tumpul..

aku baru sahaja menikmati cerpen-cerpen karya usman awang dalam antologinya yang berjudul kami yang terlibat. tidak hairanlah dia dianggap seniman yang paling melayu di antara golongannya. barangkali sejak dalam kandungan dia bermain dengan bahasa?membaca hasratnya membuatkan aku semakin mengecil. aku perlu mengasah penaku yang amat tumpul dan pendek.

1654-171107

segamat

biru

jejak yang ditinggalkan takkan diulangi lagi
azimat yang diberikan dibakar di dalam jiwa
jalur mana yang patut dilalui siap ditanda
al-andalus! betapa aku menuju kepada kau!

masa ini sungguh seram

hal yang paling menyeramkan bagi seorang penulis bukannya diugut oleh orang atasan, ditimpa kemiskinan ataupun ditarik semula cintanya. hal yang paling menyeramkan adalah sebuah kekontangan. kekontangan premis,adicita dan hal-hal yang mampu membangkitkan sebuah keinginan untuk berkarya.

Bujal

i
semakin matang peredaran masa
bulan sudah sarat dan akhirnya..
terkeluarlah si anak bulan ..

saya sebagai penyimpan mohor Sang Raja
pemimpin alam langit-bumi
mengumumkan,ujian bermula besok

ii
bujal menyarungkan baju putih
dililitkan bersama selendang putih ayah di leher
berderap kaki menari
menuju irama qudus
hayal 'ala solah
hayal 'ala falah
nikmat ramadan dikucup

bulan baroqah membawa berkat
berkat bulan membawa rezeki
rezeki takkan datang bergolek dan tak juga melayang
ramadhan bukan bererti berhenti berjuang

iii
adik...jaga ibu kita adik
abang keluar untuk mencari rezeki
untuk kau, untuk ibu
buat kita berhari raya satu keluarga

adik jangan takut bersama ibu
ibu tidak gila cuma dia terlalu rindu
sama seperti kau yang rindukan
jasad arwah ayah kita yang entah di laut mana

iv
setitik peluh yang berlinang di ubun-ubun bujal
bererti sejuta kebahagiaan akan dia rasakan
syawal menjelang tiba
malam ini malam yang tujuh datang
menyembunyikan malam pertemuan sang kekasih

v
musim harga barang naik lagi
melambung,melonjak
tinggi hingga tembus siling
bergejolak, berkocak
nasib si miskin tak dipeduli
dan terus bergelumang dengan kemiskinan
dan kaya akan berenang terus dengan duit
hingga mati lemas

bujal yang menjadi tikus lupa
pesan dari seorang ayah
politik itu lumpur
politikus itu kucing hitam
kuku tajamnya tak terlihat oleh kita


vi
adik jangan risau,
baju melayu merah teluk belanga
sudah abang dapatkan untuk adik
bila adik tidur nanti abang akan letakkan di bawah bantal

adik...jaga ibu kita adik
abang telah mendapat tiket perjalanan
ke taman keabadian
abang takkan pulang syawal ini
beritahu ibu abang meyesal tak pernah cium pipinya

p.perdana

0255-29092007

balada sang pencari

aku mahu belajar terus-terusan
supaya dapat melihat dengan mata hati
dan dapat merasa dengan jiwa hakiki
bilamana aku akan bercakap dengan akal

aku tak hanya akan duduk begitu dan begini
menari-narikan pena bulu ayam mungkin
mencurahkan segala rasa dendam-cinta
dan menodai sehelai kertas putih

aku bukan saja mahu berpuisi ikut-ikutan
lalu melontarkan kata-kata rapi
yang telah diikat dengan benang-benang
benang-benang tericipta dari mutiara

aku tidak juga ingin berdakwah cuma
menyebarkan segala macam adicita sang aku
yang robeknya terlihat disana-sini
lalu ditampal dengan kata-kata sempurna tuhan

aku akan tetap saja sendiri di suatu sudut
mencangkung merenungi diri, menginsafi hati
agar aku dapat mencari jasad quo vadesku
tidak hanya aku akan menari mengikut irama orang
sampai waktu aku akan kembali
kau akan tersenyum melihat aku senyum kembali.

0152-15092007

kahlil gibran berkata...

jika kita harus memilih antara 2 kejahatan;
pilihlah kejahatan yang terlihat daripada kejahatan yang tersembunyi
walaupun yang terlihat itu lebih besar dari yang tersembunyi.

bersahabat dengan orang bebal sama bodohnya dengan berdebat dengan si pemabuk

provokasi bagi yang bising

aku diam..
dan aku akan juga selalu diam,
tapi takkah kau tau erti diam aku?

kau bersuara,
mula bising dengan nada sumbang,
bagiku kesenyapan adalah suara paling hebat,
aku terus diam

tiba-tiba sempadan aku mau kau terobos,
persekitaran aku mau kau rempuh
apa yang kau harap akan ku balas?
aku bangkit
lalu aku tinggalkan kau.


1610-080807

ptar p.perdana
tiba-tiba akhir-akhir ini aku berasa begitu melankolik. tidak tahu mana salahnya. aku tersangkut dalam dua dimensi berbeza. kehidupan yang aku impikan dan satu lagi kehidupan yang aku perolehi. sekarang aku jarang sekali menunaikan kewajipan dan berbicara dengan-Nya. Interpretasi aku terhadap kehidupan kembali samar. mungkin saja aku perlukan seseorang. bumi ini terlalu besar bagi aku seorang.

tanyalah soalan...!

bagaimana mahu hidup? bagaimana mahu hidup senang? bagaimana mahu memudahkan kehidupan? bagaimana jika kehidupan menyakitkan? ternyata setiap persoalan akan membawa kepada persoalan yang lain. ayam dan telur, mana keluar dulu? sesetengah persoalan perlu dibiarkan bertatih sendiri tanpa bantuan jawapan. biasanya jawapan kepada persoalan ini diberikan sebuah nama khas, Misteri. Usahlah menggila dengan persoalan misteri. bukan semua hal perlu ada rasional. Tak semua beras boleh makan. Langit memang biru.

aku mencari......

umur aku sudah mencecah 2 dekad. Tujuan hidupku masih saja samar-samar. Aku mahu jadi apa dalam hidup? Ianya seringkali meganggu aku, khususnya saat mahu tidur. Mengapa perlu penghidupan dalam setiap kehidupan. Adakah kehidupan perlu ada quo vades nya? Jika aku belum menjumpai tujuan hidup, atau boleh dikata aku sudah tiada tujuan hidup, aku kan mati? Kalau benarlah, aku sudah lama mati. Jasadku sahaja yang hidup untuk terus menampung ketetapan. Semuanya telah ditetapkan dalam hidup ini. Namun ianya boleh diubah. Pastinya ia tak boleh diulang. Kesalahan akan tetap dengan dosa dan menanti pahala untuk menghancurkannya. Semakin lama kita semakin lemah.

KOTA UTOPIA

Tuan puan dan puan tuan
Selamat datang ke kota utopia,
Di sini aman damai,
Di sini tiada perperangan,
Di sini tiada kezaliman

Ayuh mampir
Mari teroka kota utopia,
Bangsanya amat senang,
Kanak-kanak bebas berterbangan,
Remajanya..
Boleh berbuat apa saja.

Inilah kota utopia,
Tiada masalah,
Tiada pemikiran,
Tiada impian.

Mau ke sana?

08022007-1134
Puncak perdana

Blogger Templates by Blog Forum