Penulis perlu menulis

Saya berehat agak lama. Saya gusar menulis lewat hari-hari sebelum saya bercuti. Tapi tak bermakna saya berhenti langsung. Saya telah mencari ruang dalam diri untuk perbaiki. Namun, tanpa menulis, saya sukar ketemui ruang cacat itu. Jadi, saya cuba membaca lebih. Ternyata, bila banyak membaca tanpa menulis, fikiran semain berat.


Saya telah diterima untuk berkhidmat seketika di intitusi yang memartabatkan bahasa Melayu pada tahap tertinggi. Tanpa gaji. Mungkin ini akan menjadi titik tolak untuk saya mengerti tentang perjuangan.



Rutin harian yang barangkali sama mungkin akan menyesakkan saya. Saya pernah beranggapan bahawa kerja di pejabat akan menjadi menarik. Ternyata saya lebih gemar hidup ala bohemian. Ruang yang sama dengan entiti yang sama setiap hari. Akan tetapi kerja di sini, walaupun tidak lari dari skeptikal saya, ianya memberikan pengalaman menarik. Kerana saya telah memilih untuk menjadikan ia seperti mana saya inginkan.

Dan setiap kali waktu senggang (waktu makan) saya akan mencuri ke sini untuk bertemu dengan sesuatu yang saya tak sempat ketemu, kerana saya belum dilahirkan. Ianya tidak ada di tempat lain. Dan saya boleh mengakses ke dalam ini dengan lebih mudah. Tempat ini dinamai Pusat Dokumentasi Melayu. Saya cuba mengkaji budaya sebelum saya wujud. Indah.

p/s: waktu-waktu sukar saya....inilah..

9 balasbalik:

    Salam,
    Amer,
    Tanpa gaji - 'internship' kah?. Rajin kamu mempelajari sejarah. Bagus deh!

     

    meh la masuk unit sastera, Berita Harian.. (Dgn nada yg bongak)


    huhuhuhuhuhuhu......


    enjoy ur praktikal, ya amerzaman...

     

    Salam...

    Wah seronoklah Amir dapat pelung bekerja di sana. Bolehla kongsi dlm entri2 akan datang nanti tentang apa yg ditemui :)

     

    Salam,

    Penulis perlu menulis.
    Pembaca perlu membaca.

    singgah, tumpang lalu, Amer.

    :-)

     

    fusarium,
    alamak..pecah pula...
    ya..dan TANPA Elaun..

    ratna,
    jadi wartawan?
    kalaulah wartawan skang sama dengan zaman a samad ismail...no hal!

    haslina,
    ya..itulah tujuannya..

    aidi,
    ya..sila lalu...
    terima kasih kerana sudi ke kedai saya..

     
    On May 9, 2009 at 4:58 PM Anonymous said...

    selamat berpraktikal weh

    :)

     

    zurina,
    terima-lah kaseh

     

    omg omg omg.
    guess what photoshoot just i have covered? YES. apa yang aku bgtau ko ari tu...damnnnnn... mengeletaarrr

     

    oH, praktikal di DBP. WAh boleh tahan. Nanti kalau saya ke menara DBP, bolehlah berjumpa ya

     

Blogger Templates by Blog Forum