Mel Gibson dan phoenixnya

Menonton filem Apocalypto karya Mel Gibson membuat aku terfikir akan sesuatu. Filem ini sangat meresahkan jiwa. Seawal dari babak pertama membuat aku memikirkan sesuatu.
Orang yang menonton filem dan akan suka dengan filem itu bilamana filem itu mempunyai pemikiran yang sama ataupun lebih daripada penonton tersebut. Setelah aku tau tentang hal ini (daripada kertas kerja Hatta Azad Khan pada Seminar Ke Arah Sejuta Penonton) aku tak lagi memperkecilkan khalayak penonton yang memilih filem-filem yang membuatkan aku mual. Sudah itu pemikiran mereka.



Kembali kepada apa yang Mel Gibson cuba hidangkan kepada penontonnya. Sebenarnya hal ini sangat rumit dan memerlukan pemikiran yang ruwet. Beliau boleh saja membuat filem murahan. Kisah cinta tiga segi ataupun kisah politik semasa. Tetapi beliau memilih untuh menjadikan puak Maya sebagai subjek. Tentang isi yang tersurat, mungkin perlu tonton sendiri dan hayati sendiri pemikiran yang disampaikan.

Apa yang aku dapati tentang Apocalypto adalah kemanusiaan itu sendiri.
Antara dialog yang membekas adalah

"manusia itu akan terus resah. kerana manusia tak pernah puas."
"mari mulakan permulaan yang baru"


tiba-tiba aku teringat tentang burung phoenix. Mitos yang khabarnya dari China ini sebenarnya mula mendiami Tanah Arab. Ini mitos sahaja. Semangatnya kita ambil.
Menurut Cees Hamelink, budaya yang lemah akan pupus dijajahi budaya yang lebih kuat dan asertif. Begitulah Mel Gibson menggambarkan rasanya tentang dunia. Beliau mencari di mana semangat pembangkitan di sebalik keruntuhan.



Inilah yang sebenarnya terjadi dalam budaya kita. Mungkin tak setebal dan sekejam Apocalypto, tapi ianya menghakis sikit demi sedikit.
Mungkinkah kita akan bangkit setelah menjadi abu?

p/s: Layan lagu Bagaikan Phoenix Bangkit dari Abu- M.Nasir

15 balasbalik:

    gileah cite ni. aku tgk bagai nak muntah 24 jam. scene membunuhnye kejam gile. cuak ooo..kalau nak difikirkan, mcm tulah org yahudi kat ambun buat kat org islam..huhu

     

    aku suka sgt cita ni.. bila la agaknya aku dapat menghasilkan karya mcm ni.. ganas tp penuh motivasi..

     

    Nak pinjam DVD ble..?

     

    best...
    camera work dia...
    time rudy youngblood lari kena kejar dgn geng2 tu...

     

    hmm u got ur point.nak tengaok 1 carita yg tention,meluat,sakit kepala,muak nak muntah...tapi nak tengok jiugak sampai habis?
    aku rekomen "The Machinist" lakonan Cristian Bale.
    memang power gile.

     

    oi

     

    aina,
    ya cerita tu menceritakan sesuatu yang patut diceritakan,
    tak sepeti sesetengah cerita yang mengadakan-adakan cerita...

    zul,
    bila? erm..kau tanya diri sendiri..insya-allah..tak lama lagi..

    lara,
    ader kat dalam laptop ler..

    am,
    ya..betul! aku tak dapat imagine camner dop dier wat
    kejer..

    butaseni,
    terima kasih tuan..akan kucari..

     

    aku nak tgk gak!!!!!!!!

    burn kan kat DVD...

    hurm.......

     

    aku tengok cerita ini bersama-sama tuan punya blog ini.

    emm, aku juga sepertinya ingin cuba bikin sama ini cerita.
    ya, cerita ini.

     

    ape la..
    tgk la cite pasal rama-rama ke??
    kumbang terbang ke??
    ni pasal belacan pon mau gado ke??

     

    lama x cari idea utk entry ni?
    ehe..
    jaga hann baik2 ya..
    surpass kejackassan aku..=p

     

    ratna,
    nanti ar

    john,
    aku sokong!!

    bal,
    haha

    pendy,
    agak lama r...

     

    one day aku nk jd mcm D.P citer ni.cinematography memikat skrotum lipas.

     

    muz, cuba kaji citer babel.

     

    JAGA HANN BAIK2????????????

     

Blogger Templates by Blog Forum