di suatu ruang.......
01 March 2008 by amer zaman
di suatu ruang
di malam hari
di puncak bukit
di satu ruang
2 manusia berpegang tangan
melafaz cinta berjanji setia
berpegang tangan melihat langit
kemudian bercumbu
2 manusia itu lelaki
di satu ruang
1 manusia berhati hati
menyedut asap rokok ganja
dalam dalam dan lepas
kemudian tersenyum
manusia itu gadis baru cukup umur
di satu ruang
3 manusia asyik bergitar
mendendang irama keras
liriknya provokasi,reformasi,revolusi
3 manusia itu baru buka Kamus Dewan
di satu ruang
19 manusia leka menonton
siaran lansung bolasepak liga perdana inggeris
sambil meneguk coca cola
dan mengunyah kacang ngan yin
separuh dari manusia itu
tak perasan bola itu bulat
di satu ruang
1 manusia sedang memerhati manusia-manusia itu
selepas beberapa ketika
manusia itu menutup jendela
baring di katil kemudian tidur
di suatu ruang
di malam hari
di puncak bukit
013916122007
segamat
di malam hari
di puncak bukit
di satu ruang
2 manusia berpegang tangan
melafaz cinta berjanji setia
berpegang tangan melihat langit
kemudian bercumbu
2 manusia itu lelaki
di satu ruang
1 manusia berhati hati
menyedut asap rokok ganja
dalam dalam dan lepas
kemudian tersenyum
manusia itu gadis baru cukup umur
di satu ruang
3 manusia asyik bergitar
mendendang irama keras
liriknya provokasi,reformasi,revolusi
3 manusia itu baru buka Kamus Dewan
di satu ruang
19 manusia leka menonton
siaran lansung bolasepak liga perdana inggeris
sambil meneguk coca cola
dan mengunyah kacang ngan yin
separuh dari manusia itu
tak perasan bola itu bulat
di satu ruang
1 manusia sedang memerhati manusia-manusia itu
selepas beberapa ketika
manusia itu menutup jendela
baring di katil kemudian tidur
di suatu ruang
di malam hari
di puncak bukit
013916122007
segamat
di suatu ruang...
seorang researcher sedang tekun membaca sebuah puisi...
org itu adalah kawaii hehe
apa no2 kat bawah tu?
di suatu ruang...
aku terpaku sendiri...
menunggu nunggu...
weyh orang dalam toilet cepatla aku nak berak nie...!
kawaii....
no tu waktu dan tarikh
am....
sape dalam toilat ko? pedot ker?
hebat..!
bagus rupenye dak muz nih menulis..
=)
muz x gtau pun saya dpt bace nombor2 tu sbenanye...
erm....
di suatu ruang...
aku tersenyum...
kagum...
karya agung...
seorang sahabat...
=)
This comment has been removed by the author.
haha..
semua tertipu dengan kata-kata..
semua ingin jadi seperti pencipta kata-kata..
haha..
tapi tu lah kan lumrah manusia.
tak ada siapa yang boleh lari dari perkara yang di panggil lumrah.
di dua ruang..
yang berbeza..
wayang yang terpacak!!
selamat menonton!