bila bikin filem



Itu adalah lirik lagu Bikin Filem hasil Nasir Jani dan M.Nasir. Filem Kembara Seniman Jalanan banyak memberi inspirasi dalam hidup dan karya saya. Filem Nasir Jani ini betul-betul avant garde dan magnum opus; bagi saya.

Lewat kebelakangan ini, menonton filem semakin kurang meninggalkan katarsis bagi saya. Terutamanya filem Melayu. Seingat saya filem Budak Kelantan adalah filem Melayu terakhir yang mampu menterjemahkan kebenaran yang saya atau kita perlu tau.

Membikin filem,adalah perkara yang sukar, jika kita adalah pemerhati yang ruwet. Mempunyai idea yang bagus, kru yang hebat, filem yang dihasilkan boleh saja mengagumkan. Khalayak akan terpegun, filem akan dipuji, nama akan tertempa naik.

Namun apa akan jadi pada khalayak yang tadi menonton dan kemudiaannya keluar dari panggung.

NOTHING

Filem bukan saja karya seni yang sepatutnya, malah lebih dari itu. Ianya tentang menceritakan kebenaran, sebab dan akibat atau apa saja yang mampu membuatkan penonton terfikir untuk menganjakkan diri. Mungkin contoh yang semua tahu, filem Ayat-Ayat Cinta. Kebanyakkan dari kita mula mencari novel filem itu selepas menonton filemnya.

Maka, untuk membikin filem yang hebat,sehebat yang kalian fikir, mesti mempunyai
idea yang baik
kru yang hebat
prinsip diri sebagai pengarah

dan yang paling sukar adalah,

MAGIS

Jiwa Terbelah 100

Ini entri ke SE-ratus.

makanya, ia entri yang istimewa. Sekurang-kurangnya bagi saya.

Siapa sangka,jika kita seorang yang versatile,multi-purpose person ataupun mempunyai minat dalam banyak cabang, semakin sukar untuk memilih. Minat asas saya cuma satu, ingin berjaya. Namun kera tercampak dalam bidang seni, saya terpaksa mengikut arus...mungkin buat seketika.

Minat terhadap bidang persuratan, membuatkan saya kepingin menjadi penulis terkenal. Namun cabang penulisan yang luas membuatkan membuat pilihan itu sesuatu yang perlu diteliti dengan begitu rinci sekali.

Aku suka puisi
mampukah aku, Usman Awang?
Aku suka memerhati
mampukah aku Pak Samad?
Aku suka puitis
mampukah aku Rosli Khamis?
Aku suka filem
mampukah aku,Nasir Jani?
Aku suka masak,
mampukah aku,Jamie Oliver?
Aku suka blog,
mampukah aku, Geng Jurnal?
Aku suka foto,
mampukah aku Candid Syndrome?
Aku suka kritik,
mampukah aku, Ku Seman?
Aku suka novel,
mampukah,aku Ramlee?
Aku suka berontak,berkelana,bersosial,
mampukah aku Bro Isham?
Aku suka melodi,berfalsafah,berfikir
mampukah aku,sifu?

Jika semua aku mampu,
apakah yang terbaik itu akan
berbicara denganku
dan berkata
"Kau bukanlah terhebat
namun kau terbaik dalam apa yang kaubuat"

Saya sukar membuat pilihan,kerana biasanya pilihan memilih saya.
Ini entri ke-100. Terima kasih kerana menyokong saya. terutama yang namanya sentiasa melekat di blog ini.

p/s: skrip pertama kau yang telah ditelefilemkan tahun lalu,akan ditayangkan sekali lagi, dibawah slot yang terbaik dari rtm", kata ibu. Kami ketawa. Begitu juga teman-teman.

kosong

aku masih saja dalam sunyi
biarpun aku punyai teman,
yang di dalam temanku ada taman-taman
dan di dalam taman-taman yang ada di dalam temanku
ada aku

aku masih mencari-cari
akar rasa aneh ku ini,
mengapa perlu mengeluh pada langit?
mengapa perlu menghambur pada bumi?

hati aku ini sudah sarat dengan rasa cinta
serta sayang yang sentiasa bertali arus
tapi hati aku..atau lebih tepat
secara jasmaniah
jiwa aku masih saja sering KOSONG


1836-08042007
Apartment p.perdana


p/s: puisi biasa ini telah saya dapatkan pandnagan dari seorang penyair luar biasa, A.Ghaffar Ibrahim. Makanya, ia tak kosong lagi.

