Hishamuddin Rais dan jiwa sebuah buku.
29 August 2008 by amer zaman
Usia blog ini sudah setahun. Maknanya sudah setahun aku menulis blog. Ramai kenalan dari blog. Aku jenis yang menulis-bukan-bercakap. Secara tak langsungnya, aku sudah punya pembaca tetap. Dan aku perlu berkongsi. Kini bukan aku-tapi-saya. Lebih manis.
Saya sebenarnya anak muda yang sentiasa tandus. Saya tak tahu apa perlu saya lakukan untuk menjalani hidup sebagai anak muda. Pada saya,hiburan itu tak begitu banyak. Saya tak kenal disko,tak kenal pub dan tak tahu apa ada pada pesta buih selain buih yang berbeluak. Pada saya hiburan itu t.v,filem,muzik,seni dan buku.
Semenjak saya jumpa buku ini di sebuah kedai di kawasan Damansara, saya tertarik untuk membacanya. Tetapi apakan daya, RM30 bagi saya adalah sesuatu yang berat untuk dikeluarkan untuk membeli buku. Saya simpan hasrat sehingga ekonomi saya kukuh untuk membeli buku ini.
Saya bekerja dengan tekun dan sabar untuk mengumpul duit. (Membeli buku ini,bukanlah agenda utama saya)
Akhirnya saya berjaya membeli buku ini. Selepas beberapa ketika saya meniduri buku ini, saya berasa segar. Buku ini adalah sebuah himpunan rencana tulisan Hishamuddin Rais. Keganasan,Penipuan & Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah. Hisham menggelar diri dia sebagai reformis. Semakin hari, semakin mendalam tulisan dia, saya semakin ketagih.
Hal ini diperkuat dengan dialog pak lang saya yang mengatakan "mamat ni duk luar negara bertahun-tahun,tapi tengok bahasa Melayunya".
Buku ini memang berkisar suasana politik terkini. Sebagai mahasiswa, buku ini patut dibaca kerana ditulis oleh ikon ataupun legenda hidup mahasiswa tempatan. Yang merasa politik itu lumpur, lagi layak membaca buku ini.
Tapi awas, jangan terpengaruh dengan gaya hidupnya. Yang begitu sekular.
Selepas membaca buku ini saya terfikir. Apakah benar kerja bercakap benar itu seumpama ditelan mati mak, diluah mati bapa? Tak! bercakap benar yang pahit itu adalah keharusan. Saya baru faham, mengapa saya kurang yakin bila bercakap benar. Rupa-rupanya saya telah terdidik sebegitu. Bercakap benar bererti bermulut lancang. Apakah perlu kuasa untuk berubah? Perubahan dan kerja mengakkan kebenaran tak semestinya perlu disokong.
Cukuplah sekadar prinsip menyatakan kebenaran, dipegang. Tak perlu jadi ketua dalam mana-mana persatuan atau mewujudkan mana-mana kumpulan.Tak perlulah berpolitik. Cukuplah dengan kita bercakap benar diiringi rasa tanggungjawab. Mungkin kta boleh belajar dari Soe Hok Gie.
Kehidupan ini perlulah diraikan.
dan AUKU itu perlulah dimansuhkan.
serta membaca kan mendewasakan kita.
Takbir!
p\s: isu AUKU terlalu basi. Seperti laukyang dimasak 30 tahun lalu, dan kita setia menghidangkannya. Segan untuk diceritakan.

ade byk aku nak tulis~
tp, mls.
saje mau cter,
aku dpt adiah besdy sbuah novel same harga dgn buku ini.
adiah.. ko tawwu..!
;P
eh,
aku rendu same ko mus!
hehe..
kena lebihkan banyak membaca...
ilmu itulah senjata kita. di zaman globalisasi ni, bukan sennang nak pertahankan agama
tahniah amer... setahun sudah usia balada seorang sahabat. aku harap ianya akan lebih matang kerana kematangannya akan mematangkan aku...
kau sudah berjalan agaknya, tapi aku masih lagi meniarap...
Jika AUKU basi setelah 30 tahun, bagaimana dengan ISA selepas 40 tahun?
Alifnya, selamat ulangtahun pertama blog amerzaman. Teruslah menulis.... hiburan tidak perlu sampai ke pub n disco. cukup skdr jalan yg diredhai.
by the way, komen di blog sy apa ek maksudnya?
ren,
bila nak ajak aku dating?
takkan aku nak mula dulu..haha
kawaii,
membaca tu sangat penting..
yang lebih penting kita saring apa yang kita baca...
ratna,
terima kasih...kalau bukan kerna sokongan teman-teman..
aku mungkin sukar menjadi aku...
cepat bangun..jgn meniarap lagi...
mak marah..
muhsin,
kalau auku basi,
isa dah jadi tapai kot..
2-2 ni perlu ker?
rudy,
tahniah untuk pementasan teater 2jssasdr
terima kasih kerana menjadi mentor saya..
amer, saya setuju, baca takpe, tapi proses pemikiran dan penyaringan bahan bacaan perlu berlaku seiiring dgn pembacaan..
selamat berpuasa!
selamat berpuasa :D
Pinjam buku tu kalo besh?
lama x singgah???
kenapa singgah kalpo tak masuk??
:)
Salam, Amerzaman
Kalau rajin membaca pastinya hidupmu tak akan bosan...
Berhibur dengan buku...
tulisan yang mendalam selalunya jujur..
silap erti di negara ini bila yang jujur dikatakan cuba memberontak..
tapi dari kecil diajar untuk tidak membohong...
sian..~
negara ini sedikit gila ketika ini..
huhuh
kawaii,
saya setuju..awak setuju dengan saya
hehe..
selamat berpuasa.
pandagumuk,
selamat berpuasa kembali.
misslara,
ko reti ker baca buku budak besor?
ratna,
singgah mana?
john,
...sebab salah rumah..
fusarium,
ya..buku itu satu hiburan..
mungkin sebab saya tak mahir menunggang motorsikal..
syukur...
mas,
saya akui..
saya takut untuk bercakap benar...