gagal,akhir dan mula

kadangkala bukan semua yang kita rancang itu berjalan lancar dan sempurna. Biasanya rencana kita tentang sesuatu akan tidak berjaya. Bukan kerana gagal merancang, tetapi lumrah kehidupan. Kehidupan yang kita alami, kita raikan saban hari sebenarnya mempunyai sesuatu yang lebih besar untuk kita.

Pada saya, jika kita gagal melaksanakan sesuatu yang dirancang, bukan salah kita secara total, namun kehidupan sebenarnya sedang merencanakan sesuatu yang lebih besar untuk kita. Dan gagal itu sebahagian daripadanya.

Bak kata orang pengakhiran adalah sebuah permulaan yang baru.


*******

empat tahun yang lalu, saya berkhidmat di sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Johor Bahru. Menjadi kuli di bahagian banquet. Sebagai pekerja sambilan, saya bebas bekerja dengan bayaran mengikut jam. Satu jam RM 4. Pernah satu hari saya bekerja selama 19 jam. Kaya sekejap.

Saya juga pernah menjadi pembantu penyelia saya untuk menujukkan demonstrasi protokol penyediaan meja (protokol sebenarnya adalah satu bentuk pembaziran sahaja).Kegigihan (haha) saya diperhati oleh pihak atasan. Mereka meminta saya untuk bekerja sepenuh masa. Namun saya terpaksa tolak.

Tak kurang menarik di situ, saya berpeluang melihat gaya hidup masyarakat. Bagaimana golongan elit maraikan pekerjanya. Bagaimana pegawai kerajaan menjalankan kursus di hotel. Bagaimana canggungnya golongan rakyat biasa ketika di dalam hotel. Serta golongan yang kita harapkan akan membantu kita, orang Melayu berpesta di sebuah bar.

Mungkin kerana persekitaran hotel, yang mana biasanya menghalalkan cara. Saya berhenti. Ada rakan senior mengucapkan

"Percayalah, aku jamin, kau mesti balik semula kerja kat hotel"

Sejarah pada situasi itu menunjukkan betapa beberapa orang pekerja di hotel tersebut, kembali semula berkerja di hotel selepas berhenti. Maklumlah, siapa sanggup meninggalkan cengkeram keselesaan.

Ternyata perberhentian saya kekal hingga kini.

Dan esok, untuk sekian kalinya saya akan menamatkan khidmat separa sosial saya di sebuah intistusi pemerkasa bahasa Melayu. Dan seorang staf senior mengucapkan

"Percayalah...diorang ni pergi tak kembali"

10 balasbalik:

    kata-kata senior ko tuh agak menakutkan yer...ha ha

    kadang-kadang, setelah banyak perancangan kita yang tak menjadi, kita jadi benci untuk merancang lagi lalu kita beralih kepada seorang yang tidak merancang dan melaksanakan sesuatu kerja secara ad-hoc.

    kesian kita.

     

    lalalala~

     

    bisu... :I

     

    hotel... di situ kaca dan intan berpadanan. Memilih intan terpilih, hanya Bujal yang pandai beroleh keberkatan.

    Nah sahabat, langkah ke depan perlahan-lahan lihat yg sesuai dan jadikan ia punca pendapatan yg berkat. selamat.

     

    Kalaupun tak kembali ke situ, perjuanganmu dengan agenda yang sama jangan padam, sahabat.

    Selamat berjaya.

     

    terlalu merancang uga kadang² menempah kegagalan... susah...

    merancang sekadarnya kemudian jalankan hingga jaya... ayuh...! =)

     

    Sudah habis praktikal ya. Amir belajar di mana ya..

    apa-apa pun kalau awak kembali ke tempat memperkasakan bahasa pun apasa salahnya kan?

     

    salam..ke mana plak selepas ni? Semoga berhijrah kepada yg lebih baik

     

    artistickly,
    haha...
    macam filem jepun-departure.

    melodi,
    tra-lala

    zura,
    haha...

    rudy,
    terima kaseh bro...!

    indra,
    terima kasih...
    dunia pejuangan luas...

     

    mapieceofart,
    betul...
    kan gagal merancang, merancang kegagalan.

    ainul,
    saya belajar di ipta yang besar tu...


    arsaili,
    ke mana? masih dalam perancangan lagi..hehe

     

Blogger Templates by Blog Forum