Tayangan Filem Percuma!!

Ini adalah makluman sahaja. klik gambar untuk maklumat lanjut.


Selamat....


Selamat berhijrah, selamat tahun baru, selamat menunaikan azam, selamat berhenti merokok, selamat bekerja, selamat bercuti, selamat menjalani kehidupan, selamat kegawatan ekonomi, selamatkan bumi kita, selamatkah kita? selamat berhibur, selamat selamatkan diri,selamat beribadat



.

MOGAJAYA.

Bila ini bukan yang kita mahu

Bujal tahu, ini bukan apa yang di mahukan. Tapi apalah sangat kudratnya jika hendak dibandingkan dengan penggerak alam. Dia cuba, bukan setakat sekadar sahaja. Dia cuba mencari lagi titik yang diperkatakan Archimedes tu. Titik paling tengah. Titik paling sempurna di dunia ni. Di mana kalau kau berada dalam titik ni, kau mampu mengubah dunia. Dia tahu antara nama yang telah menjumpai titik ni. Rasullah S.A.W. Juga ada di kalangan marhaen yang dah jumpa..macam Gandhi, Hitler dan yang baru Obama.

Dia cuba bermuhasabah. Ahh....sudah 2009 selepas kematian Isa A.S...sudah 1430 tahun selepas umat setia berhijrah. dunia ini masih dalam belenggu sama. Masalah yang datang masih mencari paksi keadilan.

Dia tahu dia bekerja dengan orang. Dan majikannya bukan seagama denganya. Majikannya Protestan. Dan ap[abila pertengahan Disember datang, dia telah disuruh memakai topi Santa Klaus ataupun topi Frosty. Hal ini bukan sukar. Sekadar ambil dan pakai apa yang dah disediakan. Lagipun keadaanya akan bertambah ceria. Perayaan akan bertambah indah jika lebih banyak kod-kod perayaan. Raya puasa lebih best dari raya haji sebab ada kod-kod lemang,ketupat,duit raya,mercun,kuih raya, baju baru, bermaafan dan ziarah menziarahi. Bagitu juga dengan Krismas. Dalam Krismas ada Santa Klaus, salji,pokok lampu-lampu, stokin,biskut halia, Frosty, hadiah, chicken ham,ayam turki dan jumbo sales.

Tapi baginya, ia melibatkan prinsip. Krismas bererti Christ-Mass. Walaupun Bujal tak berapa faham Inggeris, tapi baginya Christ-Mass bukan lah tercipta untuknya. Ada rakan yang berkata krismas ni macam maulud nabi, cuma nabi yang berlainan. Dia tengok, teman-temannya begitu bangga dengan topi merah putih tu. "U anggap jer yang u ni peyokong anti kapitalis dan pakai topi tu.", kata seorang gadis separuh kristian, Clara kepadanya.

Bujal sedar, dirinya bukanlah alim sangat, namun dia cuba. Apabila dia diberi kata dua sambil dihulurkan topi itu..
"Take it or leave"

Lalu Bujal berjalan dan tumbankan patung Saint Nicholas di depan pintu tu.

"Ini pasal prinsip" kata-kata akhir Bujal pada Clara.


p/s: Tahniah kepada Caca dengan result PMRnya 5A. Akhirnya dia boleh lawan abangnya.

minggu yang pantas

1
minggu ini bermula pada sabtu,dengan perjumpaan bekas rakan sekolah. setelah berpisah hampir 8 tahun, kami bertemu kembali. bersama guru. di tempat perjuangan yang sama. kami mengutip sejarah yang kami tinggalkan di mana-mana sahaja. rata-rata sudah mempunyai kehidupan.

mereka rakan sekolah rendah. rakan sekolah rendah lebih neutral.
oh ya...saya menyampaikan puisi pada hari itu.

2
siapa sangka, kita akan kembali kepada akar kita. 5 tahun dulu, siapa sangka ikan keli, cacing dan lintah yang sering dijadikan bahan utama nenek moyang kita suatu masa dahulu adalah sumber keuntungan. ironinya kita sering mencerca dari menyokong apa-apa usaha teman kita.

saya pada hari ahad lalu telah menjadi salah seorang urusetia Kursus Asas Ternakan dan Bicara Usahawan Berjaya.

Sebagai jurukamera dan katerer.
Oh ya... saya tak sempat mandi hari itu.

3
pada 25 hb, ada perjumpaan keturunan Kitam di Johor Bahru. Saya melalui susur galur Lebai Ali, secara langsung akan terlibat pada hari itu.


untuk persembahan Nasyid serta jurukamera.

