ada apa dengan warna?

bapak tahu tak warna adalah salah satu ilusi? bapak tahu tak? hanya kita, manusia sahaja yang mampu menilai warna. bapak pernah tahu yang haiwan lain macam lebah,kucing,anjing dan burung tak mampu menilai warna. bapak pernah ambil kisah tak
kenapa bila kita di tempat gelap, semua warna akan terurai menjadi satu? bapak mahu tahu misteri warna? ya...warna...!



yang kita selalu kita lalui dalam kehidupan hari-harian. warna juga misteri. mungkin bapak anggap soal warna itu remeh. mungkin bapak suka dengan hal-hal yang lebih besar. apa itu freemanson, siapa dia klux klux klan, siapa dalang peristiwa 9/11, kenapa kes atlantuya tak selesai-selesai. soal ini terlalu besar bagi aku bapak. aku hanya tahu warna. itu cuma kita sahaja yang rasa.kita sahaja yang alaminya. kerana apa? kerana kita dianugerahkan sepasang mata yang yang mempunyai kekuatan untuk menangkap frekuensi cahaya. dan ianya akan diproses di dalam otak, setinggi mana frekuensi itu. dan otak kita akan memberitahu warna itu apa.

apa yang bapak tahu antara warna merah dan biru? apakah merah itu simboliknya keberanian? apakah biru itu nadanya melankolik? bukankah merah itu darah dan ia akan membikin satu suasana ketakutan. bukankah biru itu laut dan laut itu mendamaikan jiwa.

bapak, apakah perbezaan warna itu penting? adakah jika kita menarik warna kuning dari bendera kita, kita akan dianggap derhaka? jadi, apa maknanya bendera kita itu bagi yang buta warnanya? apakah hanya kerana warna, air sirap yang biasa bapak minum jika ditukar kepada hijau bapak akan menganggapnya sebagai air pandan.bapak tahu tak warna itu hanya ilusi. hanya mata kita dengan bantuan otak kita yang mampu menterjemahkannya. hidupan lain tak mampu.



bapak,untuk sekali ini..aku meminta bapak supaya jangan melihat warna sebagai warna. cuba bapak lihat sebagai kesatuan. warna hijau, warna biru tua, warna biru yang muda, warna merah sebagai satu warna yang sama. bapak..cuba sekali ini bapak menjadi buta warna seperti anak-anak kecil ataupu bapak melihat dunia seperti melihat filem-filem p.ramlee. warnanya hitam putih, tapi lebih hebat dari filem mitos yang warna-warni di pawagam.

bapak,aku harap bapak boleh menerima dia, pilihanku. walaupun warna kulitnya lain,. aku mohon....aku hanya wanita.

p.perdana
130418032008

notakaki:

18 balasbalik:

    warna?color scaping la.
    warna?ceria la kehidupan.
    warna?takde warna,traffic light tak wujud.
    warna?bezakan aku dengan african.

     

    I like black. Because my father's face is black!

     
    On March 19, 2008 at 5:02 PM Anonymous said...

    sebelum aku komen, aku nak ucapkan terima kaseh banyak2 kat Mr. Khong... hahahaha... anda setuju?

    aku pun baru sedar yang warna tu satu. walaupun dari kecik lg cikgu dah ajar bhw warna boleh diserap, juga boleh dipantulkan... waktu darjah 4 kalau x silap aku.. tp dulu, aku x pernah pun amek kesah pasal warna ni sebab dulu kehidupan aku langsung x berwarna...

    sekarang bila dah semakin dewasa, aku cuba untuk memahami warna. penting ker warna ni dalam kehidupan kita sebenarnya? aku masih lagi tak memahami warna.. tp, aku membuat nota, semuanya berpandukan warna... aku susun buku, semuanya bergantung kpd warna.. aku tengok jadual, warna yang memainkan peranan... tanpa warna, aku x mampu nak bezakan apa-apa pun.. tanpa warna, aku x mampu nak mentafsir erti bahagia...

    bunga yang kau tunjukkan itu. hitam dan putih warnanya. bayangkan jika seluruh isi alam ini, bunganya sebegitu. aku x mampu untuk mengatakan bahawa alam ini sungguh hebat dan indah ciptaannya. tapi oleh kerana ianya begitu bervariasi, aku jadi terlalu kagum dengan kewujudan alam ini..

    aku mendengar melalui makna. jadi warna amat penting untuk aku mentafsir bahasa.

    bahasa aku.. bukan berbunga.. tapi berwarna...

