yang buruk itu bagus

Semalam, dalam sebuah ujibakat yang saya hadiri secara rela paksa, saya dan rakan-rakan diajukan pendapat untuk meningkatkan kualiti filem kita. Pelbagai pandangan, yang sebenarnya benar belaka.

Saya secara tak sengaja (atau terlalu lama pendam dalam otak) telah menyatakan untuk memangkinkan penganugerahan filem kita, di taraf antarabangsa, kita perlu memaparkan budaya dan sisi-sisi hitam dalam negara kita.

Saya nyatakan hal tersebut adalah kerana, biasanya (bukan semuanya) filem yang mendapat pengiktirafan, biasanya membobrokkan perihal diri, budaya atau masyarakat. Contoh paling dekat adalah Slumdog Millionaire yang memenangi pengiktirafannya yang tertinggi dalam pesta filem beberapa bulan lalu. Filem itu ditentang oleh masyarakatnya sendiri kerana menggambarkan India secara marhaen (sangat tidak komersial). Begitu juga dengan filem Cyclo (1995) dari Vietnam. Kita juga telah menyaksikan betapa masyarakat luar menyukai filem kita seperti triologi Sepet oleh Yasmin Ahmad dan juga filem-filem independent yang sebaris dengannya.

Sebenarnya, pada suatu hari saya sangat terkejut. Kenyataan tentang menghasilkan filem yang memaparakan keburukan supaya memenagi anugerah, telah dinyatakan sevara lisan oleh David Teo (bukan akademik filem). Lihat ini.

Apakah dengan memburukkan (atau menunjukkan) sisi gelap kita, baharulah kita dapat berbangga dengan pengiktirafan antarabangsa ,seperti filem Taste of Cherry arahan Abbas Kiarostami (walaupun sinematografinya indah). Mengapa tidak, kan?

Bukankah kita sebenarnya seseorang itu lebih tertarik pada sesuatu yang buruk berbanding yang cantik. Contohnya, kita sedang duduk termenung di sebuah tasik dengan tenang dan sunyi, kemudian tenampak Megan Fox berjalan di depan.

Apakah cerita yang anda akan sampaikan kepada kawan anda tentang situasi itu?

Nanti.

Kemudian high heel gadis itu patah, dan secara anehnya, dia terjatuh ke dalam tasik.

Bagaimana? Mungkin peristiwa "jatuh" itu lebih ditekankan dan lebih mengesankan untuk diceritakan.

Berbalik pada menayang sisi-sisi gelap, semua suka akan hal ini. Ianya lebih kelihatan realis dan mempunyai kesamaan dengan kita (kebanyakan penonton filem bukanlah golongan atasan)

atau mungkin kerana definisi kebenaran, puji-pujian tentang kehebatan pada manusia zaman ini bersifat lebih artifisial dan kepura-puraan yang menjelekkan, oleh itu memaparkan sesuatu yang berlawanan adalah lebih indah dan segar.

update : lihat ini.

14 balasbalik:

    ada dua perkara yang menjalar dalam otak aku:

    1- keburukan itu satu keindahan. kau mesti ingat gambar dagu aku yang dulu, dari low angel.

    2- kau berjiwa filem, aku berjiwa kacau.

     

    maaf, walaupun saya belajar filem, tetapi sehingga kini saya terus beranggapan walau apa pun masalahnya berkaitan dengan filem, ia cuma satu teori yang diada-adakan kerana manusia ternampak. sama ada filem itu benar2 memaparkan isi cerita sebenar masyarakat atau tidak, produser atau pengarahnya yang masih untung mengira jumlah kutipan pawagam. saya setuju masyarakat kita memang gemar melihat sisi2 yang gelap, sebab masyarakat kita dah jemu hidup dalam terang yang penuh dengan pengajaran kesantunan. senang cakap, itu tak bole, ini tak bole, jangan itu jangan ini... oppssss.. jangan nanti ada yg marah...

