Pancing dan Pangkah

Setiap sistem pemerintahan, perlu diterajui ketua. Ini hakikat. Sesetengah sistem memilih ketua dengan cara undi. Ini boleh dikatakan proses demokrasi. Begitu juga dalam sistem pemerintahan pelajar, ketua akan dipilih melalui proses pengundian. Maka memancing undi adalah wajib bagi calon-calon pilihan raya ini. Namun masalah di sini, sejak dari dahulu, teknik memancing undi pelajar tidak yang menarik untuk dibicarakan, terutama calon-calon pemimpin di alma mater saya. Boleh dikatakan, tempat pengajian saya ini adalah sekolah seni, maka seharusnya kreatif. Kempen yang dilakukan mestilah seperti pemikiran calon tersebut.

Jika saya mencalonkan diri, saya takkan menghabiskan masa dan wang mencetak gambar sendiri beratus-ratus dan menggantungnya di serata tempat. Kalau kacak, bergaya dan seksi lainlah. Semua itu cara lama, cara mak bapak kita dulu-dulu. Ortodoks, tak terbuka dan sempit dan sudah tidak praktis. Cuba fikir luar sikit. Buat satu video korporat tentang diri sendiri (walaupun propaganda dan syok sendiri) dan tayangkan dengan projektor (terutama pelajar filem). Sekurang-kurangnya, kebolehan ,kesungguhan (dan kebodohan) saya akan terserlah. Namun sekurang-kurangnya, saya cuba pendekatan artistik.

Selain itu, bagi setiap proses memancing undi, manifesto setiap calon harus dilaungkan. Tidak kisahlah dengan cara apa sekalipun. Karl Marx pada 162 tahun yang lalu pun sudah memikirkan tentang menzahirkan manifestonya dalam bentuk buku. Hitler, pada zaman muda melaungkan suaranya dengan berkesan,cuma di kedai minum. Saya bukan bercakap tentang Marx dan Hitler sebagai pemimpin hebat, namun dari segi orang biasa yang punya semangat dan idea. Ini belum termasuk gerakan mahasiswa di negara jiran lagi. Namun hal-hal ini tidak nampak pada proses pilihanraya di tempat saya,khusunya. Dan saya tidak pasti apakah sebabnya. Adakah calon-calon pemimpin pelajar ini tumpul pemikirannya. Dan yang menariknya, calon-calon ini boleh dipersoalkan tentang kepimpinannya, kerana mereka tiba-tiba muncul entah dari mana (sebelum ini tak nampak di mana-mana majlis ilmu untuk berkongsi idea) dan mencalonkan diri untuk menjadi pemimpin.

Saya masih bingung dengan pemimpin sebelum ini, dan sekarang kabur dengan pemimpin akan datang. Kadangkala terlihat mereka berkhidmat untuk pihak atasan, di mana kata-kata oleh V dalam filem V for vendetta- "People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people" akan disangkal oleh mereka.

Kerana hal inilah, saya tak hairan, sebelum majlis tayangan filem Karaoke semalam, ada calon yang cuba memancing undi dengan gula-gula di dalam bilik tayangan. Dan apabila filem diputarkan, mereka (calon dan jentera) sibuk berbual,bermain es-em-es dan tidur. Dan pada pagi ini mengganggu pegumuman-pengumuman tak sudah. Jika saya mengundi, apa erti undi saya? Adakah undi saya berharga beberapa butir gula-gula dan air kotak? Ataupun saya mengundi supaya mereka boleh mencapap?

p/s : saya tak sangka, kali ini undi dilakukan secara online.

8 balasbalik:

    On January 28, 2010 at 8:29 PM Anonymous said...

    =)

     

    Tu kasi gula-gula tu dah habis kreatif la tu... Ingat senang nak pancing undi pakai gula-gula...

    Uitm, apa yang hendak diharapkan sangat...Thanks to Pro-M yang berdemonstrasi di UKM dan UM...at least mahasiswa masih ada lagi yang bukan Zombie.

    pfftt.

