abang
09 February 2009 by amer zaman
entri ini individualistik sifatnya. tentang bagaimana merumuskan (dalam masa kurang 5 minit) rasa menjadi seorang abang,
kami memikul tugas ini
dengan rasa yang mekar
kerana kami sayang akan kita
walaupun adakala tanggungjawab ini
berubah menjadi beban
kami tetap teruskan
hidup bagai jejarum masa
tak bisa diterbalik
kami,
yang menerima amanah
sebagai seorang abang
meski tak sehebat ibu
ataupun secekal ayah
kami juga punya rasa
gembira bila kalian jaya
sabar bila belum masanya
menjadi yang tertua
adakalanya
ia seperti rahmat
adakalanya
ia seperti sumpahan
bagai si tuah
tangan terikat di langit
kaki terpasung di bumi
kengkadang
cinta harus diketepikan
kengkadang
cita harus dipendamkan
sementara impian
sering menjadi angan-angan
air akan terus mengalir
namun ia tak sempat memilih
menjadi jernih atau yang keruh
adik,
bila kalian sudah rasa sangsi
pada kami
ingatlah pada yang dua
bila kalian sudah rasa lelah
dengan kami
pandanglah wajah yang dua
kami jarang sekali berharap
walau redha kami bukan keramat
kami tetap boleh kehilangan rasa
090209-0359
pandan indah
p/s: menjadi abang bukan mudah. banyak yang perlu dikorbankan. tapi ianya bergantung pada jenis abang yang kamu pilih.
kami memikul tugas ini
dengan rasa yang mekar
kerana kami sayang akan kita
walaupun adakala tanggungjawab ini
berubah menjadi beban
kami tetap teruskan
hidup bagai jejarum masa
tak bisa diterbalik
kami,
yang menerima amanah
sebagai seorang abang
meski tak sehebat ibu
ataupun secekal ayah
kami juga punya rasa
gembira bila kalian jaya
sabar bila belum masanya
menjadi yang tertua
adakalanya
ia seperti rahmat
adakalanya
ia seperti sumpahan
bagai si tuah
tangan terikat di langit
kaki terpasung di bumi
kengkadang
cinta harus diketepikan
kengkadang
cita harus dipendamkan
sementara impian
sering menjadi angan-angan
air akan terus mengalir
namun ia tak sempat memilih
menjadi jernih atau yang keruh
adik,
bila kalian sudah rasa sangsi
pada kami
ingatlah pada yang dua
bila kalian sudah rasa lelah
dengan kami
pandanglah wajah yang dua
kami jarang sekali berharap
walau redha kami bukan keramat
kami tetap boleh kehilangan rasa
090209-0359
pandan indah
p/s: menjadi abang bukan mudah. banyak yang perlu dikorbankan. tapi ianya bergantung pada jenis abang yang kamu pilih.
semoga kau menjadi abang yang terbaik antara yang terbaik pada adik-adik.
InshaALLAH...
tanggungjawab yang sgt murni...
tp perlu di ingat..
kasih sayang tu sampai mati..
kamu abg yg cool!!
ade camera besar..
pandai amek gambar..
padai masakkkk
saye mao abg seperti kamu laaaa
:P
Aku sebolehnya ingin menjadi seorang kakak kpd adik2ku. tp, nasib aku jd anak bongsu. jd ko bertuah sebenarnya.. menjadi org yg dhormati dan pendpt yg akan sentiasa dterima oleh ahli keluarga.... bersyukurlah....
i dun have abang kandung!
tapi banyak gila abanggg...
cool ya amat! sebab deme semua menjaga saya dengan baik! alhamd!
semua tugas yang dipikul nampak sukar..
jadi abang susah,jd adik pun susah..
tapi aku bahagia sebab;
aku ada abang,kakak,adik lelaki dan adik perempuan..
semua ada..
lagi susah...
ape2 pon...
ianya ujian dan kerja mulia..
anugerah tuhan..
suda la.. jgn la puji muz lebey2..
benci ak tgk die nye idung kembang kuncup..
syabas!
hidup persatuan abang sulung!!
coffeeholic,
insya-Allah
sedang cuba.
walaupun pada tahap ujian tertinggi.
farizkan,
memang murni.
risikonya tinggi.
lebih-lebih lagi bila adik perempuan.
emy,
cool?
haha
erm..pujian kamu sangat tinggi.
bangga.
tapi kamu lebih.........dari saya.
ratna,
peter parker pernah dipesan oleh pakciknya
'great power came with great responsibility'
kau akan tahu bila kau yang alami.
one love,
sebab kamu adorable..
hehe
hady,
antara menjadi anak buah dengan bapak buah,
banyak beza.
tapi aku syukur.
iqbal,
ala..jeles ape?
muhsinsenpai,
ya..mari kita merayakannya dengan pergi konsert m.nasir!!
lebih......apekah???
saye nk pilih abg Muz ni!
abang syah?
emy,
lebih .....berumur..
hehe
xlara,
kalau boleh pilih,
aku juga mau pilih siapa yang patut menjadi adik aku..
melodi,
bukan...
haha
ok!!FINE!!!