Menjejaki Mamat Khalid?

Anda pernah terbaca,antara entri saya yang lalu bertajuk Pengarah Berfikir, Aku Memikir. Itu adalah entri saya yang mengapresiasikan pengarah filem yang befikir. Di dalam entri tersebut, saya menyatakan kekaguman saya terhadap pangarah Mamat Khalid terhadap filemnya Kala Malam Bulan Mengambang. Tak lama selepas itu saya menjadi gembira kerana kemenangan filem itu di Festivel Filem Malaysia 21.

Jadi apabila mendapat peluang bahawa terdapat seminar 'Menjejaki Pemikiran Mamat khalid, sudah pastilah tak akan saya lepaskan. Semina pada ketiak itu berjalan lancar. Namun kehadiran ahli-ahli panel telah mengganggu ruang antara hadirin berkomunikasi dengan Mamat Khalid. Tidak saya nafikan bahawa pandangan ketiga-tiga panel, A. Wahab Hamzah, Dr. Zul dan Norman Yusoff banyak membantu dalam menyampaikan wacana. Terasa seperti berada dalam atmosfera dewan kuliah. Namun, seminar itu bukan berjudul 'MEMAHAMI PEMIKIRAN MAMAT KHALID' tetapi "MENJEJAKI'

Saya berada di situ sepatutnya pulang dengan meklumat bahawa, pemikiran Mamat Khalid adalah hasil tuaian beliau banyak membaca, atau menonton atau budaya persekitarannya. Ataupun kerana beliau telah berkelana ke Eropah untuk mencari makna sebuah filem. Oleh kerana panel-panel yang begitu kritis, saya tiba-tiba terasa sangat kecil untuk bertanya, maka terpaksa saya tanyakan hal ini secara peribadi selepas seminar. Seperti permintaan dan janji beliau kepada saya ketika di tempat kejadian dan di blog beliau, beliau akan bercerita di blognya.

11 balasbalik:

    sekarang tgh menonton kala malam bulan mengambang..
    masih mencari pemikirannya dalam filem itu..

    kata org yang tak faham pemikiran mamat khalid kepada saya "filem mamat khalid tu tak ada pape, terutamanya zombie kg pisang, tak tau apa yang dia nak sampaikan"

    saya jawab balik "sebab org yang tgk tu pun tak tahu apa yang ditengok"

    sekian~=)

     

    kala malam bulan mengambang mmg ada sesuatu/

     

    aku lebih gemar abang beliau mohd nor khalid aka lat.

    kartunnya ringkas, tapi padat dan tajam.

    dengan kos lebih rendah dan medium lebih ringkas dia dah berkarya lebih jauh dan lebih berjaya dari adiknya.

    dengan kata lain, jadi abang memang bess..

     

    mmat khalid gemar mengangkat isu politik & mengkritik negara dalam santai lawak die.

    cte la orgnyer mcm mne...

    fikiran die luar otak x?

    ngee~

     

    mamat khalid adalah seorang pemikir dan pejuang filem-filem Melayu.

    aku begitu kagum dengan bliau sejak beliau mghasilkan zombie kampung pisang. dimana ketika menonton, audien tergelak terlolong berhabis habisan sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang mentertawakan diri sendiri.

    aku sedih dengan penerimaan yang diterima, mungkin tidak ramai pemikir yang hadir pada malam itu.
    mamat khalid adalah salah seorang pengkarya yang aku anggap begitu santai dalam membikin filem tetapi sarat dengan mesej yang tersirat disampaikan mengikut caranya sendiri.

    teori-teori yang digunakan seperti ne-noir tidak sering dijelaskan. sebaliknya, dia bercerita mengikut cara dan pemikirannya sendiri.

    aku percaya setiap dari kita berasal dari kampung. kampung itu bukan satu asal usul untuk di simpan jauh-jauh, dan malu untuk berdepan dengan realiti.

    aku gembira hingga kini masih ada orang seperti mamat khalid yang berfikiran realistik dan pemikir yang santai. dia inspirasiku.


    pesanan untuk amer- i miss you. alot.

     

    ainunl,
    sama lah macam teman saya...
    tapi..menurut mamat,
    filem yang betul2 mengikut acuan jiwanya adalah Lang Buana..

    erm..?

    pandagumuk,
    sesuatu?
    sesuatu yang indah?
    sesuatu yang tertunda?
    sesuatu yang pasti?
    hehe

    muhsinsenpai,
    tu namanya bakat,
    melukis ni satu seni yang tak semua org boleh ada,
    macam menyanyi,
    tapi bikin filem?
    prof.razak pun boleh...

    ya! abang mmg bes dari adik!

    ungu,
    orgnyer cmner?
    nampak lucu,
    humble,
    peramah,
    fikiran dia??
    lebih hebat dari apa yg boleh kita jangka kan..

    coffeeholic,
    saya suka
    kamu suka
    saya terima
    apa adanya.

     

    sape 2 mamat khalid??
    loyar? ,majestrit?
    tidak2..
    ade soalan..
    dia amik ayat dari buku untuk tulis karya tak?
    hehehe

     

    i miss you too..

     

    miss u 2...


    hehehehehe....

     

    mana yang berada di seminar tu mungkin faham apa yang sedang berlaku. sehingga kini masih ada yang bermasam muka kerana seminar terbabit. beberapa pihak (tak perlu aku nyatakan kat sini)perlu faham makna pemikiran.yang perlu kita lakukan adalah hargai ilmu. pergi mati dengan kelayakan yang ada!

     

    aku pernah mengutarakan pendapat aku kepada salah seorang lecture pasal nak buat skrip seperti filem - filem barat contoh ; Scary Movie n etc. korang tahu apa yang dijawab? dia kata filem macam itu tiada keaslian. duh. mmg pun aku nak buat cerita tu mengikut cerita asal dan dijadikan dalam bentuk genre komedi. lecture itu membuatkan aku patah semangat. zz tak lama kemudian, tapi agak lama juga...baru filem Mamat Khalid keluar. Zombie kampung Pisang. Cerita yang menggunakan unsur - unsur "breaking the fourth wall convension" <-- if tak silap eje. jadi. secara tidak langsung idea aku yang dah lama berhabuk didalam kepala ini masih bole digunakan. mungkin masa itu aku berjumpa dengan lecture yang hanya mementingkan keaslian, seni dan ect didalam sesebuah filem. Tapi bagi aku, menghiburkan penonton dengan filem adalah lebih menarik kerana ianya 2 dalam 1. menghibur dan keuntungan. Kalau nak kuarkan filem yang mempunyai spec seperti RT*(tuuuut) tu...aku rasa seperti filem malaysia takkan berkembang. duduk la di takok yang lama.

     

Blogger Templates by Blog Forum