tak boleh tidur

aku tak tau. aku mengantuk. aku mau tidur. besok pagi aku ada kelas. kelas lecturer yang pernah memaki sahabat aku. sahabat aku dikatakan bodoh. walaupun memanglah dia tak sepandai khairy jamaludin. tapi dia tak sepatutnya diherdik bodoh. kata lecturer itu, dia selalu marah anaknya sebegitu. kata aku, kami bukan anaknya. tapi aku aku berkata dalam hati sahaja. kami sekelas cuba memprotes lecturer itu. maaf, aku guna perkataan lecturer sebab dia ajar english. kalau dia ajar pendidikan islam, aku akan panggil dia ustazah. tapi dia bukan ajar pendidikan islam. dia ajar inggeris. jadi dia lecturerlah. aku juga sering menegur bondaku jika dia menggunakan perkataan bodoh untuk memarahi adik-adikku. aku tak mahu adikku jadi macam lembu. ini pun aku musykil. apa lembu itu bodoh sangat ke? lalat lagi bodoh. dah tahu benda tu najis,lagi nak makan. siap ajak member-member lagi.selepas kami (aku dan rakan-rakan seperjuangan)membuat siri-siri pemprotesan terhadap herdikan bodohnya kepada sahabat aku, dia menggelar kami manja. tak boleh dimarah. aku senyap je. aku memang suka jika dikatakan manja. tapi bukan dari lecturer inilah. mungkin liyana jasmay ke..atau dengan jiwarasa ku. alangkah baiknya jika aku diterima. akan kupintal buih-buih di lautan menjadi hamparan tidurmu. erm...sungguh aku mengantuk. aku mahu berhenti menulis. aku mau tidur. oh jiwarasaku.

(aku tulis sambil mendengar lagu malam dan bonda dari m.nasir. serta membayangkan jiwarasaku.)

jam 2.30 pagi
25 febuari 2008

6 balasbalik:

    This comment has been removed by the author.

     

    Salam Amer.
    Pertamanya terima kasih. Sudi menjengah bluehikari yg sudah berumur 8 tahun itu. Aku tidak pasti catatan aku di blook MB itu mencuit rasa atau tidak. Apa ya sebabnya hingga amer singgah di situ?

    Aku sendiri sudah lupa blook "masuk barisan" yang penjualannya agak terbantut tidak seperti Jiwa Kacau;abg sulungnya. Mungkin tajuknya klise. Ala politik!

    Kau tidak boleh tidur? Apa yang meresahkanmu? Adakah cuaca panas di P.Perdana mengganggumu. P.Perdana yang dikelilingi bukit-bukit yang semakin banyak ditarah menjadi perumahan. Pun begitu masih membentuk lembah kecil, hingga udara panas terperangkap di situ. Kalau tidak boleh tidur, aku sarankan kau keluar minum sebentar di "kandang". Meski aku tahu itu shj pilihan terbaik taburan warung yang masih diragui kebersihannya di situ. Tetapi, cukup menyegarkan tenggorokmu tika panas menghambat badan. Jom! Secangkir. Aku belanja. Tetapi entah kapan.

    Rudy bluehikari
    sesekali berkelana ke P.Perdana

    *[aku sudah khatam blogmu; teruskan menulis yach!]

     

    Baca. baca . baca.

     
    On March 1, 2008 at 2:11 AM Anonymous said...

    Lecturer yang tak pandai menjaga hati pelajar2nya adalah lecturer yang tidak mahu pelajar2nya berjaya.
    Aku pun turut berasa geram dan sakit apabila seorang guru berkata-kata sedemikian. Betapa sakitnya hati kami, mendengar luahan yang kejam darimu, madam!

    Begin monday morning with smile and make us more strong to breath that day!

     
    On March 1, 2008 at 2:12 AM Anonymous said...

    Lecturer yang tak pandai menjaga hati pelajar2nya adalah lecturer yang tidak mahu pelajar2nya berjaya.
    Aku pun turut berasa geram dan sakit apabila seorang guru berkata-kata sedemikian. Betapa sakitnya hati kami, mendengar luahan yang kejam darimu, madam!

    Begin monday morning with smile and make us more strong to breath that day!

     

    adakah aku kenal lecturer itu??
    yelah... i'm ur seior kan, muz!
    rilek lah..
    aku pun penah dipanggil monyet...
    satu klas die bahasekan name binatang tuh...
    dah jadi bahasa harian die agaknye... pastu ajar tak seberapa, mengumpat je byk...
    with her proed US slang...
    lantak die lah...
    teruskan perjuangan dan kesabaran..
    part 4 dah takde BEL....!!

     

Blogger Templates by Blog Forum