minggu yang pantas

1
minggu ini bermula pada sabtu,dengan perjumpaan bekas rakan sekolah. setelah berpisah hampir 8 tahun, kami bertemu kembali. bersama guru. di tempat perjuangan yang sama. kami mengutip sejarah yang kami tinggalkan di mana-mana sahaja. rata-rata sudah mempunyai kehidupan.

mereka rakan sekolah rendah. rakan sekolah rendah lebih neutral.
oh ya...saya menyampaikan puisi pada hari itu.

2
siapa sangka, kita akan kembali kepada akar kita. 5 tahun dulu, siapa sangka ikan keli, cacing dan lintah yang sering dijadikan bahan utama nenek moyang kita suatu masa dahulu adalah sumber keuntungan. ironinya kita sering mencerca dari menyokong apa-apa usaha teman kita.

saya pada hari ahad lalu telah menjadi salah seorang urusetia Kursus Asas Ternakan dan Bicara Usahawan Berjaya.

Sebagai jurukamera dan katerer.
Oh ya... saya tak sempat mandi hari itu.

3
pada 25 hb, ada perjumpaan keturunan Kitam di Johor Bahru. Saya melalui susur galur Lebai Ali, secara langsung akan terlibat pada hari itu.


untuk persembahan Nasyid serta jurukamera.

Oh ya, saya tak sertainya.

4
Menonton Histeria oleh James Lee, mengembalikan semula roh saya untuk menonton filem seram tempatan. Plot dan alasan yang menarik. Mungkin lebih hebat dari Nightmares in Elm Street.

Oh ya, sebenarnya lagi hebat.

p/s : siapa kata polis suka saman orang????

6 balasbalik:

    polis tidak suka saman orang...tidak...tidak sekali-kali sebab itu mereka sebut jumlah saman pada kamu..supaya kamu sedar....berapa nilai saman dan berapa murahnya...nilai suapan

     

    ye ke x suke saman?
    bgus la kalau begitu
    saya speeding lately
    hahahaha

     

    histeria bagus eh?
    mau tonton tapi teman tonton sy penakut...
    :p

     

    histeria lagi best??? ish.. must watch ni...

    and polis x suka saman...???

    ye that ada polis tak saman saya, but dia mintak no telefon... lagi hampeh

     

    bgus subjek ni..mcm dlm skrip CURI aku..ahaks!

     

    artisticlytouch,
    haha..ironi kan...
    nasib baik pandai buat bodoh...

    emy,
    tu polis biasa..bukan polis trafik..

    Mega,
    betul. best. meh saya teman.
    belanja ar..saya janji diam dan tak cerita apa-apa.

    kawaii,
    lagi best..sesuai la dengan kita.
    polis mintak no phone?
    fuiyo..so, apa perkembangan skang?

    aliff,
    ouhu..aku ingat..aku baca..

     

Blogger Templates by Blog Forum