya kat indon.
lagipun kalau filem melayu aku beli ori.

dan novelnya aku beli ori dengan harga sebenar walau cover dah rosak.


p/s: aku tetap pada prinsip. kalau dah berakhir aku takkan jawab.

Lelaki ini....

aku mengenali lelaki itu seawal aku mula menginjak kaki ke dunia. aku tak kenal dia pada mulanya. tapi memang setiap perkenalan bermula dengan tidak kenal. aku tak tahu apa yang pernah dia lakukan kepadaku, namun apa yang aku dengar, lelaki itu akan berbuat apa saja demi aku.

antara kenangan yang masih lagi berbekas di hati aku, apabila lelaki itu membelikan aku sebuah kasut baru. kasut itulah pemangkin semangat aku sehingga aku menjadi aku sekarang ini. kasut iatu sangat sakti bagi aku. ada hikmat yang tersendiri. berwarna putih dan bertapak merah. dan permukaannya adalah dari sejenis gentian getah polister. jadi ia tak perlu diberus untuk basuh.

aku masih ingat lagi satu peristiwa di mana ada seorang lelaki mengetuk pintu rumahku pada sebuah malam. melalui lelaki inilah aku mendapat tahu..yang lelaki ini telah ditangkap polis dan ditahan di lokap polis. atas kesalahan yang enteng. namun dia telah dibebaskan.

lelaki ini..aku jarang berbual dengan aku. dia pernah bekerja di singapura. sebagai tukang masak. beberapa hari sekali, dia akan datang ke rumah ku. selalunya akan dibawa persama kek lapis prunes dan juga kuew titiaw goreng. aku mengenali duit singapura daripadanya. aku pernah ke sana sebanyak tiga kali. yang kuingat ketika bulan ramadhan, pada waktu pagi, aku terlihat sekeluaga, aku rasa melayu sedang duduk di tempat terbuka, meneguk arak. Kali kedua ketika raya. banyak duit yang kudapat, dan yang penting, matawang singapura (kini kubenci negara ini)

bicara tentang lelaki ini, membuat jiwaku rasa pelbagai. dia mengajarku mengaji. dia menjadi inspirasiku untuk belajar memasak. namun aku sering saja gentar dengannya. dia tak pernah memukul aku. yang aku ingat, jika dia menegur aku, sudah cukup untuk membuatku menangis.
lelaki ini lebih banyak berdiam dai bicara denganku. aku cukup sukar untuk menyatakan pengorbanan lelaki ini ataupun kasihya kepadaku. aku sering saja tak dapat membaca sikapnya. namun aku dapat rasakan di jauh sudut hati, akulah yang paling manja dengannya.

***************************************************

kini, setelah aku mula memahami dunia, aku semakin mengenali dia. mengapa aku dihalang begitu dan mengapa aku digalakkan begini. sejak akhir-akhir ini, kedutannya bertambah. ada garis kecewa pada dirinya. dia sering menganggap dirinya sudah tak mampu. aku senyap-senyap memahami kelusuhan semangatnya. dia juga sudah mula melawat hospital bahana darah tinggi.

ketika cuti, aku akan pulang ke rumah. ketika teman-teman lain bekerja dengan gaji yang lumayan, aku lebih senang menolong lelaki ini. aku bekerja di merata tempat, namun menghabiskan masa bersamanya adalah gaji yang tak terbayar oleh sesiapa.
betullah kata orang,orang paling kita sayanglah susah kita nak sayang.

lelaki ini......
aku panggil..

PAPA

p/s : bagi aku ayahlah paling susah nak tunjukkan dia sayang kita.
SELAMAT HARI BAPA!

balada apartment mewah

Aku takkan sekali-kali tunduk ke bumi. Untuk apa? Aku sering saja dipadang tinggi. Aku diperbuat daripada pelbagai bahan yang hebat. Pasir dari pantai, simen yang kuat, besi-besi berceracak. Struktur ku dibina dengan teliti. Rekabentuk yang unik, membuatkan ramai yang tergila-gilakanku. Hanya sebulan aku siap dibina, ruang-ruang kecil di dalamku telah diisi dengan pelbagai barang.

