BICARA POHON TUA PADA SUATU SENJA

mari kita rehatkan minda seketika. Tak perlu bicara hal serius. Otak akan penat. Perhatikan gambar di bawah. Dan hayati kisah yang ku ingin kongsi bersama kalian.


i

Kedengaran bunyi enjin jentera-jentera di kota semakin rancak. Jalanraya bertambah sibuk dan sesak. Matahari siang mula merangkak-rangkak meninggalkan tanah di sini. Waktu khidmatnya sudah tamat. Kini syif diganti dengan bulan. Waktu peredaran masa inilah hal ini terjadi kepadaku. Biarkan kuceritakan dengan gayaku tersendiri.

ii

Semua ini bermula tika aku baru pulang dari bekerja. Kulalui sebuah jalan di pinggir kota itu. Jalan yang sunyi. jalan yang jarang dilalui. jalan yang layaknya untuk meletak barang-barang yang tak digunakan. Kerana di sinilah pihak DBKL meletakkan kereta-kereta buruk yang tersadai di tepi jalan di kota. Boleh dikatakan jalan ini adalah tong sampah bagi sebuah kota besar.

Aku terdengar suara mendayu-dayu. Kemudian teresak-esak. Kulihat kebelakang. Tiada sesiapa pun. Ku melangkah deras. Aneh. Suara itu semakin mendekat. Aku terdiam. Aku bukanlah berani. Sepatutnya aku berasa seram. Sepatutnya bulu roma aku meremang. Namun tidak kali ini. Aku seperti bersimpati terhadap suara itu.

"Anak..aku disini"

Suara itu sepertinya menujukan kepadaku. Aku menoleh. Ku dongak ke atas. Mataku melilau mencari arah suara itu. Tiada apa-apa.

"Di sini. Aku di hadapanmu"

Suara itu mula berhenti menangis. Namun nadanya tetap saja sayu.

"Buka matamu.Buka Hatimu"

Suara itu menyambung. Aku menoleh ke belakang. Dibalik semak-semak kelihatan sepohon pokok tua bergoyang-goyang. Benarkah apa yang kulihat. Dan anehnya, aku tak berasa seram melihat kejadian ini. Pohon ini besar saiznya. Batangnya bersaiz 1 pemeluk orang dewasa. Tinggi. Aku tak sempat mengukurnya. Dan yang kelihatan,hanya ranting-ranting tanpa daun.

Aku memberanikan diri.

"Kau panggil aku?"

Pohon tu tak menjawab. Rantingnya mengeluarkan bunyi ketika ditiup angin senja.

"Kenapa kau menangis pohon tua?"

Pohon itu terus berdiam. Aku perhatikan bentuknya. Rantinya yang tak berdaun menyebakkanku. Namun di batangnya,terdapat daun-daun hijau melilit. Tumbuhan parasit barangkali. Kulihat langit. Langit berhenti bergerak.

Tiba-tiba masa terhenti.

"Masaku tak lama lagi. Jadi dengarlah kisahku dan kau ceritakanlah kepada orang tentang aku"

iii

Aku dulu adalah sebatang pokok. Aku tak tahu bagaimana aku boleh terlahir disini. Ya...60 tahun lalu. Suasana di sini mendamaikan. Aku kelihatannya sangat membantu penduduk di kampung ini. Kampung Pohon Teduh. Inilah nama asal tempat ini. Bersempena dengan aku.

Ketika aku gagah dan muda, daunku merimbun. Aku dijadikan tempat perteduhan yang amat baik. Pada waktu pagi, burung-burung berkumpul di dahankau. Mengadakan mesyuarat. Ya. Tapi aku tak berapa faham bahasa burung. Namun kicauannya mendamaikan hati. Anak-anak gadi dirumah berhampiranku akan melayangkan perasaanya ke arahku,pabila mereka membuka jendela pada waktu pagi. Ketika matahari melunsur ke atas, golongan pekerja akan berehat dibawahku. Sementara menunggu waktu makan tengahari. Ada juga yang membawa bekalan dan makan beramai-ramai di bawahku.

Pada waktu petang, anak-anak lelaki akan bermain guli,gasing,getah dan selipar di bawah aku. Ya..permainan ini bermusim. Dan anak-anak perempuan pula bermain batu seremban, masak-masak dan kahwin-kahwin. Daun aku sering dijadikan menu masakan. Ketika matahari senja merangkak pergi, mereka akan meninggalkanku. Aku tahu besok mereka akan kembali. Waktu malam aku,tidaklah sunyi. Aku akan ditemani ayam-ayam kampung yang bertenggek untuk tidur.

Namun tak semua yang indah akan kekal anak muda. Musim berganti musim. Daun-daun aku mula gugur sedikit demi sedikit. Itu tak menggugahkan semangatku. Padaku, setiap yang muda akan tua. Begitu jua denganku. Namun musim yang seterusnya, daunku kembali merimbun. Dan itulah kali terakhir aku tersenyum. Ini adalah kerana seorang gadis.

Tak kusangka, gadis yang kuberikan khidmat setiap hari memperlakukan aku begini. Gadis yang sudah belajar tinggi dan menjadi arkitek yang berjaya telah memperluaskan rumahnya keluarganya. Dan rumah itu hanya dihadapanku. Setelah memperluaskannya, tumbesaran aku terbatas. Aku sukar bernafas. Aku sesak. Ini kerana akarku tak lagi bebas menjadi galian.

