Selepas 5 Bulan

entri ini bersifat individualistik,romantik atau boleh disebut cerpen atau apa jua sahaja yang melibatkan perasaan insan disebalik seorang amerzaman

ada teman yang meminta aku berbicara tentang diriku. baiklah aku mulakan. tahun ini,walaupun baru menginjak ke bulan Mei..aku merasakan sungguh terisi. Aku mulakan tahun ini dengan majlis baca puisi di rumah pena. Aku mendapat khabar yang mana kegembiraan,kehampaan,kekecewaan,kemarahan dan keterujaan dikisar bersama apabila mengetahui skrip aku diterima.

Aku mengetahui blog adalah satu wadah baru untuk menyampaikan wacana dengan bebas, selepas membaca jiwa kacau. Ketika itu,aku berjumpa Saharil dan aku mengetahui kewujudan penulis bawah tanah, underground writer. Kecintaan aku terhadap seni bertambah apabila aku dihidang dengan beberapa rakaman peristiwa yang begitu mengesan di dalam jiwa.

Pencarian aku selama beberapa tahun untuk memahami semiotik di dalam lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud oleh M.Nasir juga berakhir. Dan aku tiba-tiba berasa,sekarang aku hidup di ruang lingkup di mana teman-temanku akan menjadi seseorang yang mahsyur satu hari nanti. Hal ini takdir akkan tentukan.

Aku berasa banyak hal dapat kulakukan tanpa kesulitan. Dianugerahi beberapa insan yang terlalu banyak membantu. Insan-insan itu adalah kau yang membaca tulisan aku ini. Terima kasih.

Saat ini juga aku merasakan betapa pentingnya keluarga dalam putaran kehidupan. Teman-teman datang dan pergi. Yang bertahan akan kekal. Manusia berubah dan akan sentiasa berubah. Hal ini sama dengan perasaan.

Pernah aku ditegur kerana ambitious. Ironinya, aku ambitious untuk orang yang mengur aku itu. 5 bulan ini banyak mengajar aku tentang kehidupan. Impian aku untuk menjadi penternak kambing juga membara sepertimana aku ingin membuka warung. Impian aku mungkin kelihatan kecil. Kerana pada aku,impian adalah untuk dikecapi dan realitilah yang aku kejar.

Kerana realitinya,dalam 5 bulan ini aku menjadi penulis blog yang agak tegar.


p/s: aku kelihatannya masih lagi mengejar bayang-bayang.

21 balasbalik:

    aku selepas lima bulan.

    ada kebodohan dan ada kepandaian yang telah aku lakukan.

    tahniah kepada aku dan mereka dan kau yang banyak membantu.

    *tapi bukan mereka-mereka yang satu lagi.

     

    aku pulak...

    selepas 5 bulan...

    zzzzzzzz...

    teruk!

     

    terus menulis jgn berhenti. tau

     

    john,
    terima kasih,
    ya..mereka-mereka yang satu lagi hanya tau berbicara.
    biar masa akan tentukan.

    zul,
    lama tidur,
    ilham mesti banyak kan..

    rudy,
    terima kasih,terima kasih dan terima kasih.

     
    On April 29, 2008 at 7:07 PM Anonymous said...

    selepas 5 bulan,

    aku kenal mana kawan mana lawan.

    amer,
    impian mu bukan kecil

    aku doakan perjuangan mu.

    kita semua masih hidup dlm bayang2

     

    selepas 5 bln
    aku tau...

    -org yg selama nieh aku anggap sahabat rupanya api dalam sekam

    -org yg dlu aku betol2 syg..rupenye x syg pun kt aku

    -aku knal blog

    -aku jadi bodoh

    -aku jadi pandai

    -aku jadi gile

    -aku belom waras

    arghh
    ape nieh?

    jap2...nk tanye..mane part romantik nye...

     

    Good LUck..

     

    selepas 5 bulan? macam resolusi... yg pasti... work towards your target... bukan semua org berbakat spt sdr... tahniah

     

    cill bro..
    br 5 bln tu..
    ko bayangkn lg 3 stgh taun kite kt atas puncak tu..
    dan dlm mase tu ko akan blaja lg banyak..

    dan mase tu gak ko akan ilang kwn2 dn kwn2 juga muncul bagai cendawan..

    tp ak suka kt semangat kau..
    ade karisma walaupun segan2..

     

    5 bulan?
    lots of good achievement u've made.
    keep up writing a good stuff dude...

     

    salam....

    hidup mesti ada cita-cita.. meskipun kecil.. itu yang membuatkan hidup kita indah..

    Teruskan usaha anda..

     

    x penah pulak ke gig mahupun art event..

    boleh jual ke?

    hahahah

     

    cofeeholic,
    terima kasih. doamu memang didambakan.
    pohonlah hidup bukan hanya bayang-bayang

    emyl,
    part romantik?
    erm...romantik dengan saya nak?

    asnor filza,
    terima kasih ya. siapa gerangan dirimu?

    kawaii,
    haha...terima kasih ya..
    harap 5 bulan ini juga memberikan kamu kejayaan

    amscreamo,
    thanx. you also not too bad..
    and you have teach many thing to me
    (hehe)

    wnorhaslina,
    ya..cita-cita diukur melalui interpretasi berbeza-beza..
    terima kasih

    emyl,
    insya-allah boleh.
    kalau tak dapat...
    pasar malam sudeyy..

     

    ahaa
    seronok jugak tuh
    mari2..romantik same2
    hahahah

    pasar malam??
    x der lesen maaa

     

    ko miss ak nye..
    :'(

     

    Keep it up!
    teruskan berkarya,

    (Mari menyanyi lagu tema AF)
    Menuju puncak gemilang cahaya..
    lalala...

     

    bal,
    maaf...aku balas panjang sikit ya..
    5 bulan ni..memang macam berlaku..
    aku beli kamera,kau beli kamera,
    pastu kau beli laptop apple,
    aku main laptop ko dengan harapan aku
    dapat belajar editing..
    lepastu kau bagi aku edit sedikit part dari
    drama dunia Anita...
    fuiyo..aku rasa best...

    aku segan2?
    haha...ayat kau semakin berpuitis...
    teruskan..!


    emyl,
    ya..mari beromantik...
    hehe..
    takder lesen?

    mohonlah..
    senang jer

    misslara,
    ya..terima kasih..
    kamu juga ya!

     

    hahahaha
    malas lah nk apply
    :P

     

    ha?? ha??
    pulak??
    ape lak DUnia Anita masuk lak nie??
    shuhhhhh!!
    (jgn ckp kuat2)

     

    panjang sgt nak baca.

    selepas 5 bulan..

     

    5 bulan je...
    tambah lagi bulan tu..
    mcm2 boleh jadi..

     

Blogger Templates by Blog Forum