Akulah simbol kemajuan. Keagungan. Dan kemegahan penduduk kota. Apartmen De’ Palma. Siapa tak mengenaliku?. Politikus, ahli perniagaan, artis-artis terkenal serta pelancong kelas tinggi. Masing-masing mengenali aku. Akulah tempat berehat. Akulah tempat perlindungan. Akulah tempat.....

Ya..aku dijadikan tempat bermaksiat. Ya kerana aku begini. Aku kelihatannya selamat dari pandangan orang. Aku dikatakan apartmen kelas atasan. Jadi tiada jabatan agama Islam akan melawatku. Mungkin jika kau lihat aku dari jauh, aku kelihatan megah dan angkuh. Namun jiwaku kosong. Hanya dipenuhi dan disumbat dengan dosa-dosa politikus, ahli perniagaan artis-artis dan sesiapa sahaja yang nafsunya menserakahi tubuh. Kenapa mesti begitu? Adakah itu tujuan sebenar aku dibina? Apa alasan yang kau, pak menteri? katakan sebagai kemajuan itu bermaksud yang benar?

Kali ini. Buat kali pertama dan kali terakhir akan kutunduk ke bumi. Telah kuminta jasa bumi untuk menggegarkan lapisan kerak dalamnya. Dan pada waktu yang sesuai itu. Ketika masa yang paling strategik. Aku akan meninggalkan kezaliman ini. Ya. Pada malam ini juga.


*****************************************************************

Besoknya, di dada-dada akhbar terpampang sebuah tajuk dengan font besaiz 40



120 MATI , 70 CEDERA PARAH



Pesta Seks Di Apartment De’Palma menjadikan angka kematian meningkat.

p/s: kisah ini aku reka untuk menujukkan emosi gambar apartmen. sampai tak?

Bantu Sufi.


bantulah sufi. mungkin ini adalah panggilan kemanusiaan terakhir untuk kau. Setiap kebajikan akan dibalas berpuluh ganda. Siapa Sufi? klik sini

gay adalah keriangan

did u gay now?

mak...i feel im a gay now...

apakah yang akan anda jawab jika ditanya soalan begini?aku tau..kau akan jawab tentang gaya hidup yang itu.
lihat, betapa mudah kita dikelirukan.menurut kamus dwibahasa
oxford fajar ingeris melayu-melayu inggeris edisi ketiga (Joyce M. Hawkinns:2001)
ia bererti

girang ; riang ;ria dan garang

dan ini bermakna perkataan ini membawa maksud yang baik-baik. yang positif.
namun terdapat penambahan di dalam maksud perkataan ini. ianya ditulis sebegini

(colloq.) bernafsu syahwat sesama jenis ; homoseks
colloq.=colloquial= bahasa percakapan

jadi apa akan kau jawab jika ditanya soalan ini.
dapat apa yang aku ingin sampaikan?

siapakah yang meletakkan gelaran ini terhadap golongan itu?
sebab ianya adalah bahasa percakapan.
tujuannya yang aku pasti adalah untuk mengelirukan.
bayangkan jika anak-anak kecil terbiasa dengan perkataan ini, dan diadaptasi ke dalam satu bentuk kesenangan.
secara tak langsung akan menganggap gay adalah sesuatu yang sihat dan menggembirakan.

tak mustahil bukan?

lihat, ini baru satu contoh kecil tentang bagaimana pemikiran barat yang didakwa sedang cuba menguasai dunia ke arah New World Order membiasakan kita dengan istilah mengelirukan.

apa pula maksud dengan uniseks?
adakah kau selalu ke salon uniseks?
kau uniseks?

p/s : cintai bahasa Melayu kita. Musuh kita dimana-mana.

Blogger Templates by Blog Forum