     
    On March 19, 2008 at 6:26 PM Anonymous said...

    yer! warna..
    lepas klaz khong aritu baru ku tahu dari sebutir buih boleh memantulkan banyak warna..
    aku tahu,
    walaupun aku bukak MS time dia mengajar.
    Kah.kah.Kah.

     

    warna mencerminkan peribadi, hitam jiwa, gelap la hati..

     
    On March 20, 2008 at 9:36 PM Anonymous said...

    aku suke kaler biru

     

    warna itu indah...
    tapi tak semua warna bawa keindahan..
    warna itu cantik...
    tapi tak semua warna boleh beri kecantikan...

    ratna hidup anda tak berwarna seblum ni..?? ye ke?? camner tuh yer? huhuhuhuu...

    mengenali warna-warna hidup tak sama macam kita blajar visual art, adik2....

    betul... =)

     

    shit.
    damn.
    semua nak kan kemenangan dalam berkata-kata.
    kalau berani naik mimbar baca khutbah la.
    terima kasih kat tuhan sebab bagi aku mata untuk melihat dan bagi aku telinga bukan untuk menghidu.

     
    On March 21, 2008 at 8:39 PM Anonymous said...

    aku tetap memilih warna merah dan hitam sebagai lambang peribadi aku. ada yang kata warna hitam tu melambangkan kematian dan kesuraman. ada yang kata warna merah melambangkan kemarahan dan darah. jadi...??? ada apa dengan kata orang??? fikir-fikirkanlah...

     

    Hidup macam warna..
    Warna melambangkan perasaan..
    Perasaan yang ada dalam diri manusia..

     

    warna...
    terlampau banyak warna dalam kehidupan...
    hitam putih juga lah yang jadi pilihan...

     

    am,
    antara kau dengan afrikan,siapa lagi lebih warna?

    pakcik,
    hitam sangat ker?

    ratna,
    pernah tengok filem para para sakura?

    anynomous,
    kau aini sibudakskolah kan?

    zul,
    hitam itu keunggulan
    nama saya zul
    (baca ikut intonasi rain dalam iklan syampu)

    mapieceof art,
    belajar seni visual sem ni tak macam belajar seni visual sem lepas yer akak-akak..

    john melawi,
    aku anugerahkan kemenangan komen kat kau!
    (tepuk..tepuk..tepuk..)

    mas,
    bila kamu pakai baju merah, orang akan cakap..
    MERAH SANGATLAH MAKNGAH

    miss lara,
    apa warna kau sekarang ni?

    am lagi,
    ya..aku suka hitam dan putih
    sangat nostalgia...

     

    hahaha...
    ada sorang tu kan, sembang asyik nak letoop je.wakakaka....


    ye.hitam putih.aku putih.

     

    ye adik2.
    hahaha...
    terasa muda aku.
    hahaha...

     

    eikk... salah paham panggilan adik2 tu ker..??? alalala...

    terpulang lah... faham sndri...

    huhu...taula korang blaja visual art dh xpyh ngadap drawing block...

     

    kupasan dan pemikiran yg menarik ...
    jutan warna sebenarnya berasal dari satu warna .. putih (tiada warna ?). warna pada sesuatu objek sebenarnya hanyalah pantulan cahaya setelah diserap elemen-elemen cahaya yg lain. fair fikir sentuhan pun hanya kerana akal kita yg menafsir, mungkin jasad itu tidak ada. sangsi ? pernah bermimpi ?

     

    am,
    hati-hati ya...;)

    ma piece of art,
    erm..camner tau?

    fairuz,
    kadangkala aku sangat takut memikirka tentang kewujudan ni.
    kalau dunia ini maya...kita apa?

     
    On April 23, 2008 at 11:29 PM Anonymous said...

    amer .. tak pe ... walaupun kita "maya" tp kita tetap dapat rasa fizikal kita.. tp pemikiran "maya" ni bahaya .. kena faham betul2

     

Blogger Templates by Blog Forum