separuh hari dalam perpustakaan

hari ini(SABTU ,11.8) aku mulakan hari dengan agak lewat.

aku bangun lewat, itupun kerana aku dikejutkan dengan suara teman sebilikku yang sedang bikin filem. aku kagum dengan kesungguhan mereka. aku juga berimpian menfilemkan kehidupan.



aku bersiap dan pergi perpustakaan. entah, sejak akhir-akhir ini aku sepeti bercinta denga perpustakaan. isinya barangkali. yang nyata, bukan orang di dalamya.

per-pustaka-an

Perpustakaan ini kecil,
Namun isinya tidak terbayang besarnya,
Perpustakaan ini sunyi,
Namun pencintanya hingar di dalam,
Aku pencinta perpustakaan ini,
dan cintaku dibalas,
Aku memberinya cinta,
Dan atas nama cinta,
dia merelakan,
Aku meneroka isinya,
Mengeledah jiwanya.


1851-23012007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


kalau kau adalah salah satu dari aku...katakan..

tutup mulut

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang perpaduan
kerana kau tak pernah menghulur tangan untuk dipegang

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang pembangunan
kerana kau tak pernah sakit akibat jatuh

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang kemiskinan
kerana apa yang kau beri kau harap dipulangkan semula

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang politik
kerana badanmu tak bersih dari lumpurnya

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang merdeka
kerana kau sendiri masih menjilat kaki si mancung

tutup mulutku dengan plaster
kerana aku menyuruh
kau sendiri
menutup mulut kau dengan plaster



0001-070807

kata pengantar

aku sebenarnya masih baru dengan dunia 'bloggers' ni.
entah...apa-apa entah...

IMPIAN ANAK JALANAN

IMPIAN ANAK JALANAN

kau mampu patahkan sayapku
kau mampu tambatkan kedua kakiku
tapi kau tak akan dapat mematahkan
semangatku untuk hidup

lampu neon di gedung indah
hanya pemikat mata yang tergoda
tapi aku kan tetap berjalan
menuju tujuanku disana

berdendang anak jalanan
berdendang dengan rentak kehidupan
ku mohon perlindunganmu yang esa

aku dan mereka sama
punya hati dan punya cita-cita
kota ini tempatku belajar
erti hidup

kutinggalkan kampung halaman
kutinggalkan semua yang ku sayang
demi masa depan yang cemerlang
semoga aku diberi pedoman


lagu dan lirik oleh m.nasir

Blogger Templates by Blog Forum