sistem
13 May 2009 by amer zaman
saya sedikit kecewa kerana dilahirkan pada abad ini. Atau lebih tepat pada zaman moden ini. Ini kerana semua yang perkara yang saya fikirkan, ternyata sudah difikirkan orang terdahulu. Tiada keaslian.
Saya adalah seorang pelajar yang kecewa. Sedari sekolah rendah, hingga hari ini di menara gading. Saya belajar dari guru yang belajar dari gurunya ataupun dari buku. Dan guru saya ini mengajar dengan menggunakan ikhtisar dari pihak yang memerintah.Bermakna, guru ini mengajar saya sesuatu perkara yang baru, bukan mengajar saya untuk berfikir. Bahkan jarang memberi inspirasi budaya fikir. Tidak seperti Rangkaian Socrates-Plato-Aristotles.
Bukan salah guru yang ingin saya nyatakan. Saya menghormati semua guru saya.
Saya kira, ini cuma mainan sistem.
Ini hanyalah sebuah gagasan. Kebenarannya, Saya syukur dilahirkan untuk memahami ini.
Pernah bayangkan apa akan jadi jika kalian lahir seabad awal?
Saya adalah seorang pelajar yang kecewa. Sedari sekolah rendah, hingga hari ini di menara gading. Saya belajar dari guru yang belajar dari gurunya ataupun dari buku. Dan guru saya ini mengajar dengan menggunakan ikhtisar dari pihak yang memerintah.Bermakna, guru ini mengajar saya sesuatu perkara yang baru, bukan mengajar saya untuk berfikir. Bahkan jarang memberi inspirasi budaya fikir. Tidak seperti Rangkaian Socrates-Plato-Aristotles.
Bukan salah guru yang ingin saya nyatakan. Saya menghormati semua guru saya.
Saya kira, ini cuma mainan sistem.
Ini hanyalah sebuah gagasan. Kebenarannya, Saya syukur dilahirkan untuk memahami ini.
Pernah bayangkan apa akan jadi jika kalian lahir seabad awal?
#Salam diberi pembuka kata,
izinkan saya melihat suasana
yang baik itu dari ygEsa
yang buruk itu dari manusia#
saya masih baru di sini. Salam.
=)
Salam
Tak boleh nak bayangkan. Yang pastinya tak ada kemudahan sseperti hari ini. Barangkali boleh sentiasa kurus kerana selalu berjalan kaki. Ya tapi satu ya pengalaman dan pemikiran kita pastinya lebih dasyat. Asli. Tidak mengikut sistem yang melahirkan adunan yang sama.
:)
sng je, kalau kau dilahrikan seabad awal, tiadalah blog ini..hehe
tp anda akan byk meneroka ilmu2 baru. :)
persoalan jika dan jikalau itu harus diletakkan ke sisi.
Persoalan untuk menjadi pemikir sebenarnya sudah pun dikecap sejak lahir lagi.
:)
sudah habis mengembara ke Dunia Sophie? mana mungkin kerana dunia itu berada dalam kehidupan saya waktu ini... jadi, sebisa mana anda mampu berfikir dan berfalsafah? hehehhehehe.....
tapi, ya lah, seperti selalunya, saya sering setuju dengan anda kerana anda bisa mengunjurkan satu pemikiran baru buat saya dan orang lain juga mungkin....
jika lahir seabad awal??? mungkin saya lebih rela menjadi isteri kepada para pemikir agung...
jangan kecewa dengan hidup yang sudah dan pernah kita miliki... kita harus malah patut berbangga kerana kita telah menjadi diri kita.. jika awal dulunya kita sudah lahir, mungkin saja kita menjadi 'sesuatu' yang tidak elok, bernanah, dan busuk.
no komen... hehehhehe....
salam...yg pastinya saya tak akan berpeluang mengenali apa itu blog dan juga kawan blogger..jika sy di lahir seabad lebih awal...ahahaha
Mungkin benar kita terperangkap dalam 'sistem' tetapi mungkin kita bole memberi peluang untuk berfikir dan bertindak di luar sistem...agar kita tidak menjadi orang yg rugi...
lama plak tak kemari...harap sdr sihat2 selalu
cikgu yang bagus akan bawa murid itu masuk ke dalam pemikiran muridnya.
cikgu yang tak bagus akan bawa murid itu masuk ke dalam pemikiran dirinya.
ini, kahlil gibran yang kata.
20-23hb shoot kot, semua idea rombak balik jadi zero budget.
aku bersyukur dilahirkan di abad ini,
pasti perih lahir di abad lalu, mmg waktu itu mereka tidak di suap dgn satu jenis mentaliti, kerna itu mereka berfikir..mencuba mencari jalan utk keluar dr tersepit dlm kongkogan minda dan jiwa...namun perjalanan mereka tidak mudah...tapi mereka tabah.
tapi masih aku bersyukur lahir di abad ini, bila semua ada, lahir dr penat lelah mereka2 dulu yg tabah...
tapi jgn fikir aku malas,aku bukan seperti sesetengah warga yg ambil ringan...aku tidak ambil mudah..
sistem main suap saja kini mmg membuat warga malas berfikir.tapi itu utk yg malas berfikir...
utk kita2 yg berfikir dan sedar, berubahlah dan mengubahlah utk mereka2 yg di abad depan seronok berada di waktu2 mereka nanti
**salam singgah
jemput/follow blog aku juga
Bila2 saja boleh berfikir. asalkan mahu.
Kalau nak yang asli, ciptalah benda baru sendiri.
salam ziarah.