Merakam Kata Gibran

Ketika aku mebacamu

Aku melihat dirimu menari-nari

Di depanku

Irama bukanlah sesuatu

yang aku dambakan

Ketika aku melihatmu

Aku membacamu dengan tertib

dan resah

Bagimanakah aku mampu

membacamu , melihatmu

Jika kau sebenarnya ada

Dalam jiwaku?



September 2010

Matinya Seorang Projeksionis

Kau putarkan seluloidmu

dari projektor untuk memberikan kami senyuman

Pancaran cahaya telah memancarkan bayang

Yang membuatkan jiwa-jiwa melayang


Dalam wayangmu itu

Kutemukan diriku sendiri

Lebih dari tempat lahirku


Layarmu itu adalah sihir paling ampuh

Dalam perang melawan harga diri

Pada hari-hari ini.


Adakah kau seorang

Alfredo dari Cinema Paradiso

Yang menyerahkan hidup untuk peminat wayang?

Ataupun kau pernah menjadi Toto

pada hari-hari semalam

lalu meyimpan rapi cinta untuk mengejar mimpi


Projektormu hanya bingar di saat

maya menari dan buana menyepi

Projektormu mula sepi di kala

buana menyanyi dan maya terkunci


Malam ini di tempat ini

Aku mendoakan kebebasan abadimu

Pabila merdu projektormu

Memainkan mimpi-mimpi

Sudah menjadi babak-babak imbas kembali

Sebuah wayang gambar hidup


Engkaulah

Alfredo dari Cinema Paradiso

Yang tak pernah menemui Toto

Dan ditakdir hidup dalam

Dunia wayang di kamar-kamar tidur


P.Perdana

02092010


p/s : ketagih menulis puisi


Kuasa Mimpi Sang Pemimpi : Ulasan Filem

"Tanpa mimpi, orang macam kita akan mati, Ikal" -Arai.


Bagi aku, dalam tetralogi Laskar Pelangi, karya penulis muda, Andrea Hirata, Sang Pelangi lah yang paling romantik dan melankolik,sekurang-kurangnya bagi aku.Adalah satu cabaran bagi Riri Reza bukan sahaja untuk mengekalkan momentumnya dalam Laskar Pelangi, malah perlu bertindak lebih lagi untuk memastikan Sang Pemimpi lebih daripada itu.

Dan, sebagai pengarah, Riri sekali lagi berjaya memukau, menginspirasikan, menggetarkan jiwa penonton.

Filem ini dimulai degan watak Ikal (lakonan Lukman Sardi ) sedang bekerja di Pejabat Pos. Bekerja menjadi sesuatu yang paling dibencinya (pegawai pos) adalah sesuatu yang menyebalkan. Ketika pulang dari tempat kerja, Ikal terlihat sekumpulan remaja berlari, dan di situlah bermula imbas kembali Ikal terhadap zaman persekolahannya (sekolah menengah)

Bagi peminat Laskar Pelangi, mungkin kalian cintakan watak Lintang yang genius, ataupun Mahar yang kreatif. Di sini aku nyatakan, kalian akan kecewa. Namun, Andrea (sebagai penulis) telah memberikan watak Arai-sepupu jauh Ikal, yang kemudian duduk dengan Ikal setelah kematian seluruh keluarga. Jika Lintang adalah punca Ikal bersungguh di sekolah rendah, kini Arai,yang dikatakan Ikal sebagai Seniman Kehidupan- beliau boleh menyulam sisi hidup yang sulit menjadi indah) merupakan punca Ikal cekal menjalani hidup untuk mengejar mimpi.

Maka, zaman persekolahan mereka dilalui bersama dengan seorang lagi rakannya yang gagap serta obses dengan kuda. Di sini sekali lagi, Ikal dikurniakan seorang guru yang mencabarnya mengejar mimpi, menjelajah Indonesia,Afrika serta Eropah. Watak itu adalah Pak Balia, yang akan selalu meminta pelajarnya melaungkan kata-kata (quotation) orang-orang yang berjaya. Macam Shah Rukh Khan dalam Mohabbatein, tapi yang tu sedikit lagha.

Filem ini adalah satu penghargaan kepada bapa-bapa di seluruh dunia. Walaupun Riri tak memaparkan banyak tentang bapa Ikal, namun kita dapat lihat betapa risaunya bapanya terhadap Ikal dan betapa besarnya pengorbanan bapanya. Di sinilah kebijakan Riri dalam mengawal benda-benda yang ringkas menjadi dinamis.

