Bujal 2
12 September 2008 by amer zaman
Bulan Ramadhan-al mubaraq yang lepas, saya sempat mencipta sebuah sajak. Bujal. Diinspirasi dari hasil observasi terhadap kehidupan. Sajak itu yang juga telah saya letakkan di dalam blog ini (klik sini) memberi satu makna yang besar bagi saya. Oleh itu, sajak itu telah saya tambah untuk menghasilkan jalan cerita yang lengkap. Cerita tentang pengorbanan di Ramadhan al-Mubaraq
1
semakin matang peredaran masa
semakin rumit pemikiran manusia
bulan sudah sarat dengan cahayanya..
maka pada satu ketika
lahirlah sang anak bulan
saya sebagai penyampai mohor Sang Raja
pemimpin alam langit-bumi
mengumumkan,ujian bagi umat terpilih
akan bermula besok
2
bujal menyarungkan baju putih
dililitkan bersama selendang putih ayah di leher
berderap kaki menari
menuju irama qudus
hayal ala solah
hayal ala falah
nikmat ramadan dikucup
bulan baroqah membawa berkat
berkat bulan membawa rezeki
rezeki takkan datang bergolek dan tak juga melayang
ramadhan bukan bererti berhenti berjuang
ramadhan ertinya rela bekorban
3
adik...jaga ibu kita adik
abang keluar untuk mencari rezeki
untuk kau, untuk ibu
buat kita belanja heri raya nanti
adik jangan takut bersama ibu
di mata ibu, ayah masih ada
ibu tidak gila, dia cuma terlalu rindu
sama seperti kau yang rindukan
jasad arwah ayah kita yang entah di laut mana
4
panas terik mentari bukan penghalang
setitik peluh yang berlinang di ubun-ubun Bujal
bererti sejuta kebahagiaan akan dia rasakan
syawal akan menjelang tiba
malam ini malam yang tujuh akan datang
menyembunyikan malam pertemuan sang kekasih
5
keesokannya di dada-dada akhbar:
musim harga barang naik lagi
melambung,melonjak
tinggi hingga tembus siling
bergejolak, berkocak
nasib si miskin tak dipeduli
dan terus bergelumang dengan kemiskinan
dan kaya akan berenang terus dengan duit
hingga mati lemas
6
kita ini golongan penggerak ekonomi negara
golongan tani, buruh, nelayan dan peladang,
terus dihimpit,
terus terdesak
akibat cukong
tamakkan untung
8
suara kita harus lantang,
supaya didengar dan dipertimbang,
kita laungkan hak kita
di setiap lorong-lorong kota
bahawa kebenaran haruslah berpaksikan
pada keadilan
9
Bujal masih ingat dahulu,
Pesan dari ayahnya,
Politik itu lumpur,
Namun jika terpaksa
Jangan sesekali berkata tidak
Dan jangan terusan-terusan lupa
Politikus umpama kucing hitam
Kukunya yang tajam sentiasa tersembunyi
10
adik jangan risau,
baju melayu merah teluk belanga
sudah abang dapatkan untuk adik
bila adik bangun nanti cuba lihat di bawah bantal
adik...jaga ibu kita adik
abang telah mendapat tiket perjalanan
ke taman keabadian
abang takkan pulang syawal ini
beritahu ibu
abang meyesal tak pernah cium pipinya
0255-29092007 & 1425- 10092008
(ini bukan Bujal yang sebenar mahupun adik Bujal. Sekadar gambar hiasan)
rinduku kepada mak begitu mendalam. tapi rinduku kepada abah sudah tidak tertahan. segaris duka pun takkan ku biarkan menghiasi wajah abah. sejalur derita pun takkan ku lepaskan. abah akan ku pastikan bahagia. mak akan ku hiaskan tawa di wajahnya.
aku harap, aku tidak menjadi seperti bujal. tidak sempat mencium pipi ibunya.
aku sering saja mencium pipi abah dan mak. aku tak pernah lupa untuk memeluk mereka erat.
namun itu semua tidak memadai bagiku. aku masih lagi kerinduan terhadap jalur-jalur tua yang semakin menghiasi wajah abah dan mak.
hari ini, saat ini, jiwaku begitu kosong. mungkin rindu ini sudah tidak mampu ku tahan.
ahhh... lambatnya terasa menanti tarikh 26 september... adehhh...
ratna,
aku jadikan kisah bujal sebagai tauladan..
kososng? apesal tak buka sama?
mapieceofart,
tarikh aper tu?
bukan kau ke bujal?
kenapa letak gambar adik kau yang tak bersalah?
pergolakan famili?
Salam,
Amerzaman...
Selamat berpuasa. Aku kena bekerja sehingga santak hari akhir sebelum 1 syawal!
Mungkin sampai rumah pun dinihari raya. Janji dapat balik kampung!
tak semua suara lantang didengar dan dipertimbang,silap silap dicap pengkhianat :D
tarikh balik kampung larh muzz...! adehhh... mahu beraya dan main mercun tak hengat.... yeaaa...!!
apa khabar kamu?
sihat atau tidak?
puisi itu... amat mendalam maksudnya.
salam ramadhan buat kamu :)
muhsin senpai,
bujal pada aku...
sama dengan indiana jones pada george lucas,
ataupun jack sparrow pada johnny depp,
pergolakan?
oh. tidak.
fusarium,
macam lagu raya.
tapi bila suasana macam tu...
unsur suspen ketika nak pulang di pagi raya,
mesti menjadikan raya tu lebih bermakna..
mapieceofart,
ouh...hehe
perfect melancholy,
sihat..
mendalam?
dapat tangkap?
Bujal2..
layan saja...
nantikan persembahan bujal muz ni di majlis pen dan rendang..
TQ!
sedihnya..
more lessons to be learnt
amerzaman,
bujal mengingatkan aku pada bahan bacaan semasa kanak-kanak sekolah rendah..
selamat berpuasa.
rangkap pertama tu aku le yang baca semalam..
ha,,
yg rngkap kedua pulak aku yang baca.
heheh.
AKU BACA RANGKAP YANG KE-8... HEHEHEHE.....
misslara,
thanx....
kawaii_desu,
sedih...
kalau kita bujal..
apa perlu kita buat?
duduk di rumah saja kah?
muhsin,
lu memang real la bro...!
john,
pasal azan kau lah..
kita menang...
ratna,
haha...
kau pemberontak ea?
it touched my heart
very good.