maaf

"maafkan jika aku tak sempurna"

ini lirik lagu ayat-ayat cinta yang dinyayikan rossa.
dicipta oleh melly goeslow dan anto hoed.

jadi aku mahu meminta maaf kerana beli dvd filem ayat-ayat cinta yang cetak rompak.
tak apa...diorang dah kaya kat indon.
lagipun kalau filem melayu aku beli ori.

dan novelnya aku beli ori dengan harga sebenar walau cover dah rosak.


p/s: aku tetap pada prinsip. kalau dah berakhir aku takkan jawab.

Lelaki ini....

aku mengenali lelaki itu seawal aku mula menginjak kaki ke dunia. aku tak kenal dia pada mulanya. tapi memang setiap perkenalan bermula dengan tidak kenal. aku tak tahu apa yang pernah dia lakukan kepadaku, namun apa yang aku dengar, lelaki itu akan berbuat apa saja demi aku.

antara kenangan yang masih lagi berbekas di hati aku, apabila lelaki itu membelikan aku sebuah kasut baru. kasut itulah pemangkin semangat aku sehingga aku menjadi aku sekarang ini. kasut iatu sangat sakti bagi aku. ada hikmat yang tersendiri. berwarna putih dan bertapak merah. dan permukaannya adalah dari sejenis gentian getah polister. jadi ia tak perlu diberus untuk basuh.

aku masih ingat lagi satu peristiwa di mana ada seorang lelaki mengetuk pintu rumahku pada sebuah malam. melalui lelaki inilah aku mendapat tahu..yang lelaki ini telah ditangkap polis dan ditahan di lokap polis. atas kesalahan yang enteng. namun dia telah dibebaskan.

lelaki ini..aku jarang berbual dengan aku. dia pernah bekerja di singapura. sebagai tukang masak. beberapa hari sekali, dia akan datang ke rumah ku. selalunya akan dibawa persama kek lapis prunes dan juga kuew titiaw goreng. aku mengenali duit singapura daripadanya. aku pernah ke sana sebanyak tiga kali. yang kuingat ketika bulan ramadhan, pada waktu pagi, aku terlihat sekeluaga, aku rasa melayu sedang duduk di tempat terbuka, meneguk arak. Kali kedua ketika raya. banyak duit yang kudapat, dan yang penting, matawang singapura (kini kubenci negara ini)

bicara tentang lelaki ini, membuat jiwaku rasa pelbagai. dia mengajarku mengaji. dia menjadi inspirasiku untuk belajar memasak. namun aku sering saja gentar dengannya. dia tak pernah memukul aku. yang aku ingat, jika dia menegur aku, sudah cukup untuk membuatku menangis.
lelaki ini lebih banyak berdiam dai bicara denganku. aku cukup sukar untuk menyatakan pengorbanan lelaki ini ataupun kasihya kepadaku. aku sering saja tak dapat membaca sikapnya. namun aku dapat rasakan di jauh sudut hati, akulah yang paling manja dengannya.

***************************************************

kini, setelah aku mula memahami dunia, aku semakin mengenali dia. mengapa aku dihalang begitu dan mengapa aku digalakkan begini. sejak akhir-akhir ini, kedutannya bertambah. ada garis kecewa pada dirinya. dia sering menganggap dirinya sudah tak mampu. aku senyap-senyap memahami kelusuhan semangatnya. dia juga sudah mula melawat hospital bahana darah tinggi.

ketika cuti, aku akan pulang ke rumah. ketika teman-teman lain bekerja dengan gaji yang lumayan, aku lebih senang menolong lelaki ini. aku bekerja di merata tempat, namun menghabiskan masa bersamanya adalah gaji yang tak terbayar oleh sesiapa.
betullah kata orang,orang paling kita sayanglah susah kita nak sayang.

lelaki ini......
aku panggil..

PAPA

p/s : bagi aku ayahlah paling susah nak tunjukkan dia sayang kita.
SELAMAT HARI BAPA!

balada apartment mewah

Aku takkan sekali-kali tunduk ke bumi. Untuk apa? Aku sering saja dipadang tinggi. Aku diperbuat daripada pelbagai bahan yang hebat. Pasir dari pantai, simen yang kuat, besi-besi berceracak. Struktur ku dibina dengan teliti. Rekabentuk yang unik, membuatkan ramai yang tergila-gilakanku. Hanya sebulan aku siap dibina, ruang-ruang kecil di dalamku telah diisi dengan pelbagai barang.

Akulah simbol kemajuan. Keagungan. Dan kemegahan penduduk kota. Apartmen De’ Palma. Siapa tak mengenaliku?. Politikus, ahli perniagaan, artis-artis terkenal serta pelancong kelas tinggi. Masing-masing mengenali aku. Akulah tempat berehat. Akulah tempat perlindungan. Akulah tempat.....

Ya..aku dijadikan tempat bermaksiat. Ya kerana aku begini. Aku kelihatannya selamat dari pandangan orang. Aku dikatakan apartmen kelas atasan. Jadi tiada jabatan agama Islam akan melawatku. Mungkin jika kau lihat aku dari jauh, aku kelihatan megah dan angkuh. Namun jiwaku kosong. Hanya dipenuhi dan disumbat dengan dosa-dosa politikus, ahli perniagaan artis-artis dan sesiapa sahaja yang nafsunya menserakahi tubuh. Kenapa mesti begitu? Adakah itu tujuan sebenar aku dibina? Apa alasan yang kau, pak menteri? katakan sebagai kemajuan itu bermaksud yang benar?

Kali ini. Buat kali pertama dan kali terakhir akan kutunduk ke bumi. Telah kuminta jasa bumi untuk menggegarkan lapisan kerak dalamnya. Dan pada waktu yang sesuai itu. Ketika masa yang paling strategik. Aku akan meninggalkan kezaliman ini. Ya. Pada malam ini juga.


*****************************************************************

Besoknya, di dada-dada akhbar terpampang sebuah tajuk dengan font besaiz 40



120 MATI , 70 CEDERA PARAH



Pesta Seks Di Apartment De’Palma menjadikan angka kematian meningkat.

p/s: kisah ini aku reka untuk menujukkan emosi gambar apartmen. sampai tak?

Blogger Templates by Blog Forum