Pada mulanya aku cuba untuk meletakkan prarasa yang lebih rendah terhadap filem ni (kerana aku tak mahu kecewa), lebih-lebih lagi dengan pemilihan pelakonnya, termasuk Ariel Peterpan. Tapi, filem ni mampu membuatkan aku terharu sama banyak dengan aku terharu dengan novelnya. Riri nampaknya berjaya mengawal filem ini, walaupun tak sepenuhnya - bahagian tengah sedikit mendatar.


Filem ini, bagi aku telah membuatkan filem kita ketinggalan, bukan sahaja dari segi naratif, malahan oleh semua aspek kreatif (tak perlu aku huraikan dari segi kerja kamera dan kerja seninya, cukuplah aku nyatakan bahawa bahgian teknikal telah diletakkan di tempatnya) Aku terpaksa nyatakan ini kerana, ketika kita mula sibuk memfilemkan novel seperti Lagenda Budak Setan, Karipap Karipap Cinta dan ombak Rindu(?), filem ini sudah meninggalkan kita dari segi ceritanya (malahan aku terdengar Garin Nugroho akan usahakan Tetralogi Pulau Buru oleh Pramoedya Ananta Toer) Dan ini membawa kepada pertanyaan mengapa Sharad Sharan tak setia seperti Riri dengan mengekalkan latarbelakang ceritanya. (tahun 80-an, mungkin lebih mudah)

Antara yang menjadi semacam satu standatangan Riri adalah lagu untuk filem. Seperti Gie dan Laskar pelangi, Riri masih memilih pemuzik tempatan dengan lagu terbaik. Untuk filem ini, aku tertarik dengan lagu Melayu Asli iaitu Rentak 106 serta Fatwa Pujangga (yang pernah dipopularkan Aisyah. Atau, kalau rajin, cari lagu Cinta Gila nyanyian Ungu-kau boleh jumpa rentak Melayu.

Babak yang paling menarik bagi aku adalah menarik adalah semasa semua pelajar di kelas Pak Balia mengucapkan kata mutiara pilihan masing masing, yang diadun dengan babak Arai dan Ikal berlari. Inspiratif!

Ada yang menyatakan bahawa Riri harus berhenti menghasilkan filem adaptasi dan teruskan filem epik seperi Gie, kerana filem ini kelihatan kurang taringnya. Namun, bagi aku , paling tidak pun Riri harus hasilkan satu lagi sambungannya, Edensor (Maryamah Karpov semakin absurd).

p/s : ulasan ini sangat emosi sebenarnya, lebih-lebih lagi bila lihat kecekalan Arai memenangi Zakiah Nurmala yang rupawan. Dah lah lama tak menulis.

Jemput datang



yang atas 14 april - kalau minat sastera (klik)
yang bawah 24 april - ada tayangan filem pendek (klik)

Dunia ini komedi, Hidup ini Tragedi.

Ada sebuah cerita. Cerita ni berlaku pada tahun 1945 di sebuah pekan yang sibuk. Pekan yang bernama Pekan Peduli. Di satu jalan,di tengah bangunan antara Bank Kapital dengan Pejabat Elektrik Sentrik, terdapat sebuah Klinik Psikiatri. Diberi nama Klinik Psikitiari Najib Bijan.

Di petang yang hening, angin bertiup sempoi, terdapat seorang lelaki awal 40-an memasuki klinik tersebut. Lelaki tersebut kelihatan kusut, tinggi dan kurus. Lalu bertemulah dengan Najib Bijan (m.a,b.a Hons, Ph.D)

Lelaki : Doktor, saya ada masalah (separuh menagis)

Najib Bijan : Herm...apa masalah kamu? (dengan nada doktor)

Lelaki : Saya rasa hidup saya tak bermakna.

Najib Bijan : Herm... boleh terangkan?

Lelaki : Saya cuba sayangkan kerja saya. Saya komited. Tapi setiap kali saya balik kerja, saya akan rasa sedih. Tak gembira.

Najib Bijan : Herm... ini bererti awak tak sukakan kerja awak bukan?

Lelaki : Bukan doktor. Saya sayangkan kerja saya. Cuma setiap kali, pulang ke rumah, saya akan rasa pathetic.

Najib Bijan : Herm... kamu perlukan hiburan.

Lelaki : Hiburan? (Memandang muka Najib dengan mata berkaca) Hiburan macam mana?

Najib Bijan: Herm... macam ni. Di pekan sebelah, Pekan Riang ada seorang yang pasti mampu akan hiburkan kamu?

Lelaki : Siapa dia?

Najib Bijan : Herm... nama dia Awang Merah. Dia adalah penglipurlara yang tersohor. Dia mampu membuatkan seorang kanak yang berpisah susu dengan ibunya ketawa.

Lelaki itu cuma diam.

Najib Bijan : Herm..bukan setakat tu, melalui jenakanya, dua parti yang bergaduh telah bersatu. Pasangan yang bercerai, kembali merujuk. Kanak-kanak menyukainya. Yang tua menyayanginya. Cuba kamu pergi bertemunya.