     

    jujurnya saudara, bagi kami pelajar TEKA, demonstrasi turut dianggap tidak kreatif.

    tidak ada budaya visual, perbincangan sinematik, retorik pada didaktik, pedagogi permasalahan dan lain-lain.

    apa salahnya mahasiswa menjadi zombie? bukankah dalam filem, zombie makhluk yang amat menakutkan? (mereka tidak elegan seperti vampire). dan seharusnya pemimpin takut pada yang dipimpin.

    jika tidak zombie akan meratah otak!

     

    muhsinsenpai - Gula-gula cerita lain...Itu reaksi gua pada entri Amer Zaman.

    Demonstrasi cerita lain. Itu cerita pasal e-voting. Di uitm TEKA tiada masalah ni. Tiada pro-M pun...yang sebenarnya student TEKA dont give a fuck pun pasal pilihanraya kampus.

    Siapa kata demonstrasi tiada budaya visual? Saudara baru ambik kelas ni kan? Sepanduk/lukisan terhadap pemimpin atau apa-apa sahaja yang memberi perlambangan yang diangkat dalam demonstrasi itu apa? Budaya visual bukan sahaja di dalam filem. Ianya meliputi kesemua cabang seni visual. Sebagai contoh mereka menghempas komputer tanda membantah e-voting:- ini adalah satu ekspresif secara visual...

    Retorik pada didaktik? Demosntsrasi adalah retorik. Kalau tidak bagaimana nak menaikkan semangat dan meyakinkan ramai untuk terlibat di dalam demosntarsi tersebut.Saudara faham tak maksud retorik?

    Pedagogi dalam permasalahan. Inilah puncanya. Para berdemonstran telah dicerahkan secara kritikal pedagog :-

    Habits of thought, reading, writing, and speaking which go beneath surface meaning, first impressions, dominant myths, official pronouncements, traditional clichés, received wisdom, and mere opinions, to understand the deep meaning, root causes, social context, ideology, and personal consequences of any action, event, object, process, organization, experience, text, subject matter, policy, mass media, or discourse...

    Kalau tiada pencerahan pedagogi secara kritikal terhadap pelajar ini. Mereka akan jadi lesu, tidak kritikal, tiada idealisma, jadi pak turut...Mereka tidak berani membantah apatah lagi mau berdemonstrasi.

    Dan munculah ZOMBI.

    Nak jadi Zombie? Yup, teruskan. Makhluk bergerak yang tiada tujuan lain selain nak makan otak. How cute.... :)

    p/s - masing-masing ada pendapat tentang hal ini dan sudah tentu ianya melibatkan perbezaan pandangan politik kita kan?. Gua tak kata gua betul dan juga tak kata saudara salah.

    Walau pandangan yang ini berbeza...

    Tetapi you'll never walk alone saudara. Gua pun akan ikut lu sorak untuk The REDS. :)

     

    coffeeholic,
    sekadar senyum dan melihat sahaja?

    ares,
    kalau dia bg cloud9, saya boleh terima lagi - sekuarang-kurangnya coklat ada nilai estetik.
    rakan-rakan saya di UM (gadis-gadis) tergelak bila ceritakan tentang peristiwa pancing undi di sini...

    muhsin,
    bagi pelajar di sini, Kreatif - bermakna seni persembahan yang punya daya sensual...

     

    'mencapap' itu bahasa apa?

     

    This comment has been removed by the author.

     

    mencapap tu bahasa sosial yang keras. maksudnya anda suka dilihat orang namun tidak semua orang suka melihat anda. betulkan saya bang amer jika silap.heh.

    pancing undi di PP sememangnya saya lihat mendengkelkan. walaupun jarang-jarang saya ke sana. saya ada terlihat muka-muka yang seingat saya mereka pernah cuba untuk mempin di bawah organisasi kecil namun mereka kureng berjaya. saya berkata begitu sebab? saya ada di organisasi itu(dulu).

    tak apa lah. kita lihat dan tunggu apa yang mereka akan lakukan. harap-harap tiada pemimpin yang hidup bak memakai beteri AAA di badan mereka. semasa pangkah undi, mereka mampu memberi gula-gula. namun selepas keputusan keluar, keluarkan tangan dari poket pun mereka tak mampu.

    maju jaya.

     

Blogger Templates by Blog Forum