kau pasti tau apa yang ku rasa setelah kau rasai rasa yang kau beri padaku di waktu sudah pada satu hari yang sepi.
02 June 2009 by amer zaman
orang tua-tua sudah bilang
jangan meludahi langit
pasti kan jatuh semula
ke dalam mulut mu
orang tua-tua sudah bilang
hati-hati menunjuk orang
pasti yang tiga jari
menuding ke pada mu
orang tua-tua sudah bilang
dunia ini dipinjam dari anak
pasti apa yang terjadi besok
berpunca dari dirimu hari ini
kau bilang duniamu harus sempurna
sehingga anakmu berhenti jadi pemimpi
TAKUT kalau-kalau GAGAL.
suatu masa kau pernah
menafikan hak
setelah anak itu bekerja
untuk impiannya
hari ini hak itu
mempertikaikan dirimu
setelah kau lebarkan anganmu
untuk dirimu
kau tak perlu menjadi aku
untuk tau
mimpi dicantas
rasanya apa
kita tak perlu menjadi hindu
untuk memahami apa yang dimaksudkan karma
aku ketawa berdekah-dekah di sini
melihat kegagalanmu
kerana aku sakit schadenfreude
kah...kah...kah
p/s : aku simpati padamu, teman-teman. namun apa daya, rasa yang lagi satu ini sangat mendominasi.
jangan meludahi langit
pasti kan jatuh semula
ke dalam mulut mu
orang tua-tua sudah bilang
hati-hati menunjuk orang
pasti yang tiga jari
menuding ke pada mu
orang tua-tua sudah bilang
dunia ini dipinjam dari anak
pasti apa yang terjadi besok
berpunca dari dirimu hari ini
kau bilang duniamu harus sempurna
sehingga anakmu berhenti jadi pemimpi
TAKUT kalau-kalau GAGAL.
suatu masa kau pernah
menafikan hak
setelah anak itu bekerja
untuk impiannya
hari ini hak itu
mempertikaikan dirimu
setelah kau lebarkan anganmu
untuk dirimu
kau tak perlu menjadi aku
untuk tau
mimpi dicantas
rasanya apa
kita tak perlu menjadi hindu
untuk memahami apa yang dimaksudkan karma
aku ketawa berdekah-dekah di sini
melihat kegagalanmu
kerana aku sakit schadenfreude
kah...kah...kah
p/s : aku simpati padamu, teman-teman. namun apa daya, rasa yang lagi satu ini sangat mendominasi.
salam..wahhh kena banyak bermuhasabah diri bagi mengatasi penyakit se kronik schadenfreude..ahahaha...
p/s kat sini tak pernah carik cerita Indo, tatau plak..
aman?
arsaili,
salam,
haha..tgh cuba bermuhasabah..dan munasabah...
muhsin,
dah tak aman...
tiada kaitan dengan filem secara langsung....
sape?
mohsein?
hahahahahhaha....
kesian diorg weh....
kalau bukan aman...
mesti Mr.M...
jgn ludah langit mr m...
huhu...
wadehek man
gua da lame tak dgr berita lu.
apa jenis ludahan skrg ni??
ratna,
muhsein..?
haha..bukan2...
yup..kesian..
wan,
bukan mr M..
oko mesti tau..
nd,
walawei!
ludahan kecelakaan..!