Lelaki : Tak boleh. Saya tak boleh berjumpanya.

Najib Bijan : Kenapa?

Lelaki : Sebab sayalah Awang Merah.


p/s:Takziah untuk arwah Din Beramboi. Jenakanya tinggi di langit.

Perginya Seorang Bujang Menanti Menjadi Bapa

Kau katakan padaku
jika cuma ada
kosong perpuluhan kosong
kosong
kosong
satu peratus

gadis yang hot dan pandai
dalam buana ini
orang macam aku
boleh dapat 5 orang

aku diam tanda harap


p/s : semoga kau tabah dalam jalan yang kau pilih.

Pancing dan Pangkah

Setiap sistem pemerintahan, perlu diterajui ketua. Ini hakikat. Sesetengah sistem memilih ketua dengan cara undi. Ini boleh dikatakan proses demokrasi. Begitu juga dalam sistem pemerintahan pelajar, ketua akan dipilih melalui proses pengundian. Maka memancing undi adalah wajib bagi calon-calon pilihan raya ini. Namun masalah di sini, sejak dari dahulu, teknik memancing undi pelajar tidak yang menarik untuk dibicarakan, terutama calon-calon pemimpin di alma mater saya. Boleh dikatakan, tempat pengajian saya ini adalah sekolah seni, maka seharusnya kreatif. Kempen yang dilakukan mestilah seperti pemikiran calon tersebut.

Jika saya mencalonkan diri, saya takkan menghabiskan masa dan wang mencetak gambar sendiri beratus-ratus dan menggantungnya di serata tempat. Kalau kacak, bergaya dan seksi lainlah. Semua itu cara lama, cara mak bapak kita dulu-dulu. Ortodoks, tak terbuka dan sempit dan sudah tidak praktis. Cuba fikir luar sikit. Buat satu video korporat tentang diri sendiri (walaupun propaganda dan syok sendiri) dan tayangkan dengan projektor (terutama pelajar filem). Sekurang-kurangnya, kebolehan ,kesungguhan (dan kebodohan) saya akan terserlah. Namun sekurang-kurangnya, saya cuba pendekatan artistik.

Selain itu, bagi setiap proses memancing undi, manifesto setiap calon harus dilaungkan. Tidak kisahlah dengan cara apa sekalipun. Karl Marx pada 162 tahun yang lalu pun sudah memikirkan tentang menzahirkan manifestonya dalam bentuk buku. Hitler, pada zaman muda melaungkan suaranya dengan berkesan,cuma di kedai minum. Saya bukan bercakap tentang Marx dan Hitler sebagai pemimpin hebat, namun dari segi orang biasa yang punya semangat dan idea. Ini belum termasuk gerakan mahasiswa di negara jiran lagi. Namun hal-hal ini tidak nampak pada proses pilihanraya di tempat saya,khusunya. Dan saya tidak pasti apakah sebabnya. Adakah calon-calon pemimpin pelajar ini tumpul pemikirannya. Dan yang menariknya, calon-calon ini boleh dipersoalkan tentang kepimpinannya, kerana mereka tiba-tiba muncul entah dari mana (sebelum ini tak nampak di mana-mana majlis ilmu untuk berkongsi idea) dan mencalonkan diri untuk menjadi pemimpin.

Saya masih bingung dengan pemimpin sebelum ini, dan sekarang kabur dengan pemimpin akan datang. Kadangkala terlihat mereka berkhidmat untuk pihak atasan, di mana kata-kata oleh V dalam filem V for vendetta- "People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people" akan disangkal oleh mereka.

Kerana hal inilah, saya tak hairan, sebelum majlis tayangan filem Karaoke semalam, ada calon yang cuba memancing undi dengan gula-gula di dalam bilik tayangan. Dan apabila filem diputarkan, mereka (calon dan jentera) sibuk berbual,bermain es-em-es dan tidur. Dan pada pagi ini mengganggu pegumuman-pengumuman tak sudah. Jika saya mengundi, apa erti undi saya? Adakah undi saya berharga beberapa butir gula-gula dan air kotak? Ataupun saya mengundi supaya mereka boleh mencapap?

p/s : saya tak sangka, kali ini undi dilakukan secara online.

