jangan kalau-kalau

apakah rasanya pabila melihat karya sendiri diterbitkan?
apakah rasanya pabila melihat karya sendiri ditayangkan?

kalau saya...
saya segan secara terangan.
malu kalau-kalau karya kecil itu diperbanding
dengan karya-karya besar yang utuh jiwanya.

kalau saya...
saya segan secara terangan
takut kalau-kalau karya saya tidak sampai
dengan jiwa saya yang sentiasa membesar

walaupun saya sentiasa mahu menjadi
sang oedipus yang berkenala serata dunia
dan memecahkan teka-teki tentang diri sendiri
daripada mahkluk singa berkepala manusia
kemudian kembali semula ke tanah air
mengalahkan raja laius yang teguh itu.

mungkin ada kebenaran kisah lama
tentang lipan yang hebat berdansa
berhenti pabila kura-kura
menanya kaki mana yang digunakan pabila menari

walaupun dunia ini perlu banyak fikir
namun yang lebih penting adalah BUAT.

1529110609
dibipi

10 balasbalik:

    he.he.he.

     

    APAKAH?

    benci aku degn ratnakesuma nie.

    asyik STALKING kau je MUZ.

     

    >>Melodi Aku<<

    hahahha.. apsal? jelez? ko g4y ker x bg aku rapat ngn muz... hahahha..


    storm dancer kn ada...

    pg carik dia...



    hhahahah....

     

    fasa akhir.

    tapi kalau fikir, dan buat, tak selalunya jadi. dan mungkin semakin parah.

    weyh jibam, i have a big problem!!

     

    Apa kata awak hantar mana-man apuisi ke DBP. Kalau ada rezeki boleh juga tersiar karya. Sudahlah kerja di sana, lagi mana peluang kan?

     
    On June 17, 2009 at 8:34 AM Anonymous said...

    gugup
    :D


    tp percaya setiap apa yg telah diputuskan:)

     
    On June 17, 2009 at 9:17 AM Anonymous said...

    kamu dah terkena tag:)

     

    ratna...
    ape gelak2..?

    melodi,
    hahaha...

    ratna,
    ko g4y???

    nd,
    problem aper...?
    nnti iring aku perform kat rumah pena..

    ainunl,
    sudah sebenarya..
    hehe..terima kaseh..

    kopi,
    gugup dan berdebar2?
    dalam maknanya...

    baik2...

     

    apa perasaan kalau satu hari nanti, insayaALLAH, manusia disekeliling menggelarkan anda seniman? hahaha

     

    Bagus puisi kamu.

     

Blogger Templates by Blog Forum