hidup adalah putaran

aku ingat semasa kecil. aku selalu mengikuti ayahku ke kelas agama. kelasa agama ini unik. dianjurkan di mussola yang didirikan di sebelah rumah pakcikku. pernah satu ketika, ayahku ditangkap polis kerana menyertai kelas di situ.

"kelas agama hanya di surau dan perlu disahkan kerjaan"

teman-teman ayahku,bukanlah orang-orang biasa. mereka belajar kerana Allah. Mencari jalan yang sebenar.

pernah satu ketika, kes Jemaah Islamiyah diwawancara di televisyen. Itu teman-teman ayahku. Cuma ayahku tak seagresif mereka.

HIDUP ADALAH PUTARAN


saat aku memperkenalkan A.Ghaffar Ibrahim sebagai pensyarahku. Ibuku sudah lama mengenalinya. Aku aneh.

Setelah sekian kalinya aku menujukkan minat dalam bidang sastera, ibuku memberitahuku. yang aku adalah penerus minatnya.

Sama situasinya ketika aku berbincang dengan ayahku soal wahabi,syiah dan peristiwa di karbala (selepas membaca blog Faisal Tehrani)

aku kini sudah memilih jalan aku sendiri. jalan yang kupilih, tak lari jauh dengan jalan yang ayahku tempuh. Cuma padangnya mungkin lain.

Entri kali ini mudah. Apa yang kita lalui sekarang, kebanyakannya adalah jalan yang ibubapa kita tempuhi. Tapi mungkin ianya lahir dalam bentuk yang berbeza. Tapi isinya mungkin sama.

sahabat bagaimana?

16 balasbalik:

    mungkin aku berlainan, bapak aku amat meminati nordin ahmad, tp aku meminati dayan nurfaizah, lagi pun nama aku azizul, tp nama bapak aku kassim... sungguh jauh berbeza, 2 yg buat aku pelik..

     

    salam..
    Aku rasa ya. Walaupun tak sebijik tapi ada. Mak dng arwah daddy aku suka karya Hamka. Aku pun suka. Bila aku baca buat aku rasa dekat dengan arwah Daddy. Darah seni daddy dan mak ada dalam darah aku. Setuju... setuju... setuju..

     

    ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

    kalau sedap kuahnya lazatlah nasinya.

    cuma kadang-kadang kuah tertumpah ke lantai.

    lap sudah..

     

    ermm,
    aku tidak tahu.

    lagenda ayah aku adalah menjual air batu dengan menaiki motor dan di langgar oleh buldozer pengorek tanah dan jatuh ke dalam longkang besar.

    ibuku seorang yang tabah.

    tapi aku seorang yang suka-suka buat apa-apa.

     

    roller coaster faveret ride...
    kentang putar pun lazat...

     

    ya zul betul.

    nama aku nur haidar, nama ayah aku mohd ariff. lain bukan? pelik.

    jalan yang aku pilih skrg sgtlah kontras jika dibandingkan dengan ayah dan ibu.

    aku tidak minat pelakon yang mereka minat.

    mungkin kerana jurang generasi.

    bayi 1980 semakin civilised, semakin rebel, semakin jauh dari adat dan sopan.

    dan itu adalah aku.

    ibu punctual person, aku last-minute person. ibu concern dgn sensitiviti org laen, aku lebih dengan cara 'tak peduli', ibu gemar hidup bermasyarakat, aku memilih untuk buat hal sendiri.

    ya pelik bukan?

    ibu tidak minat karya2 photography aku, ibu tidak minat karya2 lukisan aku, ibu tidak minat tulisan2 aku.

     

    putaran yang lengkap apabila semuanya sama @ lebey kurang.. nk kate saya ngan bapa saya sama je.. yelah kata mu mmg benar, lahir bentuk yg berbeza tetapi dalamnya sama.. walaupun nama x serupa tp mungkin sesuatu didalam sama walaupun secebis.. saya mungkin tidak seperti yang lain tapi apa bezanya..


    sahabat kata yedeeeyyyyy...

     
    On April 22, 2008 at 10:41 PM Anonymous said...

    hidup adalah putaran??
    jika dilihat pada siapakah ibu dan bapa saya..
    ya..
    saya setuju
    hidup adalah putaran!

     

    hidup mencari hidup. mati didalam gelap. berputar bola. ada menang ada kalah.

    bangun semua. jangan ditindas!

    ini kunjungan balas. aku hormat. kamu hormat.

     

    hidup bukan putaran
    hidupa adalah cubaan dan dugaan...

     

    zul,
    ya..aku faham.
    kan leceh kalau sama nama dgn bapak.

    haslina,
    ya..mesti ada..

    muhsin,
    hati-hati bila mencedok kuah,
    jgn lebih kuah dari sudu,

    john,
    kau pula menbuldozerkan orang,
    dgn ayat kai.

    am,
    hidup dan nasib..
    roller coaster..
    susah dan senang bersilihganti.

    ahlijiwa,
    bukan tak sama,
    kau belum jumpa persamaan..
    bukan tak sama minat,
    belum sama minat..
    masa akan memberi jawapan..

    bal,
    ya..mesti ada persamaan,
    kau minat filem yg ayah kau beli,
    ada persamaan bukan...?

    mas,
    ya..saya tau anda..
    bila kita dapat berpuisi dalam 1 arena ya?

    malaytree,
    ya..macam bola juga..
    kalau lemah disepak terjang,
    kalu hebat,disanjung..

    yusfinho,
    betul..hidup ini ada kepelbagaiannya..
    mengikut interpretasi individu..

     

    aku - abah = kontras langit dan bumi

    aku - mama = 40% persamaan.. mungkin..

    mama... suka menulis pantun, klasik sikit... kalau skali tulis surat @ kad raya kat aku.. huiiii..!!

    aku... suka semua bentuk seni yg memahami jiwaku yg memberontak...!

     

    hidup adalah putaran....

    hurmmm....


    kehidupan ini hidup dalam dunia yg berputar. jd ianya juga turut berputar.


    ya! aku juga setuju. abah aku minat dengan Syed Hussin Al-Attas (Pak Habib), mak aku pula cenderung dalam penghasilan pantun, sajak, dan juga cerpen. juga berzanji. Abang aku minat dan pandai dalam bidang lukisan. seorang lukisan pelan + suka tgk filem, seorang lukisan karikatur, seorang lukisan kesenian. kakakku juga minat menulis. seorang minat menulis novel dan cerpen manakala seorang lagi minat menghasilkan puisi.


    Ibuku lebih mengenali Pyan Habib dan Ladin Nuawi berbanding aku.

    Bapaku lebih mengenali Yusof Haslam dan Azean Irdawaty berbanding aku..


    ya...memang berbeza lapangan. namun asasnya tetap sama. SENI, SASTERA, DAN FILEM. noktah.

     

    kejap2 kat atas.
    kejap2 kat bawah.
    aku slalu kat bawah.
    lepak kat bawah, aku suka pandang atas.
    bila pandang atas, aku nampak dua.



    P/s:sambil makan kentang putar kfc.

     

    Aku plak lain dengan minat ayah, mak, kakak atau abg dan adek aku..
    Kami bukan dari kelurga seni, cuma aku saje yg melencong ke arah seni..

    Pelik bukan?

     
    On April 27, 2008 at 1:58 AM Anonymous said...

    macam katamu

    ayah tahu itu salah itu betul,
    tapi sengaja dia biarkan,
    biar kita tahu sendiri

    cara mengajar seorang ayah dengan anak banyak caranya

    kirim salam buat pak cik

     

Blogger Templates by Blog Forum