minggu yang pantas

setelah raya...minggu yang pantas bermula
(mencari magis raya akan disambung kemudian)

saya telah

-ke festival keamanan dunia di bukit jalil
-pameran lukisan "WORKING TITLE" di galeri petronas
-pameran foto oleh Suraya Talismail di galeri Petronas
-pemeran lukisan blog Mazen Kerbaj di tempat yang sama
-kalian harus saksikan lukisan beliau!
-menonton filem paling kelakar tahun ni(saya kira) sebab lawaknya bukan lawak bodoh. filem Tropic Thunder

saya juga sempat ke MASKARA SHORTIES. Berjumapa dengan Saudara Rudy dan El-Maaniq. Terima kasih atas sokongan anda. Filem yang saya masih ingat? Filem 8 Jam(sebab lagu-lagu M.Nasir dan Zainal Abidin) dan filem My Alien Girlfriend(humcha!).

Perjalanan ke sana ditemani gadis genit, Sophie memang pengalaman indah. Banyak perkara tentang dunia yang saya tak tahu, diberitahunya secara manja (gulp!) Kemudian disertai pula dengan teman lama, teman sekolah rendah.

**************************

Barrack Obama telah menang. Amerika berani berubah. Saya raikan dengan menonton Quantum of Solace. Quantum of Solace sebenarnya adalah nama organisasi bawah tanah dalam filem itu. Dalam dunia nyata, ia seperti Illuminiti.

Saya sebenarnya sedang ingin berubah (bukan evolusi). walaupun bukan perkara yang senang. saya sedang cuba. Kadangkala takut dengan perubahan tu sentiasa ada.Tapi, sampai bila perlu takut? Kalau Amerika yang sentiasa paronoid, boleh berani, bila lagi kita? (mungkin kita akan pilih Karpal SIngh?!)

Saya telah memetik kata kata seorang teman saya

Kita? Masih dengan fahaman dan doktrin yang sama. Kaum lain adalah pendatang yang tidak boleh diberi muka. Bangsa sendiri lebih penting dan lebih mesti dibela. Negara ini hanya kita punya, yang lain datang bertongkang hanya menumpang.Kalau negara se'zalim' dan se'iblis' Amerika berani berubah, mengapa tidak kita?

ada kebenaran di situ. Kalau Socrates tidak berani membawa perubahan, mungkin tiada Aristotle.

7 balasbalik:

    evolve.
    go for it.

     

    ya kalau socrates tak berubah, aristotle takkan wujud di dunia ya kala cina dan india tidak dtg ke tanah malaya, takkan lahir malaysia.

     

    TropicTunder Besh!!!!
    bile kita nk wat filem cmni muz?

     

    am,
    evolve...
    ya...!
    jadi makin ok?!

    rudy,
    betul tu, semua benda terjadi ada sebab...
    kalau malaya tak dijajah,
    kita kan jadi bukan kita..

    misslara,
    nak wat cmatu?
    tunggu kta jadi cam hollywood...
    tapi biarlah....
    kita buat filem ikut acuan kita sendiri,
    definisi best tu banyak!
    kita cari yang sesuai...

     

    gadis genit, Sophie 2 yg kawan aku 2 ke..?

     

    nanti saya akan cari filem yang alwaknya tak bodoh itu.. ;)

     

    renhalus,
    ko rasa..pada penerangan aku...
    tu kawan ko ker tak?
    haaa.....fikir...

    ainunl,
    sebenarnya takderlah pandai sangat lawak dia....tapi tak terlalu slapstik,

    cari dan nilai....

     

Blogger Templates by Blog Forum