dialog cinta
19 February 2008 by amer zaman
-aku merayu padamu...pilihlah aku
+aku bukannya sesiapa, mengapa kau merayu padaku
-kerana aku begitu mencintaimu
+cinta sejati takkan terucap dengan kata-kata
-namun jika aku berdiam diri, mana mungkin kau akan megetahui isi hatiku
+kau boleh buktikan dengan perbuatanmu
-adakah kau sanggup menerima perbuatanku untuk menggambarkan cintaku?
+buktikanlah...
-adakah kau sanggup berada di tepian pantai menahan bahang sedangkan aku meredah lautan api untuk membuktikan cintaku pada mu?
+imaginasimu melampaui batas keupayaan kau dan janji kau akan memakan diri
-bukankah sudah ku kata, akalmu takkan mampu menerima perbuatanku
+bukankah sudah kukata..hatiku bukan untukmu
-aku bukan mahu hatimu. aku mau cintamu
+tapi telah berikan cintaku pada seseorang
-apakah dia menerimanya dengan ikhlas, sebagai seorang pecinta?
+............
-jika ya, aku turut bersyukur untukmu
+itu bukan urusan kau
-jika itu bukan jawapannya, mengapa tak kau izinkan aku memeluk hatimu?
+cinta bukanlah boleh dipaksa. apa itu kau tidak tahu?
-tapi cinta boleh dipupuk bukan....
+jangan paksa aku..aku tak mampu membuat pilihan
-aku tak memaksa kau....kau juga tak perlu membuat pilihan. Pilihan yang telah memilih kau
+sudah...cukup sudah. ianya takkan berlaku
-baiklah. aku akan berhenti merayu padamu
+itu adalah yang terbaik untuk aku...dan kau juga
-tapi aku takkan behenti meminta pada tuhan.
+ ............
p/s : percubaan pertama membaca hujan pagi,tak berjaya tapi aku dipinjam pula dengan memeluk gerhana..tak sabar rasanya mahu membaca ayat-ayat cinta.
untuk kau dapatkan cinta
peganglah hatinya
jika cinta yang bertahta
mungkin bahaya
cinta boleh datang dan pergi
tapi hati tetap disanubari
percayalah pada hati
hati mengawal segala rasa
jika kau berjaya menawan hatinya,
usahkan cinta, jiwa dan raganya
juga kau boleh miliki...
aku sedang usaha. aku sekarang akan mengumpulkan daya gerilaku. kalau dikatakan teroris pun aku tiada rasa.
menawan hatinya mungkin mustahil.
tapi adidas cakap : imposible is nothing
dan nike sampuk : just do it!
hanya kata adidas dan nike kau jadikan alasan kawan?
oh..ini dunia kawan
kesetian kau hanya gurauan di matanya..
aku tidak mahu au kecewa
banyak bunga di buana yang masih segar kembang
harum mewangi seakan harum kasturi
kau masih muda
jangan biarkan cinta memberi kau gelora
gelora yang membawa hanyut kau dari hidup yang nyata...
haha..aku tau apa aku buat...
terima kasih sahabt...
Wahai sahabat.
Cinta ada di mana-mana.
Kau hanya perlu mencarinya.
Rasai kehebatan cinta.
Rasai dunia cinta ini.
Lihat betapa indahnya cinta kamu.
Lihat betapa murninya cinta kamu.
Ketawa lah kamu bila perasaan itu datang.
Menangis lah kamu bila perasaan itu pergi.
AngeLic_Lara
cinta lagi...
jiwang sgt nie muz...
ape yg boleh aku ckp...
jgn sampai cinta menutup jalan dan matlamat hidup kau sudahla...
aku tak pandai berpuitis...
tapi aku pandai berkata...
berkata yg bukan hanya berlandas rasa...
balajar dulu muz...
ayoo belajarr..!!
prove it... kau dapat anugerah dekan dulu, baru cari cinta tu..
alahai...sapa la lu ni mapieceofart...?kerek btol lu ni...gua nyampah baca lu punya citer.sembang macam bagus jer.padahal poyo je.lu macam perkecil²kan kawan gua jerk...gua sepak lutut lu nanti baru lu tau...
p/s:gua 2 sem dapat dekan.sem ni gua nak score lagi.
anonymous satu.