bila bikin filem



Itu adalah lirik lagu Bikin Filem hasil Nasir Jani dan M.Nasir. Filem Kembara Seniman Jalanan banyak memberi inspirasi dalam hidup dan karya saya. Filem Nasir Jani ini betul-betul avant garde dan magnum opus; bagi saya.

Lewat kebelakangan ini, menonton filem semakin kurang meninggalkan katarsis bagi saya. Terutamanya filem Melayu. Seingat saya filem Budak Kelantan adalah filem Melayu terakhir yang mampu menterjemahkan kebenaran yang saya atau kita perlu tau.

Membikin filem,adalah perkara yang sukar, jika kita adalah pemerhati yang ruwet. Mempunyai idea yang bagus, kru yang hebat, filem yang dihasilkan boleh saja mengagumkan. Khalayak akan terpegun, filem akan dipuji, nama akan tertempa naik.

Namun apa akan jadi pada khalayak yang tadi menonton dan kemudiaannya keluar dari panggung.

NOTHING

Filem bukan saja karya seni yang sepatutnya, malah lebih dari itu. Ianya tentang menceritakan kebenaran, sebab dan akibat atau apa saja yang mampu membuatkan penonton terfikir untuk menganjakkan diri. Mungkin contoh yang semua tahu, filem Ayat-Ayat Cinta. Kebanyakkan dari kita mula mencari novel filem itu selepas menonton filemnya.

Maka, untuk membikin filem yang hebat,sehebat yang kalian fikir, mesti mempunyai
idea yang baik
kru yang hebat
prinsip diri sebagai pengarah

dan yang paling sukar adalah,

MAGIS

11 balasbalik:

    sy tgk filem ayat2 cinta dlu.
    bru bace novel

    both are fantastic

    *tp, kalau x bace novel, sy kurg paham filem die.

     

    magis!

    sukar nak buat!

    i saw few yang ada magis...

    they're beautiful!
    terkesan di jiwa dan minda

     

    masih belum berkesempatan untuk menonton budak kelantan...

    tidak sabar untuk Upin &Ipin

    filem terakhir yang terkesan pada saya ialah....hmmmm...Mukhsin

     

    i love tricky!

    :)

    p/s: teringin nak hasilkan movie comical+serius = contras!

    :P

     

    emy,
    kira ok la tu...
    memang novelnya lagi menusuk kan..?

    one love,
    ya...
    pada saya antara yang mempunyai magis yang hebat,
    filem cinema paradiso...

    artisticlytouch,
    tak apa..
    dvd sudah keluar...
    upin dan ipin..harus..

    mastkus,
    comical serius..
    macam filem hot fuzz?

     
    On February 7, 2009 at 3:04 AM Anonymous said...

    Sukar nak menemui magis dalam filem melayu walaupun bukan satu benda yang mustahil..

    banyak filem tidak melukis kebenaran..
    filem yang hanya menghibur tetapi isinya kosong, kajian tidak dibuat secukupnya..

    bagusnya kalau filem malaysia ini menghiburkan dan ada pengisian

     

    ak magis panggil harry potter..

    expeliarmus..

    hahahah

     

    ramai bunga muz

    yang kat sarawak bagi sket

     

    pada aku benda yang paling sukar dicari untuk bikin filem adalah budget..

    budget itu realiti..

     

    hady jupaz,
    harry potter je?
    hermione??

    muhammadND,
    ala...
    belum tentu lagi...

    muhsin,
    bajet?
    haha,
    filem el mariachi oleh robert rodriguez dihasilkan dengan USD20,000
    filem my indie rock darlin oleh razaisyam dihasilkan dengan RM30,00
    kau bandingkan...

     

    ya, dia/mereka ada USD20k atau rm30k. Aku? rm10 yang baru tadi aku habiskan nyanyi lagu ungu dan anuar zain.

    Jangankan bikin filem, beli filem kat kedai gambar pun tak lepas..

     

Blogger Templates by Blog Forum