Demi Sebuah Kecintaan.........??
05 March 2008 by amer zaman
Mulanya aku terhibur melihat aksi mereka.Mereka pelajar semester 1 yang mengambil subjek Asas Seni Lakon,yang disyarah oleh Aminah Rhapor. Mereka dikehendaki menjiwai watak seorang yang terencat(walaupun banyak yang menjurus ke bidang menjadi gila). Kemudian mereka akan berjalan sepanjang jalan dan singgah ke checkpoint-checkpoint untuk diuji keberkesanan lakonan mereka. Mereka diuji pelajar senior.Makin lama, makin bosan. Aku terlihat salah seorang pelajar ini, dia bertudung. Bagi aku tudungnya menutup aurat. Dan aku tahu dia menutup aurat atas kehendak agama.
Aku tersentap. Melihat aksi pelajar-pelajar senior yang menguji mereka dengan agak keterlaluan. Pelajar bertudung ini dimomok sehingga tudungnya tercabut. Dan dia hanya pasrah.
Adakah ini yang dikatakan seni lakon? Menjiwai watak sehingga meninggalkan watak sebagai seorang hamba abdi sepenuh masa. Rata-rata pelakon di Malaysia sebegini. Kerana tuntutan watak, semuanya bagi mereka halal.
"Ala...ini kan cuma lakonan" kata pelakon yang mendapat bayaran tertinggi
"Saya cuma ikut skrip je. Dah pengarah suruh macam tu. Salah ker?" kata pelakon yang mukanya sentiasa mencapap di mana-mana skrin.
"Takkanlah watak sebagai kekasih tak boleh nak pegang-pegang, raba-raba, usap-usap. Nama pun pelakon kan? Takkan itu pun nak kritik" Kata pelakon yang sering tercalon tapi tak pernah menang.
Nah, itu adalah realiti yang berlaku di dala industri hiburan. Seni untuk seni. Seni tiada kena mengena dengan agama. Sekular!! itu yang kita perjuangkan. Kita mulakan dengan asas pendidikan yang menekankan "matlamat menghalalkan cara". Ya! kita majukan industri kita seperti ini. Melihat seni dan agama sebagai satu keterpisahan. Dan kita mulakan dengan universiti! Salah siapa?
hmmm...
muak rasanya tgk org2 kita berlakon..
itu semua keciantaan yg diada-adakan
terutamanya bab aurat...
tiada kompromi tu ok
saya setuju dgn awak
hehe...nak buat cane...tu sume atas diri sendiri. antara nak jaga or taknak jaga je.
salah penonton yang mahu melihat begitu.
salah penulis skrip yang menulis cerita begitu.
salah pengarah yang mengarah drama / filem begitu.
salah produser yang membiayai drama / filem begitu.
Salah mak ayah.
sekular dan heidonis....
semuanya dalam keterpisahan...
tapi, iyalah...
kehidupan ni, sukar...
kita tak pernah menuding jari menyalahkan diri sendiri...
kesian budak tu...
mungkin maruahnya sudah sedikit tercalar..
ya...aku patut rasa bersalah...kerana tak mahu (mampu?) menghalang...
salam...
sy berada di situ semasa kejadian... erm...tapi sy jaga di fakulti, last checkpoint... (khamis, 7 Mac)... and dat day lakonan spastik tu di bawah en.mazlan tahir...
sy turut mengacau..huhu... tapi tidaklah keterlaluan...memantau jugak kalau2 ada senior yg mengacau keterlaluan...
tapi di checkpoint akhir, betul2 ada sorang junior bertudung ni menangis.. insiden sama - senior (perempuan, free hair) menarik tudungnya sampai tercabut!
sy mengucap pjg... tp tak terkata n terkelu jgk apa yg perlu dibuat.. last2, suruh dia lapor pada en.mazlan saja... xtahu lah apa tindakan yg diambil... kalau benarlah ada tindakan diambil...
hurm... susahnye... dah menjelang akhir zaman ni, hidup dalam menegakkan agama Islam bak menggenggam bara api...
demi sebuah kecintaan...
kerana cinta rasa dalam hati; terus berani kononnya benar semua kata-kata dan kelakuan yang di lontarkan kepada semua orang..
mungkin itu yang akan dikatakan oleh orang yang tarik tudung tu kan..
kenapa boleh jadi begini?
hanya orang yg memahami akan terus difahami.. hanya orang yg kafi akan terus dilindungi..
xfaham kenapa pelajar itu diperlaku sedemikian rupa.
apa salah beliau.?