Cara belajar

Perhimpunan anti-ISA: Lima pelajar didapati bersalah

Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini mendapati lima pelajar universiti bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Julai 2001.Mereka masing-masing didenda RM3,900 atau tiga bulan penjara. Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman tersebut.

Majistret Hafiza Sauni, bagaimanapun, melepaskan seorang pelajar daripada tuduhan tersebut.Mereka yang didapati bersalah ialah Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris - semasa pelajar universiti tempatan ketika itu.
Mereka telah digantung daripada meneruskan pengajian mereka mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti Act.

-dipetik dari Malaysiakini

Mereka bilang pelajar perlu belajar. Jangan melibatkan diri dengan politik. Saya tak pasti jika 5 pelajar ini terlibat dengan politik. Namun saya berpendapat mereka sengaja hadir untuk menujukkan pendapat mereka tentang akta tersebut. Saya tak tahu sama ada mereka ini suka berpolitik atau apa.

Tapi, tugas pelajar bukan sekadar belajar sahaja. Macam tugas penulis. Ada kerja lain yang perlu dibuat bagi membuktikan diri. Dalam kes ini, pelajar perlu menyuarakan pendapat. Kalian boleh baca sejarah, dan kalian akan dapati di mana pelajar telah menggoncang ketakadilan hingga runtuh menjadi puing-puing. Suara orang muda.Tokoh-tokoh pejuang itu mungkin sama umur dengan kalian,bahkan lebih muda.

Mungkin sekarang kehidupan sangat selesa, hingga kita lupa.
Tak apa. apa boleh buat. Memang inilah yang ingin diterapkan kepada kita.

Mungkin puisi berusia setengah abad ini, mampu membawa kalian pada waktu di mana menjadi pelajar adalah perkara paling baik seluruh dunia.

Mahasiswa-Usman Awang

Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

Usman Awang, September 1961

p/s: adakah mereka ini pejuang? bagi saya...ya!

15 balasbalik:

    Mungkin sebab rase 'selesa' itu.. =<

     

    Mari-lah kita sama2 mencari 'penyakit'..ha =)..dan makan ubi kayu…

     

    ye..tak salah pelajar berjuang tambahan lagi pelajar yang tak bijak dan malas macam mereka tu...sudah tentu boleh dihargai dan diangkat menjadi hero..terutama dari blogger macam ni...kah kah kah

     

    setuju dengan kau!

     

    sajak tahun 1961.. skrang tahun 2009.

     

    yang jahat sesuai lah dengan malas dan tak bijak.

    yang baik sesuai lah dengan yang berkaca mata tebal dan bergigi rata.

    fuck it up!!

    O.M, f**k it up again.

     

    Salam Amer,

    "yang menentang itu selalu bersalah",

    "yang mengikut itu selalu bagus",

    "maka haruskah kita menjadi lembu seumur hayat kita (?)".

     

    Salam

    apa salah dengan penyakit dan ubi kayu ? - mat mut mit

    apa salahnya menjadi hero kalau masih pelajar yg tak bijak dan malas
    ? - oh me

    apa salahnya?

    apa salahnya?

    apa salahnya ?

     
    On June 22, 2009 at 1:41 AM Anonymous said...

    wnorhaslina; wakakaka.... mentaliti...zzzzzzz

     

    Mr U,
    ...keterbiasaan membunuh...

    MatMutMit,
    tak rasa sakit, tak fhm nikmat..

    Oh Me,
    saya tak tahu mereka tak bijak an malas pula...kah..kah.kah

    zura,
    ya..! haha
    3 julai lepak rumah pena bro?

    matmitmut,
    ...kita masih makan makanan ruji yang sama bukan...lagipun, itu Usman Awang...

    nd,
    lu baik ker jahat?
    hahaha

     

    zul,
    lembu pun lembu lah...
    janji makan cukup...

    haslina,
    biarkan..biarkan...

     

    ingat2 diri sket. jgn nk jadi budak kecik, terikut2 dgn perasaan...

    lagi 6 bulan, ko nk bercakap or nk bertindak pasal apa pun, terpulang kat ko. sekarang ni, sabar dulu ye...

     
    On June 24, 2009 at 2:15 AM Anonymous said...

    amer zaman

    anda student uitm?

     

    pilih jalan yg betul...
    ada kebebasan bersuara...
    jangan lupa...
    perjuangkan hak yang kita ada...
    yang dirampas mereka...

     

    Awas..

    Polis Raja Di-Malaysia mungkin akan mengambil tindakan..

     

Blogger Templates by Blog Forum