Kita anggap...namun...

Setahun yang lalu, di pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur, saya melihat sosok ini.



Ketika ketibaannya yang cuma bertopi hitam,berbaju merah mulai duduk di tempat yang tiba-tiba disediakan, saya berasa sedikit jengkel.

"Kini di booth PTS, kami ada sesi tandatangan dengan Andrea Hirata. Siri ketiga dari tetralogi Laskar Pelangi-Edensor baru sahaja dipasarkan. Anda boleh dapatinya di booth kami. Andrea Hirata juga sedang meyiapkan tetraloginya yang terakhir, Maryamah Karpov"
(baca: dengan penuh semangat seperti di kaki lima penjual ubat)

Saya tertanya-tanya,apakah penulis dari Indonesia ini begitu hebat sehingga layak dilayan sebegitu. Jika dilihat pada tentatif program itu, tidak pula ada slot penulis itu, yang sepatutnya adalah pelancaran buku Rahsia Bisnes Mamak oleh teman saya, saudara El-Maaniq.

Saya sempat mengomel kepada sahabat saya,Ratna.

"Best sangat ke mamat tu..novel nak banyak-banyak. Macam picisan. Huh..nak tiru Harry Potter la tu" (baca:skeptikal terhadap bangsa lain)

Kemudian kami berlalu dari situ, mencari kalau-kalau ada Faisal Tehrani.

****************

Setahun kemudian, di ruangan maya, ramai membicarakan tentang sebuah filem berjudul 'Laskar Pelangi'.
Di ruangan realiti, di mana apa yang dilihat biasanya bukan yang sebenar;
seorang lelaki separa kacak, Muhsin membawa-bawa sebuah buku berjudul Laskar Pelangi. Seperti biasa, buku yang dibawa ke mana-mana oleh seseorang menimbulkan syakwasangka dari saya. Belum sempat saya tanyakan, beliau menyuruh saya membacanya. Katanya mutakhir dan sering memberi penegasan terhadap kata-kata ini.

"Tiba-tiba aku malu mengagumi Ramlee Awang Murshid selepas baca buku ni"

Saya mula membacanya. Sampai mukasurat ke 10, saya sudah mengalami suatu rasa yang mengharukan. Saya jelajahi penulisan Andrea Hirata di mana-mana. Seperti mahu mengatakan

"Pandanglah masyarakat Malaysia! Pandanglah wahai orang yang menjadikan membaca gaya wawasan! Pandanglah buku yang aku baca, dan tanyakan menarikkah novel itu. Aku kuceritakan dengan penuh semangat. Akan kuceritakan kegeniusan Lintang serta kehebatan Mahar"

Menceritakan tentang kemiskinan takkan mampu melawan hasrat belajar, namun kemiskinan mampu menghalang dari berjaya. Ternyata tokoh ini adalah Melayu. Melayu dari kepulauan Belitong, Indonesia. Dan dia membuatkan saya membeli novel keduanya, Sang Pemimpi.

-----------
Kisah yang hampir sama ketika saya menonton Di Sebalik Tabir Ada Apa Dengan Cinta. Saya melihat sosok ini. Apakah jenis produser dia ini?


Rupanya dia adalah pengarah yang sempat membuatkan saya terharu, lewat filemnya Gie. terdapat dua kata-kata yang sukar saya lupakan;

"Politik itu lumpur,namun jika terpaksa,aku perlu terjun ke lumpur itu"
"Lebih baik diasingkan daripada berserah pada kemunafikan"

Dan tokoh ini telah manghasilkan karya dari karya tokoh atas yang lagi satu.

p/s: 1)orang yang selalunya kita pandang rendah pada mulanya, akan membuat kita mendongak kemudiaannya.

2) terima kasih saudara azmir atas penganjuran retrospektif riri reza.

15 balasbalik:

    first impression kadang kala menipu mata kita...

     

    sekali lagi muz, ini serius..

    jangan guna nama aku tanpa kebenaran..

     

    mega,
    selalu sangat...
    tentang sahabat2 aku kini juga begitu..

    muhsin,
    kau dah patenkan nama tu ke? selagi tak..aku bebas...

     
    On March 19, 2009 at 1:34 PM Anonymous said...

    Check us out: sarangsenipekik@blogspot.com Genrartion scorn 1000 years!