Aporisma Anuar Nor Arai & Ronamaya

"Orson Welles buat filem yang besar masa dia umur 27 tahun. (merujuk kepada Citizen Kane) Cuba fikir benda yang baru"

"Filem yang baik, perlu ada ambiguity, tapi kalau banyak sangat ambiguity pun tak bagus"

"Kalau nak buat filem mesti ada etika. Misalnya filem ni (merujuk kepada poster Johnny Bikin Filem ) ini filem noir, sebab tu bangunannya besar, dan orangnya nampak kecil"


Antara ayat terkesan dalam diri saya, yang datangnya dari Anuar Nor Arai, ketika saya menunjukkan sebuah naskah untuk dijadikan filem pendek. Secara tak sedar, kata-katanya mempengaruhi RonaMaya (walaupun saya tak sempat belajar dari beliau, saya membaca tulisannya di Dewan Budaya 80-an)

***********

Saya banyak bermain dengan pergerakan kamera untuk meyampaikan apa yang saya maksudkan contoh: babak-babak ketika Rona seorang diri, saya menggunakan sudut kamera tinggi ( sepertimana membaca komik,ianya diletakkan sudut rendah dari mata)

Filem ini saya mulakan dengan audio projektor filem berputar - untuk memberikan perasaan sinematik dan romantik kepada penonton wayang sebenar. Sekuens pembukaan filem ini pula dimulai dengan watak lelaki (Rona) sedang kelihatan sepeti bangun tidur. Yang sebenanrya Rona bukan sahaja bangun tidur, malah dalam proses dilahir, oleh sebab itulah posisi pembaringannya pada awalnya sama dengan proses janin dalam kandungan. Plot filem ini dibuka dengan syot rumah. Ianya bukan sekadar establish, tetapi cuba untuk mengenre kan filem ini ke noir (rujuk Anuar Nor Arai) dan ketika ini saya memilih untuk menggunakan muzik pembukaan filem Citizen Kane (Orson Welles).

Kemudian babak beralih ke dalam rumah, dan kelihatan dengan wajah bengis (poyo) Rona melukis. Dia kemudian membuka radio (tersiar berita tentang isu bahasa di mana karyawan berkumpul menentang penggunaan bahasa Inggeris yang beleluasa pada tahun 1960-an ataupun lebih terkenal dengan peristiwa "Keranda 152" . Kemudian diikuti dengan persembahan nyanyian oleh Bob Dylan dengan lagunya "Only Pawn on Theirs Game"-hayati liriknya) Dalam masa yang sama, Rona mengambil bekas kopi dan meletakkannya, dan menukar kepada teh (subteks kepada pecinta kopi) dan kemudian dia duduk semula.

Ketika dia duduk, Maya tidak muncul, sehinggalah dia menyalakan dan menghisap cerutnya. Saya percaya, imaginasi yang melampau hanya akan termangkin dengan bahan tertentu. Dalam kes ini, cerut itulah. Setelah itu kelihatan Maya menggodanya dan babak bertukar ke tingkat atas. Saya sengaja memilih rumah 2 tingkat untuk menujukkan bahawa watak Maya itu turun dari atas, dan Rona yang sudah 'high' kemudiannya naik ke atas.

Kemudian babak di tingkat atas, saya cuba bermain dengan syot cermin ( memecahkan antara realiti dan imaginasi). Kemudian pada babak berikut, Rona terbangun dan kelihatan dunianya berubah. Jam, lampu, dan air berubah warna yang lain ( saya sebenarnya mahu warna rumah secara keseluruhan bertukar menjadi warna ala komik dalam filem Dick Tracy-faktor kewangan menghalang)

bersambung...

Petanda Rona adalah watak komik

- Mata Rona yang tertutup, terbuka pada sekuen pembukaan ( saya cuba membawa penonton melihat dunia dari mata Rona, bukan Maya)
- Maya tak bersentuh dan berkomunikasi dengan Rona kecuali semasa Rona menghisap cerut.
- Rona tak terkejut dengan kemunculan pistol di tangannya (baca : absurd) dan tembakannya dan memberi makna apa-apa.

p/s : ini sekadar apa yang saya fikirkan. Saya gembira mendengar pandangan dari beberapa orang teman yang lain dari saya fikirkan, namun tak salah. Saya cuma mahu belajar dan saya masih kagum dengan Mautopia.

Teaser Ronamaya 1












Tayangan Filem Pendek : RONAMAYA



20 JANUARI 2010 (RABU)

8.10 MALAM

DEWAN PANCHA DELIMA ,
BANGUNAN AKADEMIK PENGAJIAN MAKLUMAT,
KAMPUS PUNCAK PERDANA,
UiTM SHAH ALAM.

MASUK PERCUMA !



Jemput datang, ada filem Mautopia ( dijangka menarik) lagi 3 filem lain akan ditayangkan. Maklumat lanjut, klik sini.

Jika ingin menaiki pengangkutan awam - ambil bas RapidKL U605 di sekitar Seksyen 2 Shah Alam atau Plaza PKNS. Untuk pulang, bas terakhir jam 10.30 malam.

Blogger Templates by Blog Forum