Pasca Dilema Panggung
03 December 2009 by amer zaman
Dilema Panggung adalah projek kedua terbesar saya - dalam bidang filem. Sebelumm ini saya sempat menghasilkan sebuah filem pendek RonaMaya - yang menceduk tahun 1960-an sebagai latar tempat. Secara jujurnya, ketika membikin RonaMaya- saya adalah seorang pengarah yang kosong - bersandarkan teori,idea dan konsep semata-mata. Oleh demikian, RonaMaya pun sempat mengikut jejak saya - dan tidak keterlaluan RonaMaya adalah sebuah manifestasi saya terhadap filem apa yang saya dahagakan - dan ianya menjadi medan ujikaji saya. Maka tidak hairanlah, ianya ada bercorak eksperimental dan surrealis, dan boleh saja manjadi absurd.
Akan tetapi, lain pula halnya dengan Dilema Panggung. Walaupun di atas kertas saya memegang tugasan sebagai Screenplay Director, saya juga merasa menjadi Script Supervisor, Talent Coordinator dan juga menjadi Assistance Director kedua pada hari-hari terakhir. Jika projek RonaMaya, saya menjadi kepala, maka projek Dilema Panggung, saya menjadi kepala dan badan sekaligus (baca : Aristotle), walaupun tak menyeluruh. Maka projek filem cereka Dilema Panggung adalah medan saya mengutip segala bentuk praktis dalam pembikinan filem - yang jarang diajar di mana-mana sekolah, di mana guru saya ketika ini adalah dua orang pengarahnya, Hatta dan Hafiz, kru seramai lebih 60 orang dan beberapa pelakon terutama Dato' Aziz Satar, Mislina dan juga Soffi Jikan. Pada mulanya, saya prejudis dengan naskah ini, apatah lagi ideanya teracu dari naskah barat. Namun setelah menelitinya, ternyata ia adalah naskah baru.Tidak saya nafikan, naskah sahabat saya, Faridzul dan Syahrazif ini adalah sebuah naskah yang baik - mungkin yang terbaik pernah pelajar kami hasilkan.
Ah! Sebenarnya banyak lagi mahu dibualkan. Tapi, saya lahir setelah McD tersebar luas!

x sabar mahu lihat hasil kedua-duanya... tayangan di FACT nnt viewing sekali kah?
nantikan babak aku mati dibunuh kejam. balas dendam gaya P.Ramlee!
hehe
d.p dia sakit pinggang jugakla waktu shoot.tapi takpe.dayang2 ramai.haha
Bagus ni!
xsaba nk tgk hasilnya... hope2fully thiz future film will be a greatest product we did.