misteri yang tak terbongkar



juri-juri luar negara nak rosakkan budaya kita
-david teo

aku pelik dan rasa sangat misteri. seorang yang tak ada bakat menulis dalam bahasa penjajah sejak 13 berumur tahun, tak belajar tinggi-tinggi sampai dapat gelaran prof. madya, tak pernah fikir pasal politik, tak pernah mengkritik mana-mana filem secara serius dan tak pernah mengarah sebarang filem iklan yang menginsafkan boleh buat kenyataan begini. misterinya. david teo ni siapa sebenarnya? yang penting dia bukanlah MELAYU

p/s:aku semakin tak faham dengan filem kita wajah kita. sebab itu aku menyisipkan video ini
boleh sesiapa terangkan?

LALANG 1




aku ini lalang cuma,
punya cita namun tinggal mimpi
dihembus angin utara aku tersentak
ke selatan
ditiup angin selatan aku tertengguk
ke utara

kalaulah aku bukan sekadar lalang cuma

0030270108
P.perdana

belasungkawa buat rosli khamis

kepergiaannya meruntun.
siapa dia?
cenderawasih?
nurbisa?
abdullah romany?
loloq?
dia tak sembunyi
dia sedar,tak berangan,
berkeroncong nostradamus,
menjadi vendetta,
dan mengingatkan
apokalipsnya andalusia

siapa saja namanya
kepergiaannya
berlagu jiwa
berlagu cinta
meruntun

p/s: kepergiannya sangat terkesan bagi aku. lebih terkesan dari peristiwa jiwa-jiwa di awal pagi. semoga Allah mencucuri rahmat ke atsnya.

mutiara kata

senyap adalah jeritan yang paling baik

demi cinta, semuanya halal

kebenaran akan berakhir bila lebih dari seorang yang mengetahuinya


p/s: kusisipkan mutiara kata yang kukutip dari filem-filem hebat yang kutonton.

Banjir lagi

sungai segamat,kau marah lagi?

seperti menunaikan janji
ia kembali lagi
untuk membuktikan kesetiaan
kepada sang pencipta

banjir kali ini adalah musibah
yang mana rempuhannya terselit
1001 rahmat dan hikmah
bagi yang sentiasa dekat dengan-nya

dan ia akan datang lagi tahun depan
membawa utusan yang sama
bahawa bumi sedang menderita
selama kita tak lagi sedar
yang patut hentikan penderitaanya
adalah kita


1100-12122007

segamat

hidup; semakin sukar

tersepit. terperangkap. dunia ini semakin mengecil. kita semakin hari semakin lupa kedudukan kita dalam kehidupan. ada perkara yang kita telah berusaha sedaya-upaya untuk mendapatkannya. kita mengorbankan segala-galanya. kita bekerja,berpeluh,berfikir dan bekorban demi kepentingan sesorang yang kita sayang. walaupun sememangnya yang kita lakukan itu untuk kepentingan kita juga, tapi penat lelah yang kita lakukan siapa akan bayar. dan bagaimana pula jika apa yang telah kita lakukan itu tidak dihargai? adakah kita kan berhenti dan putus asa? ataupun kita kan berbicara dengan diri sendiri dan mengatakan bahawa "aku belum cukup berusaha.." atau boleh juga kita salahkan takdir?

kehidupan di dunia semakin rumit. kita tak akan faham semua perkara. malah kita juga semakin sukar nak faham sesuatu perkara dengan tepat. manusia sememangnya berevolusi. tetapi bukan seperti teori charles darwin yang diketahui sememangnya bukan suatu teori. manusia berevolusi menjadi semakin kompleks. kita sebagai manusia, sudah semakin bijak menyembunyikan segalanya. menyembunyikan usia dengan teknik perubatan moden. menyembunyikan fakta dengan melahirkan mitos. dan juga menyembunyikan emosi dan perasaan dengan melahirkan kepura-puraan. jangan terkejut, manusia jenis ini adalah jenis manusia yang terpilih mendapat kejayaan. dan bagi yang jujur dan tulus,tempat duduk kamu semakin terhad. bukankah dunia semakin sempit?

perubahan

hari bersilih ganti, bulan berubah-ubah..maka tibalah kedatangan tahun baru. sudah hampir 20 tahun kewujudan aku di dunia. tujuan kehidupan aku untuk keluarga sudah hampir pasti. namun,apa tujuan kehidupan untuk negara,masyarakat dan cinta? tahun baru ini akan datang dengan hawa perubahan.

tentang perasaan

perasaan itu datang lagi
ianya seperti pawana yang menampar-nampar
menyebabkan sesiapa mampu tersadar dari mimpi
sakitnya seperti bermanja-manja
sepertimana pawana
ia akan pergi jua
meninggalkan daerah yang kontang
dengan suasana yang kelam kabut
perginya juga seperti pawana
pergi tak memberi pesan
yang diberi cuma kesan
apakah perasaan itu

p/s;kadangkala aku terlalu memikirkan tentang perasaan. tapi kuharus sadar yang perasaan bukan untuk difikir-fikir. tapi untuk dirasa. untuk dialami. maka lahirlah bait-bait sajak yang romantis tapi kurang isinya.

melayunya usman awang

tajam dan tepat.
inilah ayat yang mampu terluahkan oleh aku.
aku tertegun dengan bagiku karya besarnya, MELAYU

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


USMAN AWANG

tumpul..

aku baru sahaja menikmati cerpen-cerpen karya usman awang dalam antologinya yang berjudul kami yang terlibat. tidak hairanlah dia dianggap seniman yang paling melayu di antara golongannya. barangkali sejak dalam kandungan dia bermain dengan bahasa?membaca hasratnya membuatkan aku semakin mengecil. aku perlu mengasah penaku yang amat tumpul dan pendek.

1654-171107

segamat

biru

jejak yang ditinggalkan takkan diulangi lagi
azimat yang diberikan dibakar di dalam jiwa
jalur mana yang patut dilalui siap ditanda
al-andalus! betapa aku menuju kepada kau!

Blogger Templates by Blog Forum