balada apartment mewah

Aku takkan sekali-kali tunduk ke bumi. Untuk apa? Aku sering saja dipadang tinggi. Aku diperbuat daripada pelbagai bahan yang hebat. Pasir dari pantai, simen yang kuat, besi-besi berceracak. Struktur ku dibina dengan teliti. Rekabentuk yang unik, membuatkan ramai yang tergila-gilakanku. Hanya sebulan aku siap dibina, ruang-ruang kecil di dalamku telah diisi dengan pelbagai barang.

Akulah simbol kemajuan. Keagungan. Dan kemegahan penduduk kota. Apartmen De’ Palma. Siapa tak mengenaliku?. Politikus, ahli perniagaan, artis-artis terkenal serta pelancong kelas tinggi. Masing-masing mengenali aku. Akulah tempat berehat. Akulah tempat perlindungan. Akulah tempat.....

Ya..aku dijadikan tempat bermaksiat. Ya kerana aku begini. Aku kelihatannya selamat dari pandangan orang. Aku dikatakan apartmen kelas atasan. Jadi tiada jabatan agama Islam akan melawatku. Mungkin jika kau lihat aku dari jauh, aku kelihatan megah dan angkuh. Namun jiwaku kosong. Hanya dipenuhi dan disumbat dengan dosa-dosa politikus, ahli perniagaan artis-artis dan sesiapa sahaja yang nafsunya menserakahi tubuh. Kenapa mesti begitu? Adakah itu tujuan sebenar aku dibina? Apa alasan yang kau, pak menteri? katakan sebagai kemajuan itu bermaksud yang benar?

Kali ini. Buat kali pertama dan kali terakhir akan kutunduk ke bumi. Telah kuminta jasa bumi untuk menggegarkan lapisan kerak dalamnya. Dan pada waktu yang sesuai itu. Ketika masa yang paling strategik. Aku akan meninggalkan kezaliman ini. Ya. Pada malam ini juga.


*****************************************************************

Besoknya, di dada-dada akhbar terpampang sebuah tajuk dengan font besaiz 40



120 MATI , 70 CEDERA PARAH



Pesta Seks Di Apartment De’Palma menjadikan angka kematian meningkat.

p/s: kisah ini aku reka untuk menujukkan emosi gambar apartmen. sampai tak?

14 balasbalik:

    camne nk jadi penulis, jika tak peka dengan typing error. byk no spelling mistakes ni.

    hmm no no no.

    supposed to be like this..

    amer zaman, nice writing u have here but i think it will be more highly appreciated and interesting if you're able to recheck on the spelling. have a nice day.

    *senyum

     

    oi..
    drastik sangat..
    klu ade org x bersalah??

     

    hehe...
    aku terbayangkan kalau balada ni ditukar menjadi lirik lagu dan kemudian menjadi lagu, dan kemudian dipasarkan, kemudian...

    kesimpulan : suka suka..:)

     

    teringat zaman sekolah dulu buat cerita saya sebatang pen huhuhu

     

    suspen citer,suke n3 nih...pduli pe org kata,amek jdik pgajaran n sbg cabaran at the same time...go3...

     

    sampai!
    sampai ke pintu penyesalan ako..

    *back to Islam~

     

    hehehe meremang bulu roma aku bro hehe

     

    mati-mati gua ingat betul! baru nak gossip kat jiran kiri;kanan;depan dan blakang. alih tak alih gua dah kena tipu.


    cits

     

    jgn pndg negatif, ini 1 pgajaran...
    best!!

     

    ahlijiwa,
    terima kasih atas keprihatinan dan kepekaan kamu.
    satu senyuman untuk kamu
    :)

    iqbal,
    orang tak bersalah dibantu Allah.
    Insya-Allah.

    mas,
    kamu suka?
    saya pun suka,
    suka-suka je..
    hehe..

    kawaii,
    ya,karangan jenis autobiografi.
    saya selalu wat ending sedih.

    akhirnya,aku dibuang oleh tuanku,selepas dia membeli pen kilometrico yang baru.

    b2basic,
    suspen ea?
    fuiyoo..
    thanx..

    ungu,
    yeker,alhamdulillah..

    butaseni,
    beru cerita pasal apartment,
    belum citer pasal minyak lagi..hehe

    mardhiah,
    haha.
    tak berniat i nak tipu u tau..

    nicegirlz,
    tak ar..saya oportunis..
    hehe..
    thanx..

     
    On June 19, 2008 at 1:54 AM Anonymous said...

    pilihan itu bukan keputusan

     

    ..dan keputusan itu tak semestinya kekal indah..

     

    ..dan keputusan itu tak semestinya kekal indah..

     

    it sounds like highland tower, but good try! actually more to "it reminds me of highland tower".. =)

     

Blogger Templates by Blog Forum