Kemajuan telah membunuhku wahai anak. Sekarang kau pulanglah. Akan kuceritakan kisah aku yang lebih dramatik besok hari. Tentang bagaimana aku boleh jadi begini.

iv

Begitulah cerita pohon tu itu kepadaku. Aku ceritakan padamu dengan gayaku sendiri. Tak dapat kusambung kisah ini. Kerana pada besok harinya, kulalui tempat yang sama,pohon tua sudah tiada. Yang tinggal hanyalah tunggul dan ranting.



amerzaman

p.perdana

8 mei 2008


21 balasbalik:

    mcm penah bace
    tp len sket kot
    yg sy bace..pokok tuh..dkt bukit....
    bkn dpn rumah org
    tp lebih kurg la..
    die pnah berjase kt seorg perempuan.
    perempuan tuh akhirnya menjadi arkitek.
    kemudian ingin menebang pokok itu.

     

    aik?
    yeker?

    erm...
    mungkin ketika saya menulis, saya berada di dalm mood,pemikiran dan suasan yang sama degnnya.

    tapi t.alias taib menafikan perkara akan berlaku.

    tapi saya tak plagiat.

     

    khayal sungguh khayalanmu.

    yang penting, isinya.
    selain dari itu, aku mengiakan.

    lawa pokok tu, nak tanam kat umah la.

     

    x de org pon kate awk plagiat la
    :P
    sy pun dh x igt mane sy bace
    dalam magazine, mungkin.

    anyway..nice 1...

     
    On May 9, 2008 at 8:45 PM Anonymous said...

    masa mula2 aku melihat pokok itu,
    aku tak nampak dah yang lain2.

    masa mula2 aku baca cerita yang ini,
    aku dah tak fikir dah yang lain2,

    aku lihat semula gmbar itu,
    mungkin ia
    penuh cerita disebalik tangan yang mengambil gambarnya
    penuh tragedi pada kepala si pemikirnya


    barangkali...

     

    sebenarnya...
    bukan kerana perempuan itu..
    pokok tua itu mati..

    ada sebab lain...
    sebab yang lebih besar dan menarik..

    hanya seorang budak mengetahui dan menjadi saksipembunuhan pokok tua itu.

    bila dia ceritakan padaku.
    akan kuceritakan pada kalian.

     

    tacing nye..

    aku pun tua jugak..

    huhuhu..

     

    wah..

    A+ bintang3 la kamu ya.

    haha.

     
    On May 10, 2008 at 4:03 AM Anonymous said...

    Sangat bermakna
    sangat suka
    nak tanam satu la pokok camtu
    huhu

     

    muhsinsenpai,
    nah tisu..
    tapi jgn risau..
    cerita ni terjadi pada pokok tua jer..
    kalau org tua, ceritanya lain tau...

    john,
    wah...
    berpinar2 mata nmpk bintang..
    kalau dapat A+ *** aku blanjer ko seminggu

    matematis muda,
    terimakasih,
    tanam..jangan tak tanam ya,
    skang global warming menjadi-jadi

     

    ko tpu...
    pokok mane ley ckp dow..
    haishhh..

     

    tima kaseh amer zaman,

    bila nak publish buku kot? hehe


    salam dari anak bumi.

     

    entri ini sgt melankholik.

    tak tercapai akalkuh.

     

    bal,
    mana aku tau...
    budak tu cerita..
    kalau dia tipu aku,
    aku tipula

    anakbumi,
    inshaallah,
    sama-sama kita ya?

    ahlijiwa,
    yng mana tak sampai

     

    buat skrip citer ni.
    aku nak buat tele.

     

    Dah bace!
    kesian pokok tu kan..
    nasib baek kita tak jadi arkitek..
    haha~

     

    miss laralady ni. buat aku rasa

    "geli mat"

     
    On May 12, 2008 at 3:37 PM Anonymous said...

    am- lepas tu kita lengkap kan ahli produksi

    biar Amer yang jadi pengarah


    :-)

     

    Mujammil, nk tau sesuatu x?
    Ibaratkan pokok itu anda.
    Sekiranya disemai elok dan dibela, eloklah ia selama mana ia mampu. Tapi,bila muncul bintik2 hitam pandanya,contohnya destruction, maka rosaklah ia.
    Sama seperti manusia, sekiranya dicorak elok, eloklah. sekiranya tidak, kurang eloklah.
    lagi satu, life goes on. What goes around comes around.
    Hehe..maaf sekiranya salah dan silap disini ya..=)

     

    am,
    tele? ader berani? wat alternatif filem?

    xlara,
    jadilah diri sendiri,
    ataupun kamu,
    jadi gadis berkamera,

    melodi,
    ko gelimat sambil joget?

    pendi,
    tak apa..
    aku serap setiap aksara kata-katamu.
    untuk jadikan rujukan dan panduan

     

    buleh masuk misteri nusantara takpun expose mistik..
    pokok bercakap tu..
    huuu..

    hurm..maaf kalau saya meninggalkan daki disini..
    tapi niat saya baik..
    saya juga pecinta pokok dan pencinta bahasa sedara(bkn sedara)..
    cuma menteri alam sekitar tanak amek saya jadi duta..pilih maya karen..saya kechik ati..=(

     

Blogger Templates by Blog Forum