wanita,perempuan,gadis

Pada zaman kuno ada satu tamadun yang dipanggail Tamadun Rom. Tamadun ini adalah salah satu tamadun yang terunggul di bumi pada ketika itu. Namun kekukuhan tamadun ini mula goyah, kerana wanita bernama Helen. Di Amerika Syarikat tidak lama dahulu, skandal antara Clinton dan Monica telah menjadikan rakyatnya hilang kepercayaan terhadapnya. Ini adalah contoh bagaimana wanita boleh begitu menjatuhkan kerajaan ataupun individu. Saya seorang lelaki. Sejak akhir-akhir ini saya membuat keputusan untuk tidak bercinta. Bukan kerana saya ini tidak kacak. Tetapi saya rasa saya tidak mahu. Cuba lihat,suasana politik di dalam negara kita, kerana seorang wanita berasal dari Mongolia, kita tak bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang. Ini bukan punca, tapi ini penggerak.

Saya punya ramai teman. Dan teman saya itu mempunyai teman-teman masing-masing. Saya kadangkala simpati dengan teman yang terpaksa menambah ruang komitmen untuk temannya. Makan bersama, main bersama dan belajar bersama (macam lagu 3 Sekawan). Tidak seperti saya. Mungkin saya mudah bosan dengan entiti selain daripada diri saya. Jadi kebanyakkan masa dilakukan dengan bersendiri. Saya tak kisah makan bersindiri, tonton wayang sendiri dan membaca seorang diri. Jadi satu-satunya manusia yang saya tak pernah bosan,adalah diri saya. Ini sebab saya hidup hingga kini.

Ketika sekolah dahulu, saya mempunyai sahabat. Kini saya masih memiliki sahabat itu, namun kami tak lagi seperti dahulu. Jika sempat sekalipun, ianya tidak sama seperti dahulu. Saya terima berdasarkan prinsip saya tentang manusia-people always change. Masa untuk saya habiskan dengannya,dikawal sepenuhnya oleh teman wanitanya. Ini adalah hujah untuk melihat perkara baik dalam sesuatu yang kurang keindahannya.

Saya pernah bertikam lidah dengan seorang gadis. Saya mulakan dengan agak perlahan. Hujah saya, banyak kerajaan roboh ataupun goyah kerana seorang wanita. Ataupun intergriti seorang lelaki jatuh adalah kerana wanita. Dia mati-matian menolak hujah saya. Saya cakap berdasarkan fakta. Lihat kota Troy. Lihat kitab Mahabharata. Lihat kisah Syeikh San'an dalam Kitab Mantiq-at Thair. Ataupun,sila baca novel dari Novelis Thriller Malaysia No Uno- Ramlee Awang Murshid. Atau mungkin gadis ini lupa tentang kisah cinta agung Puteri Gunung Ledang dengan Hang Tuah. Namun gadis ini seboleh-boleh menafikannya. Tanpa hujah. Gadis ini semakin teransang untuk bertikam lidah dengan saya. Mungkin adrenalin femininnya mencurah-curah bagai idea Yasmin Ahmad. Jadi untuk mengelakkan saya dijerit oleh seorang gadis yang cuba menafikan tanpa bukti, saya jawab...
" Tak semua wanita begitu. Siti Khadijah adalah sumber kekuatan Muhammad S.A.W untuk menebarkan Islam."

p/s: mae muki ni ikite iku

18 balasbalik:

    Selangkah ke arah shah?

     

    betullah muzz...
    TANYA = kenapa saya suka diri saya?
    sebab tiada siapa lagi setakat ini yang mampu dan suka menjadi seperti saya sebagaimana saya suka menjadi diri saya... huhu...

    owhh... anda diTAG...! +P

     

    muhsin,
    selangkah ke belakang..

    mapieceof art,
    jwb kat sini je la ea..
    1)MUZ
    2)MAMA
    3)AMIER
    4)RAUDHAH
    5)..sama seperti anda?

     

    gadis...perempuan..wanita..merekalah yang boleh merobohkan sesebuah negara,seorang lelaki,dan satu prinsip..mereka juga lah racun-racun yang disemburkan..dan duri-duri yang melukakan..
    Soalan..Kenapa saya tak pernah kenal diri saya?

     

    alah muzz... TAG anda tak dijawab lengkap... sume ade 28 soalan... sila lihat...

    ya... mmg agak pjg.. so take ur time yah...

