sandiwara ahad.

semalam, sebelum pulang ke johor bahru.

aku mahu larikan diri dari alam realiti. aku celaru dengan benda sepatutnya tak aku celaru.
sandiwara yang mana satu aku perlu percaya?

aku mengambil langkah berani dengan menonton The Dark Knight kali kedua. Dengan harapan, aku dapat jalan untuk menyelamatkan negara.
filem adiwira yang membuahkan rasa simpati terhadap kebaikan sebenar.

joker: aku adalah objek yang tak boleh dihalang. dan kau objek yang takkan berubah. kita ditakdirkan bersama.
batman: sama ada mati sebagai wira, ataupun hidup menderita lebih lama dengan ketakjujuran..

makna wira sebenar, semakin aku faham dengan filem ini.
wira sebenar memberi tanpa meminta
sentiasa menjaga dengan memerhati dari sudut paling gelap.
dan ianya sentiasa diperlukan tanpa kita inginkan.

aku faham. belajar dari filem hollywood lebih memberi kesan ke dalam jiwa dari membaca tajuk utama akhbar ahad. sekurang-kurangnya aku tahu, joker punya gaya yang hebat, tapi batman adalah wira yang mengkagumkan.

p/s: aku masih begini

16 balasbalik:

    Penin pala. Baik tak yah baca paper ya. Tapi kena amik tau jugak.
    Mana nak cari pemimpin yang berjiwa rakyat? Pemimpin yang makan jiwa rakyat adalah. Tak nampak dng mata kasar . Suka dia bagi kita keliru.
    Asal kita tahu kita di jalan yang benar. Tuhan itu ada.

     

    aku pernah berdepan dengan seorg makhluk tuhan yang bersumpah di atas ALQURAN dan menggunakan konsep laknat ini untuk membuktikan dia tidak mencuri. tapi akhirnya terbukti dia memang mencuri.

    emm...

    dunia dah nak kiamat

     
    On August 22, 2008 at 8:20 AM Anonymous said...

    singgah sebentar...

    apa khabar kamu?

     
    On August 24, 2008 at 3:13 PM Anonymous said...

    semiotiknya dunia.
    simboliknya entri kalini dengan dunia.

     

    aku juga ingin berbicara berbunga-bunga.


    tapi sayang di mulut aku tidak ada bunga-bunga itu.


    *bunga ada di atas aku. bila mau ambil??

     

    lumpur itu kotor...
    kata itu dusta...
    dunia penuh dengan noda...
    asam garam dunia...

     

    wnorhaslina
    ...wartawan sekarang...tak macam wartawan dulu..
    kadang-kadang kita yang bercakap jujur ni lah yang dipersalahkan..
    tapi, kebenaran mesti terus ditegakkan bukan?

    mastikus,
    biasalah....tak nampak jenis hukuman lagi kan..

    perfect melancholy,
    baik...
    kamu ni....
    macam.......
    pernah dengar lagu
    'siapa gerangan dirinya' dendangan padi?

    coffeeholic,
    dunia memang penuh dengan tanda dan makna.
    memang dicipta sebegitu.
    kerana itu wujudnya simbol.
    dan apa yang simboliknya pada kamu?

    john,
    ah..kamu..
    bunga kamu tetap ada..
    bukan di mulut,tapi di sisi..
    bunga di atas?
    mungkin besok?
    siapa tahu.....

    wan,
    politik memang lumpur,
    tapi jika terpaksa,
    demi kebenaran,
    sanggupkah kau terpalit lumpur untuk sejagat??

     
    On August 27, 2008 at 3:12 AM Anonymous said...

    Aku sayapnya... tambatan hatinya
    Yang mengilhami tiap langkah hidupnya
    Begitu adanya... dalam goresan pena
    Ia suratkan berkala untukku
    Tak sekalipun kujumpai dia

    Tak pernah berhenti mencintaiku
    Seluruh jiwa raga meskipun samar
    Siapakah gerangan dirinya

    Aku nafasnya mungkin pula nadinya
    Kan menjaga denyut jiwanya
    Berartinya aku dimata hatinya
    T’lah meniupkan cinta sejatinya
    Sungguh enggan ia merelakan aku

    p.s. lagu ini kah? hehe :)

     

    anwar menang

     

    Anwar meliwat!!

     
    On August 28, 2008 at 4:00 PM Anonymous said...

    tak ada apalah lah,
    mungkin masa tu aku terlalu hingar dengan isu ini.
    pergi mana-mana pun orang cakap pasal ni;
    tak habis2.

     

    john dan amer...
    berbicara bunga2...
    hurm...

    aku dan kopi...
    berbicara jiwa2...
    hurm...

    mari kita berbahasa sebaiknya... =)

    + aku faham..tapi tak perlulah... +

     

    jika aku wartawan, aku pertikaikn begini: kau kan muda dari die. kau patotnye bole tendang je punggung die waktu die berkeinginan punggung kau. pondanlah kau! skang nak hegeh2 dakwa die.

    ah, aku cuma rakyat: asam garam kehidupan manusia, biasalah....

     

    pensel wartawan bengkok kerana di paksa ntok bengkok.

    dunia semakin bongkok & manusia terus-terusan mahu bongok!

     

    entah apalah MALAYSIA 20 tahun akan datang....

    aku cuma berharap agar keturunan aku tahu erti MERDEKA yang sebenar dan tidak meneruskan perjuangan dalam ruang politik yang bagi aku amat menakutkan dan sempit...

     

    Setuju kata-kata ungu!!

    Kalau aku kata pak agi liwat aku ingat ada orang nak percaya?

    p/s: usia aku = saiful, usia pak agi = anwar +- 5 tahun

     

Blogger Templates by Blog Forum