Hishamuddin Rais dan jiwa sebuah buku.

Usia blog ini sudah setahun. Maknanya sudah setahun aku menulis blog. Ramai kenalan dari blog. Aku jenis yang menulis-bukan-bercakap. Secara tak langsungnya, aku sudah punya pembaca tetap. Dan aku perlu berkongsi. Kini bukan aku-tapi-saya. Lebih manis.

Saya sebenarnya anak muda yang sentiasa tandus. Saya tak tahu apa perlu saya lakukan untuk menjalani hidup sebagai anak muda. Pada saya,hiburan itu tak begitu banyak. Saya tak kenal disko,tak kenal pub dan tak tahu apa ada pada pesta buih selain buih yang berbeluak. Pada saya hiburan itu t.v,filem,muzik,seni dan buku.

Semenjak saya jumpa buku ini di sebuah kedai di kawasan Damansara, saya tertarik untuk membacanya. Tetapi apakan daya, RM30 bagi saya adalah sesuatu yang berat untuk dikeluarkan untuk membeli buku. Saya simpan hasrat sehingga ekonomi saya kukuh untuk membeli buku ini.

Saya bekerja dengan tekun dan sabar untuk mengumpul duit. (Membeli buku ini,bukanlah agenda utama saya)

Akhirnya saya berjaya membeli buku ini. Selepas beberapa ketika saya meniduri buku ini, saya berasa segar. Buku ini adalah sebuah himpunan rencana tulisan Hishamuddin Rais. Keganasan,Penipuan & Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah. Hisham menggelar diri dia sebagai reformis. Semakin hari, semakin mendalam tulisan dia, saya semakin ketagih.

Hal ini diperkuat dengan dialog pak lang saya yang mengatakan "mamat ni duk luar negara bertahun-tahun,tapi tengok bahasa Melayunya".

Buku ini memang berkisar suasana politik terkini. Sebagai mahasiswa, buku ini patut dibaca kerana ditulis oleh ikon ataupun legenda hidup mahasiswa tempatan. Yang merasa politik itu lumpur, lagi layak membaca buku ini.

Tapi awas, jangan terpengaruh dengan gaya hidupnya. Yang begitu sekular.

Selepas membaca buku ini saya terfikir. Apakah benar kerja bercakap benar itu seumpama ditelan mati mak, diluah mati bapa? Tak! bercakap benar yang pahit itu adalah keharusan. Saya baru faham, mengapa saya kurang yakin bila bercakap benar. Rupa-rupanya saya telah terdidik sebegitu. Bercakap benar bererti bermulut lancang. Apakah perlu kuasa untuk berubah? Perubahan dan kerja mengakkan kebenaran tak semestinya perlu disokong.

Cukuplah sekadar prinsip menyatakan kebenaran, dipegang. Tak perlu jadi ketua dalam mana-mana persatuan atau mewujudkan mana-mana kumpulan.Tak perlulah berpolitik. Cukuplah dengan kita bercakap benar diiringi rasa tanggungjawab. Mungkin kta boleh belajar dari Soe Hok Gie.

Kehidupan ini perlulah diraikan.
dan AUKU itu perlulah dimansuhkan.
serta membaca kan mendewasakan kita.
Takbir!

p\s: isu AUKU terlalu basi. Seperti laukyang dimasak 30 tahun lalu, dan kita setia menghidangkannya. Segan untuk diceritakan.

sandiwara ahad.

semalam, sebelum pulang ke johor bahru.

aku mahu larikan diri dari alam realiti. aku celaru dengan benda sepatutnya tak aku celaru.
sandiwara yang mana satu aku perlu percaya?

aku mengambil langkah berani dengan menonton The Dark Knight kali kedua. Dengan harapan, aku dapat jalan untuk menyelamatkan negara.
filem adiwira yang membuahkan rasa simpati terhadap kebaikan sebenar.

joker: aku adalah objek yang tak boleh dihalang. dan kau objek yang takkan berubah. kita ditakdirkan bersama.
batman: sama ada mati sebagai wira, ataupun hidup menderita lebih lama dengan ketakjujuran..

makna wira sebenar, semakin aku faham dengan filem ini.
wira sebenar memberi tanpa meminta
sentiasa menjaga dengan memerhati dari sudut paling gelap.
dan ianya sentiasa diperlukan tanpa kita inginkan.

aku faham. belajar dari filem hollywood lebih memberi kesan ke dalam jiwa dari membaca tajuk utama akhbar ahad. sekurang-kurangnya aku tahu, joker punya gaya yang hebat, tapi batman adalah wira yang mengkagumkan.

p/s: aku masih begini

ada yang tiada

ini puisi. bukan puisi hatiku ataupun hatiku puisi. ini puisi yang tajuknya seperti tajuk puisi.

ada resah di hujung rasa
ada rasa di hujung resah
rasa resah yang tak sudah-sudah

ada kesal di dalam hati
ada hati di dalam kesal
hati kesal yang tak mati-mati

ada lara di pangkal jiwa
ada jiwa di pangkal lara
jiwa lara yang tak putus-putus


semua ada
mana ada
tempat kulari.


0222-310708

p/s: ini puisi tentang rasa sesal kerana membuat keputusan yang sebaik-baiknya. hidup memang begini.

wayang pachak bukan layar tanchap

kita kehilangan sebutir lagi mutiara pada 31 julai 2008

Al-Fatihah buat Sasterawan Negara S. Othman Kelantan.

harta peninggalan arwah yang paling terkesan padaku adalah Novel Juara yang mana ianya diangkat menjadi filem oleh U-wei dengan tajuk Jogho.

Kita semakin kehilangan.

**********************************************
semalam.

Wayang Pachak bejaya dianjurkan sekali lagi. Ini adalah kali kedua selepas yang pertama dulu.


Terima kasih kepada rakan taufan dan rakan taulan yang bayak membantu.
Impian aku untuk menyangkan filem Nasir Jani, Kembara Seniman Jalanan lakonan M.Nasir selama hampir 3 tahun, menjadi kenyataan.


kepada yang tak berminat filem ini. maaf.
sukar nak puaskan hati semua orang. jalan terbaik, aku puaskan diri sendiri.

dengan hadirin yang mencecah 400 orang, aku kira usaha teman-teman semua berbaloi.

Tahniah dan terima kasih.

p/s: projek rakan taufan no2 selesai .projek no 1 masih dibikin.

Blogger Templates by Blog Forum