    + lawa design pen dan rendang =) +

     
    On September 10, 2008 at 12:05 PM Anonymous said...

    saya agak setuju dengan entri ini biarpun tidak seratus peratus.

    lelaki apabila dikalahkan oleh cinta segalanya menjadi serba tidak kena. dan kita lihat betapa banyak kerajaan jatuh disebabkan oleh perempuan. terlalu banyak.

    tetapi disebabkan saya masih berjiwa feminis, lalu saya kata "Lelaki kan pemimpin, bisa mengawal apa yang difikir"

    wah~

     

    tak mahu bercinta kerr.. ko takot nk bercinta?
    org yg takot bercinta ini adalh org yg takot mengharungi dugaan dlm p'cintaan..
    xpayahla nak samakan dgn wanita politik turr..

     

    madu ditangan kananmu,racun ditangan kirimu.
    haha

     

    behind the success of a man= a woman

     

    This comment has been removed by the author.

     

    bagi aku lelaki itu penuh ego..jika berlaku sesuatu dan wanita ada disampingnya wanita itu mahu disalahkannya. Sedangkan seorang lelaki telah diberi kelebihan oleh Allah dan telah diberi kuasa memimpin kaum yang lemah iaitu wanita. Tapi yang berlaku sebaliknya dibiarkan wanita itu hanyut dan hancur akhirnya apabila wanita tersebut sudah sebati dgn kerja kotor dijiwanya dislahkan pula wanita itu jika sesuatu terjadi kepada dirinya.

    Hamka pernah berkata 'baik buruk seorang wanita itu terletak ditangan lelaki'. Ada juga surah yang menyatakan 'wanita yang baik untuk laki2 yang baik dan wanita yang jahat untuk laki2 yang jahat' nah terbukti disitu jika berlaku sesuatu musibah terhadap lelaki itu yang ada kaitannya dgn perempuan maka jangan disalahkan kaum yang lemah itu seratus peratus. Harus dilihat pula pada lelaki yang punah hidupnya itu yang katanya angkara wanita. Lihat dari dua sudut sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha Adil. Dijadikan kaum Hawa itu sebagai kaum yang lemah tetapi dijadikan pula kaum Adam sebagai pembela nasib si Hawa.

    Ini hanya sebuah penulisan dan pandangan yang tidak menuntut apa2. sekadar berkongsi pendapat di ruang maya.

     

    ya. aku akui apa yang anda katakan itu benar belaka dari sudut pandangan anda. wanita,perempuan, mahupun gadis bisa saja meroboh kekentalan seorang laki-laki. tapi aku juga terfikir-fikir tentang cerita teman-temanmu yang bagaikan dikawal oleh teman wanita mereka itu. adakah benar ini salah wanita? ya. aku perempuan, jd langsung saja aku kurang sependapat dengan anda kaum laki-laki.


    pada pandangan aku, jika hal-hal yang kamu sebutkan itu terjadi, maka ternyatalah kaum laki-laki yang menjadi temanmu itu lemah dan lembik. aku juga punya beberapa orang teman yang sedang bercinta dan di cinta. mereka sering bersama sehinggakan aku juga naik rimas melihatnya. aku jadi hairan. apa mereka-mereka ini tidak rimas?


    jika aku, aku mudah bosan jika terlalu asyik berdampingan. aku juga benci jika terlalu di ambil berat. bagi aku itu satu kongkongan. tapi itu jika aku. intinya, sekarang ini bukan kisah mengenai aku. tapi mengenai mereka-mereka yang ada akal tapi menjadi bodoh dalam percintaan.


    bagi aku, lelaki yang menurut segala kehendak kekasihnya sehingga melakukan perkara-perkara di luar normal seorang lelaki adalah lelaki yang tersangat lemah dan dungu. ini bukan zaman romeo & juliet untuk beromantis-mantisan. ini juga bukan zaman qaisy & laila untuk bermati-matian.


    ini zaman kita. zaman pasca merdeka. jangan jadikan bangsa kita seperti bangsa yang lain. jangan jatuhkan martabat budaya bangsa dengan menyanjung budaya yang bukan milik kita.


    wahai kaum laki-laki yang lemah dengan godaan wanita, sedarlah kamu bahawa kamu inilah insan yang paling lemah, lembik, dan dungu sekali. ketahuilah kebenarannya.


    aku berkata begini kerana aku juga punyai pendapat. walaupun aku juga benci melihat wanita-wanita yang menundukkan kaum laki-laki, tetapi aku lagi benci melihat kaum laki-laki yang tunduk kerana wanita!


    ini semua kerana satu sebab sahaja : kerana aku perempuan....





    amer.... hati yang telah kecewa itu kadangkala lebih ampuh daripada batu-batuan. harap-harap anda tidak begitu.

