Jiwa Terbelah 100

Ini entri ke SE-ratus.

makanya, ia entri yang istimewa. Sekurang-kurangnya bagi saya.

Siapa sangka,jika kita seorang yang versatile,multi-purpose person ataupun mempunyai minat dalam banyak cabang, semakin sukar untuk memilih. Minat asas saya cuma satu, ingin berjaya. Namun kera tercampak dalam bidang seni, saya terpaksa mengikut arus...mungkin buat seketika.

Minat terhadap bidang persuratan, membuatkan saya kepingin menjadi penulis terkenal. Namun cabang penulisan yang luas membuatkan membuat pilihan itu sesuatu yang perlu diteliti dengan begitu rinci sekali.

Aku suka puisi
mampukah aku, Usman Awang?
Aku suka memerhati
mampukah aku Pak Samad?
Aku suka puitis
mampukah aku Rosli Khamis?
Aku suka filem
mampukah aku,Nasir Jani?
Aku suka masak,
mampukah aku,Jamie Oliver?
Aku suka blog,
mampukah aku, Geng Jurnal?
Aku suka foto,
mampukah aku Candid Syndrome?
Aku suka kritik,
mampukah aku, Ku Seman?
Aku suka novel,
mampukah,aku Ramlee?
Aku suka berontak,berkelana,bersosial,
mampukah aku Bro Isham?
Aku suka melodi,berfalsafah,berfikir
mampukah aku,sifu?

Jika semua aku mampu,
apakah yang terbaik itu akan
berbicara denganku
dan berkata
"Kau bukanlah terhebat
namun kau terbaik dalam apa yang kaubuat"

Saya sukar membuat pilihan,kerana biasanya pilihan memilih saya.
Ini entri ke-100. Terima kasih kerana menyokong saya. terutama yang namanya sentiasa melekat di blog ini.

p/s: skrip pertama kau yang telah ditelefilemkan tahun lalu,akan ditayangkan sekali lagi, dibawah slot yang terbaik dari rtm", kata ibu. Kami ketawa. Begitu juga teman-teman.

17 balasbalik:

    u will always be u!

    I am!

    So, gud luck kawan!

     

    hodron polojoj.

    ojoj korod dotok sonropo.

    kau memang terbaik.

    tapi tak mcm shah. wrongless

     

    bagi aku, ko budak lelaki comel yang boleh digeruni.

    :)

     
    On January 22, 2009 at 3:41 PM Anonymous said...

    nice blog,,,
    dalam beberapa waktu, saya juga suka akan puisi.

    salam kenal dr Indonesia

     
    On January 23, 2009 at 1:21 AM Anonymous said...

    wah, sudah entri yang ke100..
    saya lagi beberapa entri lagi mahu mengggapai yang ke100

    tahniah..
    tidak mengapa..
    biar pilihan menemui anda.

     

    John melawi : itu la, byk sgt makan megi dgn sandwish sardin. errorless la . bukan wrongless suka2 kau je . aku sebat kau dkat umah tu kang.

    One love : i love u too

    Mega: Mega mendung di angkasaa.. (nyanyi dengan nada yang tepat)

    Muz : semakin pemes. macam beethoven. tapi lum sampai tahap tu, mungkin kalau dah tiada nnti. ada la gambar kau dkat muzium johor, tapi biar aku yang tangkap potrait tu. bole jual.

     

    This comment has been removed by the author.

     

    one love,
    haha..mungkin...
    terima kaseh...
    projek kebajikan tu..macam mana?

    john,
    haha...
    walaupun kau mengarut..aku faham..

    mega,
    gerun dengan aku?
    haha....

    tan,
    termia kasih...
    salam kenal....
    saling berkunjung nanti ya...

    ainunl,
    salam..
    tak apa..
    yang penting bukan kuantiti,
    tapi kualitinya..bukan?
    terima kaseh...

    saya harap begitu..

    melodi aku,
    hey..lawan tokey kedai nampak?
    aku takderlah femes mana...
    tak sehebat kau dalam bidang seni ni...

    heh.

     

    tunggu kamu amek gamba saya mcm kamu janji dlu

     

    hidup ni banyak kotak, tapi nak buka semua kotak, belum tentu termampu lagi.

    jadi, buka mana yang sempat sahaja

    :)

     

    tetap sokong dan setia menelusuri setiap karya di sini walaupun tiada dalam senarai...

    ~0^_^0~

     
    On January 30, 2009 at 6:01 PM Anonymous said...

    hey....u promised me to give me dat cd..
    so i cn watch dat telefilm rite?
    wondering...when will u give me

    :P

    -emy-(saje malas nk log on)

     

    emy,
    saya segan...

    perfect melancholy,
    ya..betul..

    mas,
    sayang ea...kalau salah buka...

    mapieceofart,
    terima.....kaseh

    emy,
    ni lagi segan....
    tgk la nanti...

     

    segan ape nyeeeeeeeeeee


    choyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

     

    emy,
    ala..drama tu tak bes mana..

     

    x pe la x best pon
    at least i cn laugh out loud or maybe..i can fell asleep
    nk tgk la hasil karya sahabat
    x bole ke?

     

    okay..

    okay...

    boleh...

    tunggu masa dan hari ya..

     

Blogger Templates by Blog Forum