     

    itu bergantung pada taste..

    laboh --> taste rendah

    megan fox --> taste tinggi

     

    nd,
    ouh..gambar tu....haha
    jiwa kacau lah yg membangkitkan jiwa filem aku...
    kalau jiwa aku tenang....tak ada blog...

    zura,
    haha...sama..sama..
    saya berasa kebaikan itu semacam pura-pura.

    muhsin,
    hahaha...(no komen)

     

    dan juga bila pelakon membawakan watak-watak OKU, mesti menang awardkan...

    ia bergantung kepada bagaimana penghamba seni itu mengindahkan yang buruk lantas memberi kesan mendalam pada penonton secara konsensus atau sekurang-kurangnya majoriti.

     

    sisi gelap seseorang ataupun sesebuah masyarakat itu sememangnya sesuatu yang indah untuk diperhati dan dimengerti...


    anda tahu sisi gelap diri anda? anda tahu sisi gelap kaum borjuis?
    anda tahu sisi gelap bangsa sendiri?


    untuk filem pula, terpulang lah bagaimana estetika seseorang itu bagi mencantikkan sesuatu yang sememangnya langsung tidak indah...


    jika tersalah langkah, tak tertahan menanggungnya...

     

    Salam,

    yang gelap itu kadang2 dapat memberi cahaya pada yang masih kekaburan.. Tak salah kalau ditonjolkan keburukkan supaya dapat diperbetulkan..betul tak?

    peace.

    ;-)

     
    On June 26, 2009 at 8:42 AM Anonymous said...

    kata hitam itu menawan.

     

    sisi gelap sama dengan kekasih gelap ke?

     

    aku cuba menggunakan baju baju yang gelap untuk menampakkan keindahan pada diri aku.

    kalau muhsin pakai gelap. lebih kacak .

    word verification : hampe <- wadahel!

     

    >>muhsinsenpai<<

    motif??

     

    yang bobrok itu mainan cerminan pada yang duduk selesa dalam pawagam. Bobrok: monster, tragedi, yang hodoh, miskin, dunia ketiga, hitler, lakonan Fasha Sanda.

    salam kenal :)

     

    Salam,

    Saya harap sisi gelap yang tuan maksudkan itu bukan bermakna unsur negatif yang disalurkan secara membuta tuli.

    Sisi gelap barangkali boleh saja tentang kemiskinan, kekurangan, kejahatan, kepincangan dalam hidup - tetapi yang gelap itu masih perlu ditonjolkan dengan perlambangan bahawa ia memang satu keburukan.

    Bukan sisi gelap yang ditonjolkan secara realistik sehingga tidak nampak bahawa pembikin filem melambangkan keburukan itu sebagai sesuatu yang perlu ditolak. Sebaliknya keburukan ditayangkan dengan sungguh real, sehingga kita terfikir, apakah ini filem manual menjadi jahat?

    Salam kenal juga.

     

    artisticlytouch,

    ya.. kamu perasan bukan...?
    tom hanks dalam forrest gump
    dustin hoffman dalam rain man

    serta watak gay sean penn dalam milk...

    ratna,

    ya..berhati-hati memilih subjek..kan..?

    aidi,

    salam,
    itulah yang sepatutnya dilihat...
    diperhati
    dan direnungi..

    aman.


    zurina,
    lagi-lagi bila kamu yang berkata...
    auww!

    muhsin,
    erm...tak..


    melodi,
    analogi kau menarik,
    walau kau pun tak tau sangat..
    haha

    fadz,
    salam kenal..haha..
    fasha sandha...!
    itu lah yang penonton dan pengarah suka...


    indrasakty,
    salam kenal
    ya..betul sekali pendapat anda..
    sisi gelap, tak bermakna kita perlu tunjukkan
    kisah di homoseks, porno, jalang dan sebagainya..
    yang entah apa-apa maksudnya.
    (sesekali terasa mereka mempromosi)

     

Blogger Templates by Blog Forum