     

    princess,
    mungkin anda tak pernah cermin diri?
    tak apa..masih belum terlambat..

    mapieceofart,
    banyaknya?
    haha...tu simple jer.

    ainunl,
    ya..tapi lelaki juga tetap manusia biasa..
    dan selain tanpa wanita,lelaki akan rebah,
    lelaki juga kan tabah jika bersama wanita,

    misslara,
    takot bercinta...??!
    haha..lawak kau ni..
    tak pernah bercinta mana boleh jadi orang seni...
    aku tak samakan la...
    ini namanya karma..

    butaseni,
    .....aku tak tahu mana yang akan kau berikan pada ku....

    haha

    kawaii,
    woman was the first thing that men need

    hajar,
    nabi yusuf a.s dimasukkan ke penjara kerana fitnah zulaikha...
    namun ada hikmah di situ..
    namun, sekarang ini cuba anda cari perempuan yang gaya hidupnya sosial,
    dan beritahunya, ada seorang lelaki alim di sebuah desa yang hidup bertaqwa ingin membimbingnya ke jalan yang benar...
    apa jawabnya?

     

    ratna,
    dalam hal itu saya tak salahkan wanita,
    wanita hanya penggerak,salahnya tetap orang yang melakukan kesalahan.
    ya, sejak akhir-akhir ini saya perasan bahawa hati saya semakin menjadi batu.
    dan saya semakin tahu cara mengawalnya..

     

    saya suke blog kamu yang ini. =)

     
    On September 15, 2008 at 1:34 AM Anonymous said...

    wah tahu benar kamu pasal gadis.

    macammana dengan naluri seorang wanita?

    ada pernah temui jawabnya?
    walau sekali?

     

    You said,
    nabi yusuf a.s dimasukkan ke penjara kerana fitnah zulaikha...
    namun ada hikmah di situ..
    namun, sekarang ini cuba anda cari perempuan yang gaya hidupnya sosial,
    dan beritahunya, ada seorang lelaki alim di sebuah desa yang hidup bertaqwa ingin membimbingnya ke jalan yang benar...
    apa jawabnya?

    Hajar said,
    Wanita itu lemah sifatnya mudah sahaja nafsunya bergelora. Itu lumrah. Zulaikha mungkin seorang perempuan yang baik cuma dia tidak tertahan nafsunya. Nabi Yusuf insan terpelihara maka Zulaikha bukanlah untuknya. Di sini Zulaikha akan dipandang sebagai wanita yang jahat kerana tidak dapat menahan dirinya dan cuba memerangkap Nabi Yusuf. Tapi kejadian ini juga telah memberi pengajaran buatnya. Kadang2 Tuhan itu sengaja menemukan kita dgn orang yang salah sebelum dia menemukan kita dgn orang yang sebenarnya buat kita. Dalam kontek ini Zulaikha telah dipertemukan dgn orang yang bukan buat dirinya iaitu Nabi Yusuf sebelum dia menemui kebenarannya.

    Kisah tentang gadis sosial bersama lelaki alim. Ia tidak boleh berlaku sekadar bertanya. Wanita itu haruslah didampingi oleh lelaki itu dgn cara yang halus iaitu dgn cara wanita tersebut tidak akan rasa terkejut ataupun kurang selesa dgn kehadiran orang alim itu. Jika dia bijak mengatur langkah dan ucapannya maka dalam hal ini dia mungkin mampu membawa wanita tersebut. Hati wanita ibarat si kerak nasi direndam air lembutlah ia. Kadang2 kita juga mungkin pernah mengalami situasi dimana orang yang kita nasihat itu tidak mahu mendengar nasihat kita. Kenapa? ini kerana cara penyampaian yang tidak kena dgn sipenerima nasihat atau si pempberi nasihat juga tidaklah ikhlas dalam memberi nasihat tersebut dan ikhlas itu tidak boleh dibuat2. Secara amnya ia bolehlah disamakan seperti penyampaian iklah di TV jika cara penyampaian iklan itu tidak kena maka tidak ada penonton memahaminya atau yang faham tersalah tafsir.

    Semoga ketemu wanita yang sebenarnya dan HAK buat kamu =)

     

    dibelakang kejayaan lelaki ialah wanita.
    dibelakang kegagalan lelaki juga adalah wanita

     

Blogger Templates by Blog Forum