Oh ya, saya tak sertainya.

4
Menonton Histeria oleh James Lee, mengembalikan semula roh saya untuk menonton filem seram tempatan. Plot dan alasan yang menarik. Mungkin lebih hebat dari Nightmares in Elm Street.

Oh ya, sebenarnya lagi hebat.

p/s : siapa kata polis suka saman orang????

anak-anak kita

16 september
pertengahan mac
tahun 2010


beraneka tarikh untuk diingati.
walau apa bakal berlaku,
mereka tetap begitu.
tersepit akibat pilihan kita.
siapa yang benar?
anak-anak kita

atau
kitakah sebenarnya sang algojo?

p/s: diinspirasikan dari anak-anak kita oleh m.nasir

tag harus dijawab

gua tak suka kena tag...
1. What is the relationship of you and him/her?
kami sama menhirup udara yang sama..ya..oksigen.

2. Your 5 impressions towards him/her.
macam pandai
gopoh
bersemangat
idealistik
ambitious
bombastik

3. The most memorable things he/she had done for you.
dia mengalihkan pandangan..untuk aku melihat

4. The most memorable things he/she have said to you?
kau misteri...

5. If he/she become your lover, you will...
aku akan dendangkan lagu "ijinkan aku mencintaimu" by iwan falls..

6. If he/she become your enemy, you will...
aku maafkan...dia adalah sebahagian dari aku..begitu juga kalian...
untuk apa marah pada diri sendiri?

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
erm...bahasa jepunnya...mungkin..

8. If he/she become your enemy, the reason is...
dia tak faham apa erti enemy tu kot...

9. The most desirable thing to do on him/her is?
aku tak faham sangat english ni...

10. The overall impression of him/her is...
dia bagus....

11. How do you think the people around you will feel about you?
entah...tanya diorangla...

12. The character of you for yourself is?
erm..bruce wayne,james bond erm....mungkin sanji...

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
tak faham

14. The most ideal person that you wanna be is?
ouh...takda idea.

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
terima kasih. kerana kalian aku menjadi seperti sekarang ini. jangan kecewa. banyak lagi bab dalam kehidupan yang belum diterokai.

16. Ten people to tag:
anda yang sedang membaca.

17. Who is no. 2 having a relationship with?
pebenda?

18. Is no. 3 a male or a female?
sorang pun aku tak dapat lagi..

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
pening

20. How about no. 5 and 8?
ni soalan jenis apa?

21. What is no. 1 studying about?
maksudnya? study kehidupan atau secara rasmi? soalan biar terang..

22. Is no. 4 single?
oh baru aku tau...

23. Say something about no. 6
aku tak jawab no 16 rupanya!!!

p/s:terima kasih kerana ingat

impian anak jalanan

saya ada impian. kalian ada impian. semua orang seharusnya ada impian. tapi kadangkala impian itu sekadar angan-angan sahaja tarafnya. tapi jika itu berlaku, ingat kembali saat kita mengimpikan sesuatu itu pada mulanya.


klik untuk gambaran besar

lagu ini tentang iltizam seorang pengejar cita-cita.

p/s: diinspirasikan dari impian anak jalanan oleh kembara

bantu saya...



ketika saya memasak, haiwan ini telah datang ke saya. saya telah menjaganya hampir 2 minggu, namun tak tahu jenis apakah reptilia ini. bantu saya...

Kita cuma pelakon

Saya sebenarnya tak mahu memandu. Ini kerana saya tak mahu terlibat dalam satu golongan yang menjadikan kenderaan sebagai sesuatu yang amat penting. Dalam bahasa mudah, saya public transport person.

memandu terutama di bandaraya, bukanlah sesuatu yang saya pilih untuk kehidupan. bayangkan, dalam kenderaan yang kaku, kita bergerak setiap hari, dan setiap hari tersangkut di jalan yang sama. perkara ini tak terjadi, jika dengan pengankutan awam yang mesra pengguna dan alam.

tapi, sebagai pelakon, watak saya diciptakan untuk belajar memandu.

Pandai memandu itu keperluan.

Mengapa kenderaan dicipta?

Supaya senang untuk kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lebih jauh.

Kena perlu tempat tadi dibangunkan dengan jarak yang jauh?
kerana kenderaan telah dicipta.

Jadi di mana kehendak saya dan hak saya untuk menolak semua ni?

jawapannya....pasti ada.

Blogger Templates by Blog Forum