     
    On March 20, 2009 at 8:10 PM Anonymous said...

    oh, saya antara pengagum karyanya.

    Saya kagum bagaimana dia boleh menulis dan memasukkan input sains dalam karya sasteranya dan menjadikannya indah.

    kalau membaca karyanya kita akan lihat bagaimana dia mengejutkan kita dengan penceritaannya yang mengejutkan.

    Bila saya menulis, saya ingin menulis karya yang bermanfaat seperti dia

     

    kte cuma lihat, tp x terasa nk hampir dgn dia pun kn...



    tp sekarang, terasa rugi sbb x endahkan dia waktu di depan mata....

     

    aku dah baca. tapi aku agak kurang bersetuju dengan anda dan rakan anda yg bernama Mohs** itu...


    andrea hirata sememangnya seseorang yang wajar untuk dikagumi. tetapi karyanya itu tidak sesekali membuat aku malu mengagumi karya ramlee awang murshid, malah menjadi lebih bangga kerana ramlee bagi aku lebih berjaya jika hendak dibandingkan dengan andrea dari segi teknik penceritaan mahupun dari segi kepercayaan.



    kedua-dua penulis ini, sama. MELAYU. tp yang membezakannya adalah : andrea melayu di kepulauan indonesia manakala ramlee pula adalah melayu di malaysia yang mana ideologinya lebih hampir dengan kita.


    jadi, sudah tentu aku lebih memahami ramlee jika hendak dibandingkan dengan penulis sang pemimpi itu.


    namun tak aku nafikan bahawa beliau juga seorang pengkarya yang wajar dikagumi.

     

    amer, .. tumpang lalu..:-)

     
    On March 28, 2009 at 7:41 PM Anonymous said...

    lambt sgt ko knl karya AH. aku tak(belum) baca RAM so aku anggap AH TERbaik~

    aku mau jumpe die tp xde jodoh plak time tuh.agk rugi ko ngan ratna..isk

     

    baru kao tau....

     

    sayang la ratna kau mula dengan sang pemimpi..

    macam baca harry potter mula dengan prisoner of azkaban

    atau baca lotr mula dengan the two towers

    atau tengok star wars mula dari revenge of the sith

    atau tengok back of the future stat dari part III

    atau tengok Lost stat dari season 3

    atau dengar lagu amy lepas dia keluar search

    atau sokong man u sebab ada cristiano ronaldo...

     

    atau beli kereta baru belajar memandu

    atau menulis sebelum belajar mengeja

    atau kahwin sebelum bersunat

    atau sendawa sebelum makan

    atau hantar assignment sebelum dapat course outline

    atau bercerai sebelum berkenalan

     

    >>Muhsinsenpai<<

    apa pun, pada aku, dia tetap hanya AH jika hendak dibandingkan dgn RAM. nk tau knpe?


    sbb aku bkn mcm kau ataupun kebanyakan org yg sering punya mimpi ataupun angan-anagn utk menjadi seseorang di dalam hidupnya dan berjaya dengan bergelung-gelung izajah dlm pendidikan.

    aku hanya seseorang yang ingin kan angan-angan menjadi indah dalam setiap moment kehidupan aku supaya aku menjadi lebih bahagia setelah lama berada dalam kepompong lara.


    jadi, cerita-cerita AH walaupun berat dan mungkin hebat, aku tetap tidak berapa menyukainya.


    p/s: agak beremosi, tp dlm kritikan, x ade siapa yg betul dan x ada siapa yg salah kn. setiap org berhak melontarkan pndapt. jadi muhsin, anda boleh katakan apa saja...

     

    kadang2 kita lambat menetahui karya agung itu kerana kita sudah terbiasa dengan budaya popular. Setelah karya itu diankat baru kita mahu menjunjungnya. Itu perkara normal dan lumrah bagi manusia biasa yang dalam proses mencari luar biasanya...cuma kadang kala kita sukar untuk menerimanya :)

     

    Salam.

    Baru baca karya AH setengah jalan. Rasanya sedap sekali. Tak sabaq nak habiskannya.

    Belum pernah baca karya RAM. Akan cuba nanti.

    Asik2 baca karya daripada penulis yang sama. Sekali sekala cuba lah baca karya penulis yang lain pulak.

    Tak rugi. Luaskan lagi pemikiran kita.

     

Blogger Templates by Blog Forum