Sajak Ayat-Ayat Cinta

Tuhanku,
Aku merasa kerdil berjalan di tanah mu ini,
Cintaku pada mu telah memalukan aku,
Aku sedang membaca sebuah novel,
Kemudiannya hatiku bergetar-getar ingin menangis,
Kisah pemuda yang sangat mencintaimu,
Dan kau telah anugerahkan dunia kepadanya

Tuhanku,
Jika watak itu benar-benar wujud,
Aku tak tahu dengan apa lagi,
Akan ku ungkapkan rasa malu ku,
aku yang sentiasa sahaja begini,
Tak pernah berusaha mengenal mu,
Tapi kau tetap sahaja,
Izinkan aku memijak bumi mu,
Aku yang tak pernah mencari mu,
Namun kau sering mengingati ku,

Penyesalanku tak terbutirkan,
Izinkan aku sujud kepada mu.

184520032008
kl-jb

NOTAKAKI: sajak ini terlahir sejurus aku membaca Ayat-Ayat Cinta karya Habiburahman El-Shirazy. Syukur,novel ini telah diangkat menjadi filem.

11 balasbalik:

    alhamdulillah...

    aku sudah ketemu cahaya pelita..
    teringin mendapat cahaya langit...


    nak pinjam buku tu.....!! =)

     

    Aku harap, pintu hati aku tidak terus tertutup..

     
    On March 28, 2008 at 12:37 PM Anonymous said...

    bila dapat pinjam:?"-)

     

    ma piece of art,
    boleh saja.
    yang bahas indonnya mahu?
    klik
    http://guidefirefox.blogspot.com/2008/03/download-novel-ayat-ayat-cinta.html

    zul,
    aku pun mengharapkan seperti yang kau harapkan.

    coffeeholic,
    bila kamu rela dipinjam?

     

    aku masih lg sedang membaca...
    belum dapat habiskan lg.

    tgk lah, 2-3 hari lg...

    aku jadi kagum!!!

     

    aku suka.kau ada soul!

     

    aku tak rela diriku di pinjam2.
    jika hendak, ambil saja.
    itu lebih baik.

    p/s : haha!!

     

    ratna,
    kagum dengan siapa?
    penulisnya(kang abik)
    fahri
    maria
    aisha
    atau
    amerzaman?

    butaseni,
    aku suka kau. sibuta yang mempunyai jiwa yang celik

    john melawi,
    kalau kau....maaf .
    aku tak mahu.
    haha

     

    Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, ibubapaku,semua ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan semua umatmu.. Aminn..!

     
    On April 2, 2008 at 4:10 PM Anonymous said...

    bila-bila kamu free.
    sekarang kamu tahu apa itu `kakangan masa` yang sering aku maksudkan.
    terima kasih.
    muz teman :0

     

    tak kisah bahasa pepun muz...
    indon..? english..? melayu..??
    layan...

    eih... TQ..!!
    kamu org pertama yg tahu eja nama tu separately secara betul... =)

     

Blogger Templates by Blog Forum